30 Days Blog Challenge: Day 28 & 29

semakin malas unutk menyiapkan tugasan walaupun tinggal sedikit sahaja lagi...layan kan sj lah..

Day 28: Your Favorite movie.

ultraman?? huh?! ntah aku xda idea movie apa aku suka. tak ada istilah favorite bila cerita pasal movie...semuanya aku tengok dengan perasaan yg sama. tapi.....ok aku bagi 1 list Hachiko: A Dog's Story


Day 29: Something you could never get tired of doing.

Ini soalan memang sa suka. Paling sa suka antara semua soalan sebab senang betul mau jawab.

Ok first activity semestinya itu photoshop stuff. Boleh duduk depan laptop sekadar mau edit picture lepas tu kalau mati karan, hilang semua. Ha ha. Selalu bah mati karan sini, bikin panas ni. Bila rasa macam nda puas hati dengan hasil edit-edit tu semua….senang saja, delete lah. Tidak kisah sebab nanti boleh buat lagi better.

Sa kasi tayang kamu kerja sa 1 hari kemarin. Bukan 1 hari juga lah….sa buat petang sudah sampai tgh malam.
Haha! Sa tau nampak pelik kan.


Second, blogwalking. Seperti itu photoshop, juga boleh duduk lama-lama depan laptop sampai kaki kesemutan. Hanya akan berdiri bila air kencing di saaaaana sudah. Terus ribut mau p toilet :)

Lagi, main sama kucing mungkin…tapi kadang-kadang kesian tu kucing. Lepas sa main-main dengan dorang sa tendang-tendang. Ha ha !

Rank paling bawah ialah memasak. Sebab apa? Sa rasa dulu best bah memasak. Boleh express kau punya kebolehan mem-mix barang kunun. Setiap hari mesti ada menu baru. Tapi bila lama2 sudah buat, keperluan dapur pun itu itu juga ….boring lah sudah sa mau masuk dapur. Pandai stress2 lagi nii.. Huh!


Perlukah Aku....

…...bila bf aku suka football, aku juga turut suka football? Yg sebelum ni memang aku tak boleh nak ikut, bila mana aku tengok match konfem fall asleep the next couple minutes..

……bila bf rancak borak dengan rakan-rakannya pasal team football yg akan menang, aku juga sibuk mengutarakan ramalan team yang akan menang. Tidak cukup dengan itu siap bertaruh pula dengan bf pasal itu sedangkan pengetahuan tentang corak permainan mereka sungguh tidak faham.

……bila bf suka benda sporty, aku berusaha memiliki benda sporty sebanyak mungkin dan bercerita kepada bf berkenaan benda-benda yang dimiliki. Bila mana bf rasa kekurangan, aku dengan murah hatinya [konon], melengkapkan koleksi bf.

……bila bf mengutuk dress yg ditayangkan di satu butik, aku juga turut mengutuk dress tersebut sedangkan dalam hati sungguh ingin memilikinya.

……bila bf memberi definisi wanita cantik, aku cuba sedaya upaya menjadi wanita tersebut biarpun ciri-ciri itu sangat bertentangan dengan peribadi aku.

……bila bf kata tidak, aku turutkan kata tidaknya sedangkan hati aku meronta-ronta berkata "oh...tidak!!!"

……bila bf blablabla, aku juga blablabla

Perlukah aku untuk lakukan semua itu? Perlukah? ? ?

Sesungguhnya aku lah perempuan BODOH jika lakukan semua itu. Teramat bodoh kerana mendefinisikan kegembiraan hidupku bila mana aku dan bf SAMA.

Hidup bersama adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. You suka football, suka lah..aku minat car racing. You mau taruh team football mana menang, taruh lah. Aku mau duduk makan maggi saja sementara menunggu orang sibuk post d wall fb sapa menang :p. you suka sporty thing, suka lah. I like vintage. You kutuk lah dress yg ada d butik tu..aku beli dress tu depan you biar kutukan you makin panjang..I like u membebel. You cakap lah perempuan macamana cantik d mata you, aku tak kisah sebab aku lebih cantik daripada mereka from the inside. You kata lah tidak, aku akan sentiasa kata ya jika aku fikirkan ia betul-betul ya. [<---- xda pun hujah untuk 1st ayat utk perenggan ini..]

I just love being myself. You tidak suka, its up! Kerana definisi kegembiraan hidupku adalah apabila aku menjadi aku.

:)


Ayatkecil: I just got the idea of this content while watching the match between Malaysia and Indonesia at the last few seconds of second half time. Congrats to Malaysian's team for the winning of the AFF Suzuki Cup!

Ayatlagikecil: actually cuma nak bagi tau aku memang tak boleh nak tengok match football..mesti tido punya lah! ha ha ha



30 Days Blog Challenge: Day 27

A picture of you last year and now and how have you changed since then?


2009

2010


Perubahan?? Tengok saja dari gambar tu..spek pun dah tukar dari yg besar2 macam tu pegi yg lebih sofistikated kononnya..tidak lagi nakal2..tp tudung tetap gaya yg sama...dan baru perasan, tudung yg sama juga lah.. -.-"

Haha. Itu Cuma perubahan pada gambar lah. Pada diri??

Umm…tahun lepas masih bergelar undergraduate, sekarang dah up sikit pegi graduate..

Dulu tak sangat nak berblog, update blog pun jarang jarang….sekarang seperti banyak sangat hendak tulis…walaupun tak ada kaitan dengan hal dunia..sekadar cerita peribadi seorang gadis. :p

Dulu otak fikiran ni macam kosong saja. Semua benda buat ikut arus. Tapi sekarang seperti ada sedikit tetapan dalam hati.

Dulu aku bodoh pasal perasaan..terlalu sukasuka dengan godaan hiburan tapi sekarang semua perasaan tu macam dah tak boleh nak tembus perisai aku. Hati dah sedikit kebal.

Dulu aku selalu makan luar, tiap petang mesti order roti telur+teh tarik kat restoran mamak tapi sekarang lebih gemar makanan rumah hasil air tangan sendiri..<-------KUNUN,sebab di rumah ada pembekal barangan dapur ^^

Kesimpulannya, banyak perubahan yg aku alami, baik dari segi sikap..cara pemikiran..kawalan emosi…macam macamlah termasuk kulit yg sudah mula berkedut. Ha ha ha! Ya, semestinya kita harus berubah sealiran dengan masa, bukan..? supaya kita lebih 'fit' untuk mengharungi cabaran hidup yg mendatang..kalau kita dok duduk takat yg lama, macamana nak maju. Betul tak, betul tak? Tapi dari diri kita saja macamana kita menilai. Kalau mahu hidup senang,kena berubah…kalau dah selesa pada keadaan sekarang, ok fine…stay macam tu saja lah! Tapi semua org mesti aim for the better life, kan... :)

30 Days Blog Challenge: Day 26

A photo of somewhere you’ve been to.


picture source: Keruak News


oh, terpaksa memakai gmbr orang lain untuk melaksanakan task ini. dan baru tahu yg tempat itu di panggil Dataran Tomborungus. Sungguh jahilnya aku dengan tempat ini. tidak tahu apa apa..


30 Days Blog Challenge: Day 25

What’s in your purse?

camera, camera on the pose
show them what was in my purse..



p.s.: cant wait to finish another 5 questions..


30 Days Blog Challenge: Day 24

again, i've delayed the blog challenge task :(


yesterday's task: A photo of something that means a lot to you.

after having a deep thought on the question, this answer came out from my mind.



i bought that phone about 3 years ago. i asked my dad that i wished to have a new one and he gave me permission. he said, that phone would be his treat for my birthday and something that could make me happy on the Raya day since i couldnt back home. my birthday was on the first Raya on that year...


ayatkeciktersorok: kuang3 ayat tunggang langgang wooo.. ^^

Wasabers on 27th December 2010!




setelah beberapa poster nama seperti di-ban dalam senarai, kali ni ada sudah balik. punya happy. he he he. admin bilang mesti mau selalu lepak kupi saaana CRB! tapi aku tiada masa bah. dorang semua happening waktu malam...aku lepak siang2 mesti kusung saja. so utk poster kali ni pun x expect nama akan masuk senarai...tapi cua kamuu tengok, besar lagi tu saiznya...even nda sebesar admin semua lah. he he he. nda mau berenti senyum ni tau. thanks admin WSB!


Sharing Is Caring (◕‿◕✿)

oh, nmpaknya aku dah pernah buat tajuk post ni. tak apa, kali ni aku nak membebel pasal hal ni, yang mungkin berkaitan benda lain dari post terdahulu. sebelum post ini ada, aku dah pikir banyak, tapi mungkin sesetengah perkara haruslah aku sensored untuk menjaga keamaan di luar sana. bukan kata aku pengecut sebab ada benda yang sensored, tapi..ya, seperti yang aku kata, untuk keamanan di luar sana.

bila kita berbicara pasal sharing is caring, bagi aku itu membawa maksud, kita share apa yang ada, dan kita care apa yang kurang. jadi ada give and take di situ. cara kita giving itu juga ada caranya. dalam konteks sharing is caring ni, sudah tentu dengan cara yang lembut, penuh kemesraan macam tu. kita share apa yang kita ada, apa pengetahuan yang kita ada. bila mana si penerima itu tak dapat nak terima, tak apa. its ok, jangan pula kita berkecil hati. mungkin belum masanya untuk dia terima apa kita share....kita tunggu lain hari. lama2 dia akan faham, knp kita sharing...

