Selongkar II

Ni lagi satu antara tiny things yang tersorok dalam kotak khazanah 'Barang Peribadi Kakak'. Aku pun tak ingat aku ada benda ni. Lovelove lagi.. Ha ha.


Ni lah teman rapat aku masa sekolah. Kami rapat pun bukan sejak form 1 tapi start form 3. tu semua sebab waktu tu ada rombakan kelas. Aku dari kelas E pindah kelas C. yeah! Naik pangkat. Haha. Tak ada lah. Sistem sekolah aku waktu tu pelik. Tak yah la cerita ye… sampai sekarang kitaorang masih in touch. Cuma mungkin tak serapat dulu lah. Hee.. Mesti lah tak rapat macam dulu sebab dah tak jumpa selalu. Dia pun dah jumpa kawan baru, aku juga ada kawan baru. Jadi, apa-apa hal untuk present ni aku lebih berhubung dengan kawan baru. Tapi tak lah bermaksud hanya akan contact dengan kawan lama atas sebab benda yang past. Tidak..aku tak bermaksud macam tu. Emm, macamana nak terang ye? Kesimpulannya, semakin kita dewasa, hubungan sesama manusia itu kan berkembang..kita akan jumpa lebih ramai orang..bergaul dengan pelbagai orang..membina hubungan dengan lebih banyak ragam orang… walaupun gitu, friendship yang telah terbina…tak akan aku lupakan. Melainkan atas sebab memory lost, yang itu aku minta maaf banyakbanyak. Aku tak berniat untuk melupakan korang…sesiapa yang kenal aku tu, terserempak kat manamana tegurlah ye…saya beri jaminan kepada anda, saya tidak punya 'hidung tinggi' hehehe..

0 comments: