Segalanya Tinggal Kenangan


Lihat balik gambargambar dulu…rasa sayu..
Ececececeh!
Macam tak puas berada di zaman itu
Padahal pada ketika itu beriya nak cepatkan masa berlalu
Nak cepat sangat dewasa, tak nak study dah
Mungkin sebab sekarang ni aku duk rumah saja kan
Tu rasa sunyi sikit
Rumah pun tak banyak orang
Suddenly I'm wishing to have a lot of siblings
Dalam 10 orang ke…best jugak kan adik beradik ramai ni.
Tak ada si kakak yg tu, masih ada si kakak yang ni
Tak ada adik ni, masih ada adik tu
So tak sunyi.
Rindu pulak zaman sekolah, zaman study semua…
Even jauh dengan famli..rasa rindu2 dgn rumah..
Still boleh gelak ketawa bersama fren2 sekalian
Punya KONFLIK dengan fren2..
Yg buat diri ni tak rasa kosong…
Sentiasa ada bunga dan duri..
Perumpamaan apakah yg aku guna tu??
Owh! Cepatlah stage kesunyian aku ni habis..
Lekas lekas lah aku dapat kerja.


Copycat!!!

Ada orang tak suka kalau kegemarannya atau 'style' dia menjadi ikutan pada kawan kawan yang lain. Aku ada sorang kenalan ni. Dia memang anti sangat kalau ada orang yang tiru kegemaran dia. Aku tak tau lah. Sama ada kawan dia tu secara sengaja atau tak sengaja punya kegemaran yang sama dengan si kenalan ni. Atau pun, si kenalan ni saja yang perasan orang lain ikut ikut gaya dia. Well, benda dalam dunia ni mana ada yang di cipta khas untuk ko…mesti ada beberapa copy satu satu design tu. Unless, ko tempah khas rekaan tersebut, then ko sorang saja lah punya design unik tu. Tapi untuk itu, kos nya sudah tentu tinggi. Orang macam aku ni..yg tak popular dan berasal daripada orang kebanyakan, for sure lah tak mampu nak buat semua tu. So I don’t care kalau ada orang punya benda, kegemaran, atau style yg sama dengan aku. Cuma aku harap ko jangan sibuk dengan hidup aku…

Cerita pasal ni..aku sebenarnya punya satu hajat. Ia berkenan dengan kereta. Haha. Ter-ada perasaan untuk memiliki kereta satu ni. Aku tak nak sebut lah kereta apa. Biasa saja. Not so outstanding model macam Mazda, Suzuki Swift or Mini Cooper itu semua. Cumanya aku suka dengan ke-macho-an dia ketika di atas jalan lebih2 lagi kalau guys yg drive. Dengan bunyi deruman ekzos dia…fuuuh!! Kalau girl yg drive nampak cool!!! Haha. Ok. I want it in white colour. Sudah penuh angan niii…..

Kemudian, satu hari ni ketika di parti mini reunion, aku nampak kreta tu. Intai punya intai rupanya pemilik dia ex-classmate aku…duuh! Cair aku. Sebab dia bawa kereta idaman aku. PUTIH lagi. Aiyo! Haha. Lagi kan, dia juga pernah menjadi salah satu guys yg aku admire time sekolah. Ha ha ha!! On that day, dia kuar dari kereta dengan spek hitam dia. Tengok baju…weh!!!? Apsal sama kaler dengan aku. HITAM! Dah lah sama lengan panjang juga…aduh! Kalau amik gambar hari tu, aku boleh temberang kat org lain dia adalah BF aku. Atas bawah hampir sama…even handset pun sama .. Jelos tak jelos. Haha…pasti lah si Lebah yang jeles lebih. Tapi nasib dia tak tau..or maybe tak perasan sangat. He he. Jangan marah ye Lebah.