senyum sekejap! sebab ingat satu benda lawak...

kalau niat kita sharing, tapi kita share dengan ayat2 kasar..korang rasa, korang dapat terima tak. sudah pasti kita akan pikir "dia ni nyindir aku ke?"..tak pun,"apa kena ngan mamat nih? nak cari gaduh ke?"

dalam situasi di atas,you're not sharing, you're triggering the fighting. ece wah! pandai ja aku ni buat ayat. he he.

aduuuh! aku betul nak gelak dah ni....

sharing satu benda tapi dengan lagak pandai, tak cukup dengan tu di sembur pula dengan ayat2 kasar..bagi aku, thats not sharing. itu arrogance namanya. terlalu bangga dengan benda yang dimiliki sampai nampak orang sekeliling sungguh hina. mereka mungkin lupa apa yang dimiliki itu cuma pinjaman dari yang maha esa. tak boleh lah macam tu..kan,kan,kan..

huh! hanya mampu mengeluh panjang

jangan bermain dengan api, nanti dia jadi besar, telan rumah korang, maka jadi abu mayat lah korang...aku juga punya sedikit panas, tapi aku cuba cool. jika difikir balik, hal tu tak ada kaitan dengan aku, so aku tak nak libatkan diri. off course nak juga meluah kat sana tapi itu hanya memburukkan lagi keadaan. jika aku buat macam tu, so aku pun sama lah macam dia kan. tak special lah aku macam tu.diam2 sudah.


ayathati: untuk peringatan aku sahaja. hi hi hi.


Karya Mereka...

nih aku nak share beberapa lagi hasil kerja remaja kreatif dan berbakat. sungguh aku.....'wow' tengok hasil dorang ni.

this would be the girl i mention before






==================================================





pasal ex- ni, aku pernah nampak dia melukis dalam kelas. tp x ambil tahu sangat sebab....hihi.tak nak cakap lah sebab apa... :)


Ada Bakat atau Aku Berminat ?

hohoho![lagak bunyi Santa pula]...best juga kan kalau kita ikut perkembangan para remaja sekalian. terasa diri ini awet muda pulak. naa...sebab dorang kan suka cuba benda baru segala..so ari ni aku terjumpa satu benda yang best daripada dorang2 ni semua. tak kisah kalau korang nak kata aku tak matang sebab ikut2 dorang ni. cakap lah apa pun...tak kisah.

benda ni menarik perhatian aku. semacam best untuk di cuba.



see..bukan dalam blog atau page forum saja boleh letak banner, dekat facebok pun boleh..
btw, dah lama kah benda ni?? tak apa lah. i'm just so excited to know it, so cerita kat sini...

actually benda tu terjadi selepas aku jumpa pictures yg di-komen oleh adik aku.. oh, sungguh adore her..sebab boleh menghasilkan karya ini. she just 16!






from her facebook pictures

so cute, di mata aku lah.

hal2 macam ni kan, buat aku terpikir...adakah itu semua adalah bakat seseorang? atau sebab minat so kau boleh hasilkan karya tu semua??

p.s.: i like the 1st pic


30 Days Blog Challenge: Day 23

15 facts about you.

This is the hardest question for me. I even don’t know what special about myself. Ok the facts are:

  1. Still cant use proper English even had through the three levels of education.
  2. A coffee/tea addict
  3. Orange lover
  4. Eat much; almost each hour
  5. Got 6 visible moles on her face
  6. Cant stick with one single thing//easily bored
  7. A simple person
  8. Love editing photos…..but still in learning process
  9. Willing to burn the midnight oil just for internet stuff
  10. Got 2 cute milk teeth :)
  11. Just finished her first degree on last June.
  12. An unemployed person - for this moment
  13. The first in her siblings
  14. The only daughter in family
  15. Right-handed person :p <--- no idea what else to write.

30 Days Blog Challenge: Day 22

hello dunia!

hari ni merupakan hari yang paling menggembirakan buat mereka yg beragama Kristian, menyambut hari besar mereka - Christmas Day - ....Selamat Hari Natal untuk bloggers yg menyambutnya, yg sempat drop by di blog aku yg ntah apa-apa ni...itu pun kalau sempat..off course dorang2 semua busy hari ni. tengok saja pasar tamu hari ni. percaya tidak, dalam pukul 8:30 am dah lengang!! kalau kebiasaannya, waktu tu baru nak mula ramai orang...

so here i'm doing my blog challenge, yg sebenarnya patut di buat semalam...tapi sebab aku dok asyik pikir apa aku nak jawab, mcmna aku nak present...aku kepenatan. amik masa nak baring kejap kononnya..dan tengoklah, sampai ke pagi aku baring...hebat bukan.?

blog challenge semalam,

A letter to someone who has hurt you recently.

kertas yg cacat, zaman kuno pun x pakai kertas gitu.
kesimpulan, aku yg x pandai edit mcmna mau buat kertas.


