Isi Hati Yang Terpendam

Kita baca balik post entry kita yang lama lama, apa korang rasa?

Sejujurnya, ini merupakan blog kedua aku. Blog pertama aku delete dan aku tak ingat sebab apa. Dalam blog ni pun ada beberapa entry yang aku delete. Walau pun dah delete bebera post entry still aku rasa blog aku ni macam budak budak.

Dulu masa study blog ni tempat aku luah perasaan. Dah macam tu faham faham saja lah genre entry tu macam mana kan. Tak informatif langsung. Dah lama sikit dalam dunia blog ni baru rasa nak tukar cara penulisan. Itu pun ayat kaku dan janggal sungguh. Tak mesra langsung.

Dah masuk kerja, nak post entry rasa macam tak ada benda nak cerita. Nak share apa maklumat pun rasa macam segan segan gitu. At last blog aku sunyi.

Lama senyap dan aku pun dah kahwin siap ada anak lagi, tetiba otak aku macam banyak benda nak share. Tetiba aku rasa bersemangat balik nak aktif dunia blog ni walaupun aku tak lah sepopular Fatin Liyana, Maria Elena, Yuyu Zulaikha semua. I'm just motivated nak tulis blog balik.

Dah gitu, kita pun baca lah balik post post kita yang lama. Sesetengah tu aku tak sangka aku begitu matured, and some post rasa segan nak baca. Cumanya aku ingat satu benda. Aku betul betul berhajat nak bisnes. Dari dulu sampai sekarang, itu hajat aku. Tapi tak pernah tertunai. Usaha nak ke arah tu pun macam tersimpan simpan. Tak pernah nak all out.

Dah masuk tahun baru ni, rasa lebih bersemangat pula. Doakan lah supaya hajat aku yang tersimpan lama tu, tercapai.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

Nasib Anak Sulung

Korang rasa apa yang best pasal anak sulung ni?

Best thing anak sulung ni, dia lah anak yang paling dinanti nantikan oleh parents dia. Anak lain pun dinantikan juga tapi feeling parents dia mesti lebih bagi anak sulung dorang ni. First time ever kan. Happiness dia lain dari nak menyambut kelahiran anak anak yang lain. Betul tak ?

Best thing anak sulung ni, dia dapat semua benda baru. Baju baru, mainan baru. Adik adik dia mesti dapat yang bekas bekas dia. Anak sulung lelaki, adik dia baby girl boleh saja pakai baju baby abang dia. Esok lusa dah besar pula boleh saja main mainan abang dia. Betul tak ? Hehe

Best thing anak sulung ni, dia lah yang menjadi pujaan hati mummy dia. Pegi mana mana mummy dia upload picture dekat Instagram. Sambut first birthday dia mummy dia sanggup buat itu ini nak meriahkan party dia. Siap hebohkan dekat Facebook lagi. Sampai saudara mara yang nun jauh pun tau. Betul tak ?

Best thing anak sulung ni,......apa lagi ? Korang bagitau lah.

Tapi daripada tengok best side anak sulung ni, dorang ni kesian juga sebenarnya. Sebab apa ?

Sebab dorang the first, dorang lah yang jadi eksperimen parents dorang. Dari bab nak melayan, makan minum, nak bina self-esteem, nak ajar dorang bergaul semua... kan ? Anak anak yang lain parents dia dah lalui semua semua tu, so tak lah susah sangat nak baca apa yang anak anak lain ni perlukan.

Sedih betul anak sulung ni. Kalau kena parents yang baran sikit, sejak kecil lagi dah kena marah marah. Padahal waktu tu dia nak tidur saja pun tapi sebab dia baby tak pandai cakap dan hanya tahu nangis saja, parents dia dah bengang dengan dia punya nangis, habis anak sulung kena marah. Adik adik dia tak. Sebab dah ada kawan abang kakak so dia tak berapa nak meragam. Parents dia pun happy saja.

Kenapa anak sulung ni tak manja ? Sebab kecil kecil lagi dah dipertanggungjawabkan untuk jaga adik dia. Adik dia nangis, anak sulung mesti kena marah. Bila mak dia nak buat kerja mesti anak sulung kena suruh tengok adik dia. Nak main pun tak dapat. Takda life betul anak sulung ni kan ?

Stres tak stres anak sulung ni ?

