Uncle Aku Yang Sangat Prihatin

"Nor, raya nanti kau makan banyak-banyak. Kasi gemuk sikit. Dulu masa kau kecil gemuk kau tau."


Ni mesti sebab uncle aku tegur pagi tu sambil pegang bahu aku. Yea, uncle belum tengok perut gue yang melebihi garisan, bontot gue yang penuh dengan pad lemak, peha gue yang kalau buat drumstik KFC sungguh enak… Aku pun hairan. Kenapa aku dikata kurus? Betul kah aku ni kurus sangat? Tak cukup kah lemak-lemak yang ada dekat badan aku ni. Ya, mungkin distribution lemak itu tidak sekata seluruh badan aku, jadi itulah ada bahagian-bahagian yang kelihatan kurus, tapi hakikatnya bahagian lain sudah mahu pecah! Ok untuk pengetahuan, aku punya berat sebanyak 47 kg, dengan tinggi aku yang sedikit terbantut *chet, padahal jealous tengok cousin lain semua tinggi, 154 cm sahaja. Ketot kan, ketot kan… dan ukur lilit pinggang *perlukah diberitahu? Emm, berapa ya? Cukuplah sekadar aku bagi tau kalau nak beli jeans amik saiz 28. tapi kadang 29 itu lebih selesa. Dan kalau yang takda saiz nombor tu, aku pilih saiz M. tapi kadang L itu lebih syok dipakai :P maka, dengan nombor-nombor tu semua, adakah aku ni dikategorikan sebagai seorang yang kurus?



p.s.: tajuk entri macam uncle aku ni YB turun padang pula, kan..

2 comments:

Didi said... Best Blogger Tips

haahahaaha..cali entry ni..

tp...,ko mmg nmpk kurus la t..sbb tu mgkin rmai yg tegur ko kurus..

Hasnah said... Best Blogger Tips

berisi tang lain tue. xpela.. xyah risau. yg penting jaga kesihatan tau ;)