Sejak hari tu, aku banyak kali pikir pasal kereta idaman aku ni. Aku nak teruskan ke tak. Tapi aku nak kereta tu. Tapi bila aku miliki dia kelak, aku takut orang kata aku ikut si ex-classmate aku tu. Dah lah sama putih..dan hari tu juga aku dan dia hampir sama style..owh!! Tup tup terjumpa dengan kawan lain, or ada reunion lagi…orang tengok kereta kami sama mcmna? MALUUU lah. Nanti orang kata aku ni tasteless…ikut ikut orang. Ke aku stick je dengan model tu tapi tukar kaler.. hitam, maybe… aaahh!!! Tak nak hitam..hitam untuk orang pakai kot, pakai night gown segala..aku tak nak pakai kot kemas2 tu semua..aku nak pakai jeans… aarrgghh!!!


apakah moif gambar ini?


Kecil Hati Tak Kena Tempat

Ini cerita seorang kenalan. Kenalan yang aku kenal macam tu saja. Tidak pernah bercerita lebih, hanya kenal rupa, orang mana, dan nama sahaja. Aku kenal dia sebab kami melakukan aktiviti yang sama iaitu berniaga. :p [ peace ]

Dia punya saudara kandung. Posisi dalam keluarga aku tak pasti sama ada dia adalah abang kepada yang sorang tu, atau yang sorang tu abang kepada dia. Aku Cuma tahu mereka adik beradik. Mulanya aku sangkakan mereka tidak punya sebarang kaitan sebab ketika di pasar tamu, mereka langsung tidak bertegur sapa dan..mereka punya tapak jualan yang berasingan. Untuk lebih senang aku gelar si kenalan dengan M manakala saudaranya J.

Nak di jadikan cerita, satu hari tu mak aku panggil J dengan gelaran 'abang M'. So aku curious. Kenapakah? Adakah sebab semua orang muda yg berjantina lelaki berniaga kat pasar tamu ni mak aku gelar M. lepas tu dalam perbualan antara J dan mak aku, aku terdengar yang dia tak tinggal kat rumah dia dah. Pindah konon nya.umm..lantak dia lah. Aku pikir sebab dia dah ada bini lah kot. Tu yg pindah rumah.

Hari ni, mak aku tegur. "heh?? Tidur si J tu dalam lori dia?"..dan sebab teguran mak aku tu aku luahkan curiosity aku. Rupanya memang benar J dan M tu adik beradik. Masalahnya sekarang J lari dari rumah sebab dia gaduh dengan M. masalahnya kecik je. I mean, masalah dia Cuma satu ja…si J ni some kind of merajuk bila mak bapa dorang membela M berbanding dia..ececececeh…lelaki pun nak merajuk merajuk! Lagi J ni kata M jahat. Mak aku gelak gelak kuarkan pendapat,"kalau lah M tu jahat, tak kan lah mak bapa dia, adik adik dia ikut si M tu" *sounds M ni sangat berjasa dalam kuarga kan,kan…*

Punca pergaduhan antara J dan M ni….well biasa lah, lelaki…nak nampak macho agaknya. J main judi. Kalau main main dia tu boleh bagi kaya diri dia tak pa *actually aku tak sokong ayat tak pa tu* nih sampai hampir 1k hasil niaga si M tu J kebas. Apa tak nya orang marah… dan..memang patut pun kalau dalam pertelingkaran J dan M tu, mak bapa dorang memihak kepada M, bela M…betul tak..yang J tu nak merajuk sebab tak di bela kenapa..siap lari dari rumah lagi.. Aduh…dah terang terang J yang salah. Kan?


So, moral of the story, bila nak merajuk tu, tengok tempat. Kena tak kena dengan situasi. Kalau sekadar merajuk manja tu tak pa lah kot [ :p ] tapi jangan selalu nanti orang bosan!..then pikir balik kenapa orang keliling tegur diri kita. Jangan nak amik tindakan sewenangnya. Nak lari dari rumah konon….ingat ko tu dah cukup kuat??