Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. 

Kadang kala, kita tidak sepatutnya terlalu mengharapkan sesuatu. Bila kita terlalu ghairah terhadap apa yang kita harapkan itu, kita lupa untuk berserah, bertawakal kepada Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, 'aim high' itu bagus.. Tapi terpulang lah pada kita bagaimana menguruskannya. 

Ia terjadi pada diri saya. Ya, saya lupa sebentar. Saya terlalu mengharap. Apabila harapan itu musnah dan melibatkan orang yang saya sangat percaya, saya marah. Saya mula berprasangka buruk terhadapnya. Macam macam kata keluar. Air mata mula mengalir. Perasaan bercampur baur antara marah dan sedih. Saya lupa. Saya lupa bahawa segala urusan kita adalah dengan izin-Nya. Saya lupa. Astaghfirullahalazim! 

Semoga saya bertambah kesabaran di dalam diri dan tidak cepat melenting selepas ini.


1 comments:

Didi said... Best Blogger Tips

eh napa t?sabar la k.walau nda sure psl apa.hehe..byk kan berdoa.insyaallah d permudahkan.