Selangkah Mengejar Impian
Isi Hati Yang Terpendam
Kita baca balik post entry kita yang lama lama, apa korang rasa?
Sejujurnya, ini merupakan blog kedua aku. Blog pertama aku delete dan aku tak ingat sebab apa. Dalam blog ni pun ada beberapa entry yang aku delete. Walau pun dah delete bebera post entry still aku rasa blog aku ni macam budak budak.
Dulu masa study blog ni tempat aku luah perasaan. Dah macam tu faham faham saja lah genre entry tu macam mana kan. Tak informatif langsung. Dah lama sikit dalam dunia blog ni baru rasa nak tukar cara penulisan. Itu pun ayat kaku dan janggal sungguh. Tak mesra langsung.
Dah masuk kerja, nak post entry rasa macam tak ada benda nak cerita. Nak share apa maklumat pun rasa macam segan segan gitu. At last blog aku sunyi.
Lama senyap dan aku pun dah kahwin siap ada anak lagi, tetiba otak aku macam banyak benda nak share. Tetiba aku rasa bersemangat balik nak aktif dunia blog ni walaupun aku tak lah sepopular Fatin Liyana, Maria Elena, Yuyu Zulaikha semua. I'm just motivated nak tulis blog balik.
Dah gitu, kita pun baca lah balik post post kita yang lama. Sesetengah tu aku tak sangka aku begitu matured, and some post rasa segan nak baca. Cumanya aku ingat satu benda. Aku betul betul berhajat nak bisnes. Dari dulu sampai sekarang, itu hajat aku. Tapi tak pernah tertunai. Usaha nak ke arah tu pun macam tersimpan simpan. Tak pernah nak all out.
Dah masuk tahun baru ni, rasa lebih bersemangat pula. Doakan lah supaya hajat aku yang tersimpan lama tu, tercapai.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.
Nasib Anak Sulung
Korang rasa apa yang best pasal anak sulung ni?
Best thing anak sulung ni, dia lah anak yang paling dinanti nantikan oleh parents dia. Anak lain pun dinantikan juga tapi feeling parents dia mesti lebih bagi anak sulung dorang ni. First time ever kan. Happiness dia lain dari nak menyambut kelahiran anak anak yang lain. Betul tak ?
Best thing anak sulung ni, dia dapat semua benda baru. Baju baru, mainan baru. Adik adik dia mesti dapat yang bekas bekas dia. Anak sulung lelaki, adik dia baby girl boleh saja pakai baju baby abang dia. Esok lusa dah besar pula boleh saja main mainan abang dia. Betul tak ? Hehe
Best thing anak sulung ni, dia lah yang menjadi pujaan hati mummy dia. Pegi mana mana mummy dia upload picture dekat Instagram. Sambut first birthday dia mummy dia sanggup buat itu ini nak meriahkan party dia. Siap hebohkan dekat Facebook lagi. Sampai saudara mara yang nun jauh pun tau. Betul tak ?
Best thing anak sulung ni,......apa lagi ? Korang bagitau lah.
Tapi daripada tengok best side anak sulung ni, dorang ni kesian juga sebenarnya. Sebab apa ?
Sebab dorang the first, dorang lah yang jadi eksperimen parents dorang. Dari bab nak melayan, makan minum, nak bina self-esteem, nak ajar dorang bergaul semua... kan ? Anak anak yang lain parents dia dah lalui semua semua tu, so tak lah susah sangat nak baca apa yang anak anak lain ni perlukan.
Sedih betul anak sulung ni. Kalau kena parents yang baran sikit, sejak kecil lagi dah kena marah marah. Padahal waktu tu dia nak tidur saja pun tapi sebab dia baby tak pandai cakap dan hanya tahu nangis saja, parents dia dah bengang dengan dia punya nangis, habis anak sulung kena marah. Adik adik dia tak. Sebab dah ada kawan abang kakak so dia tak berapa nak meragam. Parents dia pun happy saja.
Kenapa anak sulung ni tak manja ? Sebab kecil kecil lagi dah dipertanggungjawabkan untuk jaga adik dia. Adik dia nangis, anak sulung mesti kena marah. Bila mak dia nak buat kerja mesti anak sulung kena suruh tengok adik dia. Nak main pun tak dapat. Takda life betul anak sulung ni kan ?
Stres tak stres anak sulung ni ?