30 Days Blog Challenge: Day 21

A photo of something that makes you happy.



budak kecik hitam tu dah hilang!


inilah yg membuat hati gumbira. suka tengok gelagat 'gatal' dorang. sampai ber-gymnastic lg... padahal dorang gesel2 manja tu kunun mau minta makan. ha ha ha!


Kalau Saya Boring...

......saya akan buat ni


tak cukup untuk hilangkan boring?

saya buat lagi


tak cukup juga...

saya kaler pula muka saya
.
.
.
.
.
.
.
.
.


















yea! ini baru PUAS!!
^ ^,


Kontest Gambar Saye Tak Cantik Kalau Tak Edit !


penganjur kita: cik Hanem

syarat penyertaan: klik sini

tarikh tutup penyertaan: 30 Januari 2011


penyertaan saya:

melaka melaka

sebelum dan selepas


kisah cinta picture:
waktu itu saya berpraktikal di Melaka. Tahun lepas agaknya. YA, tahun lepas bulan Mei. Alang-alang sudah menjejakkan kaki ke Melaka, haruslah bergambar di tempat bersejarah itu. That was my first time. Tidak tahu mau ber-posing gaya apa, angkat tangan buat V saja lah :p

tag:

30 Days Blog Challenge: Day 20

The meaning behind your blog name.


blog header suatu ketika dulu

Blog ni aku wat time aku boring. Ntah aku pun tak ingat bila…mungkin setahun lebih yang lepas lah kot. Pikir punya pikir nak letak nama apa, aku pun pilih lah suka suka. Seperti sedia maklum, suka suka tu sama lah ertinya tak serius kan. Macam…sesaja..tak da niat apa pun. Waktu tu pun memang buat blog sesaja je. Bukan sebab nak earning nuffnang ke, nak sebarkan maklumat ke, nak jadi popular ke…x ada niat apa. Saja untuk mengisi keboringan dan seperti nak menaip something yang lain daripada assignment. Lebih kepada nak luahkan apa-apa perasaan kat sini. Sebab waktu tu kan tak banyak follower, so beranggapan takda lah orang nak baca. Even gtu, banyak gak perasaan aku yang tak tertulis kat sini. Kot ada stalker..habis lah nama baik aku kan. Haha… emm…btw, itu lah maksud blog name aku. TAK ADA MAKSUD. Ha ha ha!


Berita Taylor Swift Hilang

Taylor Swift hilang? Siapa culik? Siapa?

from [here]

Actually bukan Taylor Swift yang hilang. Berita berkenaan beliau. Urrm, artikel sebenarnya untuk lebih tepatnya. Aku suka letak kata nama 'berita' bila artikel itu tertulis di dalam surat khabar.

Hari tu aku jumpa artikel pasal Swift ni. Aku baca sikit saja sebab takut pening. Well ketika itu aku dalam kereta bapa aku. Sampai rumah, aku bawa akhbar tu dan letak atas meja. Hari ni, bila ingat balik pasal Swift, aku cari balik akhbar tu tapi malang, helaian berkaitan beliau dah tak ada. Uuumm, dah kena buat bungkus ikan masin lah tu agaknya. Kempunan aku nak baca.

Sebenarnya aku tartarik dengan isu dia buat lagu hasil inpirasi daripada kisah cinta dia. Kisah dalam satu2 lagu tu ada kaitan dengan ex-bf dia. Tapi kalau aku tak silap Swift beri 'no comment'. Mungkin ada komen tapi aku tak sempat baca habis artikel tu. Tak tahu sepenuh nya isi artikel. Hu hu. Maafkan saya.

Macam best kan. Buat puisi berkaitan dengan kisah cinta kita. Jom try….walaupun aku tak ada bakat dalam berpuisi. Kalau nak baca puisi yang merosakkan bahasa, sila…. Tapi aku tak pasti bila aku akan buat. Tunggu sajalah bila aku post di sini.


Cinta Kirana

Akhirnya habis juga sinetron Cinta Kirana. Penat aku tunggu ending nya. Off course aku agak endingnya Kirana akan bersama Galang. Pelakon utama kan… tp best juga kalau ending Kirana dgn Raka. Ha ha. Biar sakit hati, biar rasa sayang, biar sedih korang tengok Galang ditinggalkan.

