Project #1: Keychain


Serius comel. Ok, aku sedang masuk guni pikul sendiri. Haha! Tapi lagi comel kalau boleh buat pin letak dekat tudung mahupun selendang macam trend sekarang ni kan. Mahu kelihatan cute pakai lah benda2 cute macam ni. Sekali lagi angkat bakul. Ha ha ha.

Ok, ok. Ingat tak dengan post aku yang ini. Bajet seperti ada orang baca blog. Tak apa, cuma sebagai makluman. Nak dijadikan cerita, bunga itu telah hilang. Telah gugur entah di mana dia menjatuhkan diri. Sedar sedar saja dah tak ada di sisi. So, aku pun buat lah yang baru. Dengan sedikit ilham (konon) I made it in layers macam tu, gabung dua warna kegemaran baby dan akhirnya…tercipta lah bunga cute itu.

Terfikir nak letak pin dekat belakang, so boleh pakai buat pin tudung dekat bahu (contohnya), tapi tidak punya bahan yang cukup. Sungguh aku harap dapat buat macam tu… huh! Tapi bila tengok tengok, belek-belek..boleh jadi benda lain juga bunga cute tu - keychain, handphone strap, hairclip,…..boleh jadi gelang juga kot. Hi hi hi. Tapi yg ini sudah menjadi keychain.

pemegang zip baru

Menggatal

Kalau di Sabah, Menggatal itu nama tempat. Tapi di sini, aku bukan mahu bercerita berkaitan tempat itu, mahu bercerita pasal perlakuan orang sebenarnya.

Cerita bermula:

SMS 1-
L: oh, mungkin bukan rezeki lagi. Sabar ya 
P: ya, aku fikir positif jak ni. Apa pun aku doa ko dapat jawatan yg ko apply tu 
L: (smiley) best lah ko ni. Beruntung siapa dapat ko jadi bini 
P: ceh…. 

 SMS 2- 
L: selamat pagi gadis manis. 
P: selamat pagi (dlm hati terasa pelik dgn panggilan tu. Oh, dia gurau mungkin) 
L: dah mandi belum? 
P: duiii…soalan tu bah. Heh, aku di tamu ni jual-jual. 
L: ko jual apa? 
P: sayur.. 
L: knp ko nda jual kuih-kuih..mesti sedap kuih ko. 

 SMS 3- 
L: hai sayang. Apa khabar? 
P: (patut jawab apa? Dalam fikiran, lelaki ini sudah kritikal)…. Nda salah hantar? 
L: tak lah khas untuk awak <--nah, tiba-tiba bersopan pula dia 
P: siapa ni? (pura-pura tidak kenal) 
L: tak kan dah lupa. 
P:………. (tidak balas mesej) 

 Dan sejak dari itu si P tidak lagi membalas mesej si L . Sebenarnya aku tak kisah contact dengan lelaki tu kalau dia behave. Aku anggap dia kawan, memandangkan kami sama-sama apply jawatan(even bukan jawatan yg sama) di satu tempat ni. Dan..dia tu sebenarnya husband kawan aku. Tak kan lah aku tergamak khianat kawan aku tu kan… 

 Aku harap si L tu akan ubah lah cara dia gaul dengan perempuan lain. Even niat dia cuma nak gurau-gurau, tapi kalau bini dia dapat tahu..off course bini dia akan fikir bukan-bukan,kan.

Jangan Menyerah


by: d'MASIV


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

repeat reff1
repeat reff2


Dikala hati berduka lara ni, lebih baik mendengar sesuatu yang boleh membangkitkan kembali semangat berbanding lagu yang sama alunannya dengan perasaan kita. Oleh itu, Jangan Menyerah. :)

lirik lagu:liriklaguindonesia.net