Teori dan Praktikal

Dalam study, kita akan belajar teori dahulu dan kemudian akan melakukan kerja tangan atau hands on. Then kita akan menghadapi ujian. Ujian pula bukan sekali. Tapi asing antara teori dan praktikal. Itu waktu kita study. In real life ?

Banyak buku buku tentang macam mana nak urus bisnes, macam mana nak bina keyakinan diri, macam mana nak jadi speaker yang cemerlang... dan macam macam lagi lah. Semua buku tu memang menarik. Tapi seberapa banyak antara kita dapat mempraktikkan teori teori yang dikata dalam buku tu ?

Baru baru ni aku banyak terbaca berkenaan marriage. Nak keluarga bahagia buat itu ini. Nak suami sentiasa sayang buat itu ini. Nak isteri sentiasa memikat hati buat itu ini. Macam macam. Dan semua teori teori itu nampak senang ja nak praktik. Tapi in real life, mampu kah kita buat ?

Tak semua teori tu kita boleh buat. Kadang kita buat tapi outcome benda lain. Sebabnya marriage melibatkan komitmen dua orang. Kadang kita buat rule macam ni macam ni, nampak komitmen spouse kita, but still marriage tak happy. Kenapa ?

Sebab sifat kita ni lain lain. Teori teori yang kita baca di buku tak sesuai dengan semua orang. Those only general ways. Dan komitmen spouse yang kita nampak tu mungkin hanya untuk menyedapkan hati kita saja. Dekat belakang kita dia balik pada sifat asal dia. Mungkin sebab tu marriage plan kita tak jadi macam dalam buku. Betul tak ?

Orang kata, dalam perkahwinan ni saling melengkapi. Kalau sorang kurus, sorang gemuk 😜. Kalau sorang baran sorang mesti lembut. Kalau sorang tu serabut sorang mesti kemas. Berlawan sifat ni lah yang mengeratkan lagi hubungan dalam perkahwinan. Tapi kadang perbezaan ini juga buat kita gaduh, kecil hati...dan lama lama akan menjauhkan hubungan kita dan pasangan. So nak praktik teori apa ni ?

I am still new untuk perkata pasal marriage. Ni cuma pemerhatian aku daripada drama, cerita novel dan real life. Apa jadi dengan marriage kita perlu doa yang terbaik saja. Doa supaya kita boleh tempuh ujian ujian-Nya. Benda ni pun bukan senang. Perlu kuat dalaman. Kan ?

Sabar.

Pengalaman

Aku baru sahaja aktif kembali dengan Instagram. Dulu ya, lebih kurang 2 tahun yang lepas. Bila alat kamunikasi bermasalah dan aku cuma guna alat yang hanya ada 12 kekunci  dan skrin kecil, aktiviti Instagram aku pun terberhenti.

Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya. Cumanya, Instagram ada kait paut dengan apa yang aku nak cerita. Dari instagram aku terlihat seorang kawan memuat naik gambar anak kecilnya yang bermain pasir. Dia buat tajuk 'baju kotor boleh cuci, badan kotor boleh mandi, pengalaman susah nak cari'. Betul lah apa dia kata.

Kadang kala kita terlalu tegas dengan anak kecil. Buat itu tak boleh. Nak berjalan kesana kemari dimarahi. Buat bising bising tak boleh. Kita nak anak kita behave sepanjang masa. Duduk diam, dengar kata...kalau boleh pakai spek mata bulat besar lagi kot 😂

Tapi waktu waktu ni lah dia nak explore. Dia belajar benda keliling dia. Tak apa lah dia jatuh waktu nak belajar berdiri, pengalaman. Tak apa lah kalau dia berkeras nak suap makanan sendiri walau makanan tu sebenarnya semua jatuh lantai tak ada pun yang masuk dalam mulut dia, itu bagi dia improve motor skill dia. Tak apa lah kalau dia melalak entah apa dia cakap pun kita tak faham, dia baru nak test power suara boleh jadi penyanyi ke tidak. Hehe... Budak kecil kan.

Kalau dari kecil ni kita terlalu menyekat kemahuan dia nak belajar, entah esok lusa boleh jadi budak self-esteem rendah, introvert, shy semua lah kot. Macam aku.. huhu. Tapi kadang orang bad tempered ni susah nak kawal perasaan dia dengan anak. Alaaa...jangan kisah sangat lah penat penat kita nak kemas rumah kalau ada anak aktif nak explore ni. Kita bahagiakan anak dapat pahala juga. Betul tidak?