Cuba bayangkan diri anda di tempat Kirana. Memilih kawan yang sayang kita untuk menjaga hatinya berbanding kekasih kita yang konon kita sakit hati tu. Macamana lah rasanya tu hah? Kalau aku…tak dapat bayangkan. Mesti aku akan jadi orang lain bila hidup dengan kawan yang sayang kita tu. Mesti korang tak kan nampak senyuman kat muka aku. Cewah! Tapi bukan kah orang kata, lebih baik memilih orang yang sayang kita berbanding orang yang kita sayang? Komen sikit…

By the way, aku tak sabar nak tengok next sinetron pengganti Cinta Kirana. Sebabnya pelakon yang the other one tu..bukan Baim Wong. Aku tak minat dia. Aku mahu tengok yg satu tu. Dulu aku pernah tgk dia dalam cerita apa ntah.. Tayangan di NTV7, waktu tengh hari. Aku kira pukul 12:30pm. Watak utama perempuan si Bawang Putih. Ha ha. Sorry ,aku tak tahu nama pelakon2 ni semua. Aku Cuma ingat nama dorang dalam lakonan satu satu cerita tu. Watak dia dalam cerita tu…macam best.tapi dalam cerita yang akan datang ni tak tahu lah pula aku macam mana. Kita tunggu dan saksikan.


30 Days Blog Challenge: Day 19

Another picture of yourself.

Picture again… :(

Kenapa wajah kita tak maintain dalam satu satu gambar? Ada rasa tak, dalam gambar ni nampak diri kurus, dalam gamabr ni nampak gemuk…tak pun gambar ni nampak muda, gambar ni nampak tua…sedangkan waktu gambar tu diambil tak lah jauh sangat jarak masanya..mungkin beza dua tiga hari saja…tak pun pada hari yang sama, berlainan waktu…pernah tak alami macam tu.. Sama lah juga dengan gambar aku ni.. Ni photo kira latest lah orang bilang! :p kelihatan lebih matured banding gambar2 yang lain…aku sendiri pun nampak pelik…maksud aku, aku tak biasa tengok photo aku rupa ni…dan aku tak suka. [cheh! Budget diri punya baby-face]



30 Days Blog Challenge: Day 18

Something you crave a lot.

Sebelum menyelesaikan challenge ini, aku harus memahami maksud crave sebenar. Takut apa yang aku faham dengan crave adalah tidak sama dengan maksud sebenarnya. Jadi nanti kamu semua bingung bingung membaca nya :). Maksud crave yang aku temui adalah feel a powerful desire for, yg merupakan satu kata kerja. [fuh! Nasib baik betul]. Oleh itu, sesuatu yang aku feel a powerful desire for adalah…..yang ini kottt. CHEH! Ada lagi kot kot. Tak yakin dengan jawapan sendiri..seharusnya menyatakan ayat ini: YANG INI!. [amik ko, dengan tanda seru.. Ha ha ha]

gambar di curi dari carian google


Kerana Iri Hati Badan Binasa

Orang kata sifat iri hati tak baik. Kita tidak digalakkan mempunyai sifat yang tidak elok itu. Kalau ada hal yang berkaitan dengan sifat tersebut mesti orang makimaki kita, kan. Kata kita tak baik, kita tak bermoral…ceh, ada sampai macam tu kah? Kerana sifat tu juga, orang sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati sendiri. Ada yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk hancurkan kehidupan orang yang dia iri sangat tu. Aku hairan macammana dia boleh sampai terfikir cara tu. Dia tak rasa bersalah kah?

Off course, bila tengok kehidupan orang lain…kita sedikit iri hati dengan sesetengah kejayaan yang dia capai. Mula berfikir kenapa aku tak dapat macam dia. Mula terasa sakit hati kalau apa yang dia ada juga merupakan keinginan kita sejak sekian lama tapi tak dapat dapat juga. Lebih sakit lagi bila kita tengok orang yang dulunya berada di bawah kita, kini berada di atas dengan jayanya. Tidakkah kamu jealous bila tengok kawan anda lebih advance manakala kita hanya duduk rumah tak buat apa. Mulalah meratap nasib, sedih hati tak sudah sudah. Dalam keadaan macam ni, mulalah pemikiran yang tidak waras menguasai diri dan minda. That's why lah kot orang pegi jumpa bomoh apa segala, kan kan?

Setiap orang ditakdirkan jalan hidupnya berlainan. Ada keistimewaan sendiri, samada kita sedar atau tidak, itu semua dari diri kita untuk menilai. Mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak dapat macam dia untuk present ni. Mungkin kita akan menerima sesuatu yang lebih berharga sebelum kita dapat apa yang diingini. Sebab itu ada wujudnya ayat jauh perjalanan luas pemandangan. Kalau checkpoint kita dekat saja, apa benda kita boleh lihat. Memang lah kita 'yeah aku dah sampai' tapi kalau point yang kita tuju tu hanya selangkah, apa skill yang kita dapat. At least kalau beribu ribu langkah kita dapat juga skill berlari..betul tak?

