Last post aku bertarikh 1 Feb....dan setelah 2 minggu baru aku nak post cerita lagi. Aku memang tak ada idea nak share apa, memandangkan hidup aku teramatlah mendatar sekarang ni.
14 Feb ye?? he he...tarikh tu langsung tak ada makna untuk aku. Korang yg rasa nak celebrate tu..pegi lah. Aku tak ada apa nak kata. :P ceh. macam ayat frust putus cinta saja. Ha ha ha!
Sepanjang 2 minggu aku tak munculkan diri ni...termasuk lah kat FB atau di mana-mana halaman sosial yang lain, aku duk kat rumah je. Praktis skill lembut jari. Apakah? Hee.. jom tengok nih
yaa...aku pun melukis lah. Sebab aku boring sangat kan. Tak ada benda yang aku boleh buat. Nak online pun aku dah boring sangat. Selepas aku lukis si Cantik ni.. aku pun kaler-kaler kan lah dia. Actually ada si Kacak lagi tepi dia ni tapi aku perati macam muka pondan je, so aku cut lah bagi publish si Cantik je kat sini.
Dah jadi rupa lain kan selepas diwarnakan. Ha ha. So end of this story. Nak komen, komen lah. Aku tau apa yg tak kena dgn si Cantik ni. He he.