Jadi, jangan lah bersedih jika melihat diri tidak secemerlang orang lain untuk present ni. Dia boleh capai sehingga level tu sebab dia dalam keadaan macam tu. Kau nak capai sama level dia, tapi tak mampu dari some aspects nak buat macamana kan. Apa orang kata, ukur baju atas badan sendiri? Ko nak pakai baju dia yang lawa tapi ko saiz besar, memang lah orang kutuk hodoh nak mampus. Dan mesti ingat jalan hidup dia tak akan sama dengan kau. Kau punya jalan yang sendiri. Walaupun tak seindah orang lain, jalan lurus ber-aspal macam orang lain, tidak ada PLUS dan highway macam orang lain, kau harus bersyukur bila mungkin jalan kau yang gravel penuh lumpur, banyak selekoh dan berbukit bukau itu sebenarnya end pada pemandangan yang sungguh indah dan menenangkan jiwa..berbaloi kan..



katahati: sabar jak laa..bukan rezeki kau untuk sambung masters sekarang..jangan jealous2 ya.


30 Days Blog Challenge: Day 17

A photo of you and your family


Family photo tak ada. Jarang nak amik photo bersama. Ini saja yang ada. So…aku perkenalkan..

My dad



My mom



My brother



My another brother



The 3 siblings




See…gmbr muka potongpotong tu juga lah the best pictures I have. Nampak sangat x banyak amik gmbr dengan adik beradik...


30 Days Blog Challenge: Day 16

Your celebrity crush.


Ho ho ho. I have none. Semua celebrity aku nampak biasa saja. Tak pernah ada crush dengan sesapa pun. Ummmmmmm…….. Si Galang lah kot. Tu pun sebab aku admire kulit wajah dia. Halus bangat!! Lecheeen gitu. Semacam tiap hari buat facial. Oh, andai saja kulit wajahnya bisa beralih ke wajah ku…

Tapi serius, aku tak ada crush dengan manamana selebriti. Zaman muda muda dulu ada lah. Sapa ntah pelakon taiwan tu. Aku dah lupa nama dia. Ahli kumpulan F4 tu… waktu tu kan dia main watak rambut nenas dalam…..hah! Tengok.. tajuk cerita tu pun aku dah lupa. Oh ingat dah! Meteor Garden. Kalau tak silap time tu semua girl tak lepas tengok drama tu. Siap beli set CD lagi, aku? Oh…tgk dkt tv sudah… advance lagi siap tgk MG II lagi mereka..aku kalau tak silap dalam tahun lepas baru tgk..ke taun lepas lepas lagi..tgk online…so here is my celebrity crush. [ceh yg lapok punya]


grab this pic from [here]


Aku Jumpa Emas!!

Hobi aku waktu kecil kecil…jolok tabung! Kenapa jolok bukan cucuk atau korek? Sebab aku….jolok lah..ha ha ha. Aku jolok dengan pembaris besi [dapat bayangkan x?]…kalau pakai pembaris plastik tak jadi. Duit tak nak keluar… kalau pakai pembaris kayu lagi lah..muat pun tak lubang tabung tu… tabung tu jenis tak ada bontot..maksud aku..lubang kat bawah dia untuk memudahkan pengeluaran syiling yang dah memberat dalam tabung. Tabung tu hadiah apa ntah dah lupa…di perbuat daripada seramik.. Nak pecahkan sayang..atau lebih tepatnya, takut kedapatan. Ha ha ha. Biasa lah budak budak kan…

Setelah sekian lama aku tak buat hobi tu…hari ni aku test power jolok tabung lagi. Cari pembaris besi tak jumpa aku rembat pisau dapur mak aku. Jolok punya jolok…huish! Still terer aku ni rupanya. Sekali jolok, kuar tiga empat syiling..tapi penat lah sebab tabung tu berat..bentuk lagi bulat..mcmna nak pegang.

Sedang teruja menjolok tabung tu, tiba2…

Aku: Dee! Cepat sini Dee!
Dee: apa? Kenapa?
Aku: weee…cua ko tengok duit ni..mana ada sudah ni.
Dee: ish, mahal ni kan harga dia…

Tau apa aku jumpa? Duit emas $1. he he he. Dah tak dikeluarkan dah duit jenis ni. So boleh jadi barang antik kan.. ^ ^ V

satu ringgit atau satu dolar?


30 Days Blog Challenge: Day 15

Something you don’t leave the house without


Aku jarang kuar rumah sekarang. Kalau kuar pun sebab tolong mom aku niaga kat pasar tamu. Kalau time study dulu, benda2 yang selalu aku bawa each time aku hangout adalah:

Purse - wajib lah kan..
Payung
Tisu
Handsets
Sebotol air - yang ni sometimes

Em, tu je lah.

30 Days Blog Challenge: Day 14

A TV show you’re currently addicted to

Ha ha. Walaupun dah duduk rumah, tv tak pernah juga aku ngadap 24 jam. Sapa tahan duk depan tv 24 jam? Ko memang terer lah….salute sama kau kalau ada….tak kejang ke bontot? Tak rasa nak demam ke tak buat apa…selain duk depan tv 24 jam ??
Tv ni bukan sesuatu yg meng-addict-kan aku kalau banding dengan laptop dan tenet. Owh! Duk depan laptop memang aku tak sedar dunia lah. Duduk 2 jam pun rasa macam 2 minit je..walaupun gitu, ada gak lah rancangan tv yang aku layan… so currently aku layan cerita Cinta Kirana - aku tak sabar nak habiskan sebab cerita dia dah makin boring, konflik tak sudah sudah! -, Hani - pengganti cerita Asmara…suka tgk bila watak Tajul kuar-, dan Putera Katak - oh yg ni awal tu je ikut setiap episod…skrg dah tinggal tinggal dah -
So, ni je lah rancangan tv yg aku banyak tgk...


30 Days Blog Challenge: Day 13

Your favorite musician and why?


Bila cerita hal hal yang berkaitan industri seni ni…aku lemah sikit. Aku tak berapa nak update dengan gosip-gosip dorang. Kengkadang minat dengan satu satu artis tu sebab lagu dia best ke…sebab watak dalam drama dia lakon tu best ke…sebab dia miliki satu benda yang aku minat ke…um, macam tu lah. Tak pernah nya nak minat sebab rupa. Untuk soalan ni, my favorite misician….ntah lah. Semua aku suka selagi lagu dorang best-best. Tapi tak best pulak kalau aku jawab ntah kan.. Macam tak best lah game ni jadi nya. So I choose Faizal Tahir. Bukan sebab dia lelaki so aku pilih. Sebab aku pernah datang dia nyanyi atas stage hari tu. Suara dia live lagi best kalau banding yang dah rakam punya. Itu bagi aku. The way dia perform hari tu best. Feeling duuh! Lagi paling best, sebab dia main gitar. Hi hi. Hensom tak hensom aku no comment. Tak pandang sangat bab paras rupa..yang penting bakat. Hi hi.


yeah..habis dah hutang..kan hari tu mula challenge 3/12... ni lah semua kerja tertangguh tu. all post in a day. sungguh licik kan! :p


30 Days Blog Challenge: Day 12

A photograph of the town you live in


source [here]

kalau dari rumah aku nak pegi pekan akan jumpa nii

dan pekan tu rupa dia cenggini..

jeng!

takda picture...
nanti aku upload ya
tp
td aku sibuk cari gmbr pekan tu
aku jumpa ni


source [here]

ouch! punya sa rindu ini tempat


30 Days Blog Challenge: Day 11

What’s in your makeup bag?

You know what? I don’t makeup. These are simple things I have. Only them!

Silky White magic face powder
Mentholatum natural treatment lipbalm
Silkygirl darkbrown eyeliner
and....a sunblock cream.

30 Days Blog Challenge: Day 10

A photo of your favorite place to eat


dulu kalau makan selalu lepak sini...

source [here]

sekarang dah tak boleh dah...


30 Days Blog Challenge: Day 9

A photo of the item you last purchased

Di sebabkan rambut aku berat…sungguh berat tak tertanggung daya tarikan graviti sehinggakan dorang sanggup membunuh diri terjun dari kepala ak ke lantai…so aku pun beli lah barangan kecantikan ni. Kesian kat dorang…dan aku tak sokong bila dorang buat mogok membunuh diri beramai-ramai…tak sanggup melihat dorang semua terbaring flat atas lantai…sedih tuuu..

purchased on 4th Dec

30 Days Blog Challenge: Day 8

A song to match your mood


video



30 Days Blog Challenge: Day 7

Your dream wedding

Never gave a thought on this. Entah. yg macam ni kot.....

source [here]


source [here]

source [here]

dapat idea x yg mcmna? habis lah korang burn datang majlis aku.. ha ha ha!!! tp kejap! kejap! boleh kah buat mcm tu?


30 Days Blog Challenge: Day 6

A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


source [here]

Cute kan…hari tu ada jumpa kat pasar tamu…memang dah nak beli ni. Bila tanya harga..ntah brapa hari tu penjual tu kata, tak ingat..RM 8 kot seekor..aku rasa mahal sangat. Budget aku paling mahal pun RM 5 seekor… hu hu..terpaksa blah dengan berat hati… sapa nak belikan aku menatang ni?? Hadiah birthday taun depan. Hi hi.


30 Days Blog Challenge: Day 5

A photo of yourself two years ago

2 years ago? Itu pun kalau masih dalam simpanan. Kejap ya..aku cari…



Ni je lah yang aku jumpa. Malas nak cari yg cun melecun punya pic. Ntah celah mana lah aku letak semua pics aku..


30 Days Blog Challenge: Day 4

Your favorite photograph of your best friend

I chose them:

best buddy since secondary school.teka yg mana?
yg tengah..suka tgk pic ni sebab ada ikatan kekeluargaan di situ.
*pic ini curi dr fb beliau*


best buddy kat U (right) with her ex-schoolmate...yg juga kawan aku. hi hi.
pic ni bersahaja...tak kontrol2..
kontrol macam itu gmbr kenit di bucu bawah


30 Days Blog Challenge: Day 3

Your idea of the perfect first date

Huh!! Malasnya nak pikir.. Buat sakit hati je tau. Hahaha!! Ok ok.. First aku nak amik mood dulu supaya semua romantic idea aku kuar.. *plurp plurp..awan awan mula kelihatan di atas kepala, dengan senyuman aku yang ala ala kambing dan jari jemari menarik-narik dagu yang tak panjang ni*

First date..harus cerita dari part mana ya?

Si jejaka macho itu haruslah menjemput aku kat rumah..tapi ni kan first date…perlu kah dia jemput? Kot aku baru kenal ngan jejaka tu mcmna? Ok ok tukar plan. Kita andaikan aku dan jejaka tu tak kenal langsung sebelum ni..bukan bekas classmate, bukan ofismate…bukan saudara mara mahupun jiran tetangga. Totally orang asing (bukan makhluk asing ye teman-teman). Tapi…aku nak juga dia jemput aku. Hahaha!!! Dah dia datang rumah, mintak izin mak abah untuk bawa aku date. Hua wah wah! Tak best langsung lah. Tukar! Tukar!

Ok. Secara ringkasnya...

Masa, subuh..
Tempat, tepi pantai
Aktiviti, at first kitaorang tgk bintang-bintang di langit gelap yang makin pudar dek sinar mentari. Sang bulan juga mula mengundur diri memberi peluang pada hari muncul..bagai memberi nafas baru pada penghuni muka bumi. Angin sejuk pantai bertiup sepoi bahasa, bermain-main di pipi bagai mengajak turut berlari. Aku berpaling, memberi senyuman pagi kepada si jejaka. Kemudian serentak kami menghalakan kembali pandangan ke arah mentari muda [ chet bahasa apa ni? ]…dari sekecil titik, hingga sebesar bola sang mentari menunjukkan diri. Kami sabar mengikuti kemunculannya. Sungguh indah mentari pagi. Sungguh memberi tenaga baru untuk menghadapi dugaan hari ini. Of kos sesi fotografi tidak di lupa. Coretan seni di atas pasir juga harus ada. Buat tatapan di masa akan datang. Kerana 'moments lost gone forever' jadi harus meng-happy-kan diri. Sudah puas berlari berkejaran…tiba masa breakfast pula. Continue date dalam kereta dengan Gardenia dan Dutch Lady…tia perlu breakfast mahal-mahal yang penting sihat maaa… hi hi hi..sudah breakfast, apa lagi balik rumah laa…sebab mau pegi kerja sudah kan. Hah ha ha!


30 Days Blog Challenge: Day 2

A photo of something you ate today

Huh?! Should I take photo of something I ate? Aigooo..tak ingatkan untuk amik pic semua tu…dah lesap pun semua.. Ok ok.. Nih sebahagian daripadanya. Untuk dinner saya makan… aiiiitttsss segan lah pulak nak tunjuk. Alaaa makanan rumah je…tak ada nya nak dinner kat luar, makan special special..biasa biasa aja. Ok ni lah makanan tu.



Um, tau tau sendiri lah ya apa aku makan.. Hahaha.


twet..twet...SMS =)


bungkusan dah sampai rumah
org pejabat bapa tolong ambilkan


so curious apakah isi bungkusan ini
.
.
.
.
.
.

tadaaa


segan nak tunjuk lbh jelas. hi hi


"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"


'terbang aku terbang
terbang jauh ke seberang
pulang aku dengan macam barang
ole2 untuk 30 pemenang'

sungguh pemurah en. E D I
buat giveaway dengan pemenang macam tu banyak
ada pernah jumpa tak sebelum ni?
kebarangkalian utk menang tu tinggi
kan kan kan

jom ramai ramai join
rules teramatlah lah ringkas
jangan segan silu, terjah blog en. E D I
betul kan, tak susah nak buat..

hadiah giveaways pun BEST.
kalau diberi pilihan aku nak
beg sulam tu...
nak fridge magnet juga
eh, nak yg kaler merah tu jugaa
oh! i wish i'll be the one of 30 lucky person
cepat! cepat!
WISH
mmmmmmmm




i was tagged by miss zie and chain it to ayano shirahata