November 22, 2011

Yeah, it's been a month since my last post. ^ ^
Well I don't think blogging my routine is a necessity plus, my brain not much working to cheer this site...
......*sigh

source here

Think about myself, I haven't done anything in making a living.
Seems that graduation is just another check point I had passed.....then I flew nowhere,go with the flow...

Fly freely,bound with nothing... yet don't even know when to settle down
Am I really happy with this state...?
........*another sigh

Perhaps I should change something
Hesitation is my habit.....then I'll change that before next year come up.


Wish.....

......to have a pair of this

original photo here

Blogshop Saya

Yayy... Lama menghilang bila update blog siap bawa berita baik pula, kan.. Sebenarnya sudah lama berhajat ingin buka blogshop ni dan sekarang baru ada kesempatan. Biasalah sebelum buka tu kena buat banyak persiapan kan.. Sedia barang-barang, daftar perniagaan, dan apa apa yang patut lah. OK, tanpa buang masa jom saya perkenalkan kedai online saya:


Sila sila, lawat blogshop saya. Untuk 10 pelanggan bertuah pertama, saya tidak akan kenakan kos penghantaran. Kiranya sebagai promosi pembukaan kedai. Buat masa ni cuma ada shawl sahaja tapi.....yang bestnya adalah shawl itu custom-made. Antara contoh shawl yang ada adalah:


Kain dia ala ala silk gitu. Cukup labuh untuk menutup bahagian dada. Selesa dan tidak panas.

Kalau berkenan boleh buat pesanan di kedai online, Kotak Oren.

Selamat Membeli belah.... ^ ^












































Eh, eh....link tak jalan ya?
Hehe..... Sebenarnya itu shawl tipu lah. Skirt baju kurung aku tu.... yang telah hangus dijilat setereka. Bukti ini:




Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. 

Kadang kala, kita tidak sepatutnya terlalu mengharapkan sesuatu. Bila kita terlalu ghairah terhadap apa yang kita harapkan itu, kita lupa untuk berserah, bertawakal kepada Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, 'aim high' itu bagus.. Tapi terpulang lah pada kita bagaimana menguruskannya. 

Ia terjadi pada diri saya. Ya, saya lupa sebentar. Saya terlalu mengharap. Apabila harapan itu musnah dan melibatkan orang yang saya sangat percaya, saya marah. Saya mula berprasangka buruk terhadapnya. Macam macam kata keluar. Air mata mula mengalir. Perasaan bercampur baur antara marah dan sedih. Saya lupa. Saya lupa bahawa segala urusan kita adalah dengan izin-Nya. Saya lupa. Astaghfirullahalazim! 

Semoga saya bertambah kesabaran di dalam diri dan tidak cepat melenting selepas ini.


Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong

Maksud: suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. (peribahasamelayu.com)

Dulu dulu saya fikir maksudnya seperti orang yang tidak tahu malu. Tapi, boleh juga kot dalam bab 'menonjol-nonjolkan diri' tu,kan..?

Perbualan
A: kenapa ko nda balas mesej dia?
B: malaslah. nanti makin menjadi dia. nda suka aku.
A: haha. kalau aku lah kan, kalau orang tu nda pandai balas sudah mesej ku, faham faham lah. orang tu nda minat lah maksudnya.buat apa mau meng-gedik, mengurat lagi orang tu.

But, in case of friendship... yang dulu nya kamu kongsi macam-macam, ber'gila' sama sama, then tiba-tiba kamu perasan perubahannya seperti mengelak untuk bersama kamu lagi. Walaupun at first perubahan itu mengguris hati kamu, tapi kamu buat dek saja sebab beranggapan dia sibuk..Kemudian the next, next, and next episode still sama juga and even getting worst sedangkan orang itu pernah mengaku (banyak kalinya mengaku dan menganggap dirinya adalah sedemikian) is a very sensitive on others feeling (yg membuatkan saya berfikiran adalah mustahil untuk dia tidak perasan).

So, umm..... if that happen, what should you do? 

Mulanya saya tidak lah kisah sangat dan masih buat seperti dulu - be friend - tapi lama kelamaan, terasa diri ini seperti dalam perbualan tu pula. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Dalam hati terfikir untuk just give up on dia. Kamu rasa saya kejam kah....tiba-tiba decide untuk putus kawan? (hi hi hi)



p.s.: Dulu saya cakap, saya tak mau campur aduk B.M dan B.I dalam entri saya. Setelah mencuba dalam banyak entri saya, sepertinya mood itu tidak sampai. Terasa skema semacam. Jadi, mohon maaf ya untuk entri yang bercampur aduk bahasanya ini.


Sesuatu Yang Tidak Disangka Ada Pada Diri Anda

Pernah alami tidak?

Bila anda baca balik karangan panjang ala novel yang ditulis beberapa tahun dulu, anda akan kata
"wah, aku kah yang tulis ni dulu...nda sangka betul"

Anda korek korek balik kotak barang lama, jumpa art yg pernah dibuat dulu dan kata
"kreatifnya aku dulu..hi.hi.hi"

dan, situasi situasi yang berkaitan lah..yang mana bila mengingat kembali keadaan beberapa ketika lalu itu, membuatkan anda rasa 'tidak sangka' anda sebenarnya berbakat/boleh melakukan parkara baik itu.

Sebenarnya tadi (ya, baru ja taadii), daripada aktiviti mencari resepi biskut raya, terjebak pula saya kepada weheartit.com yang akhirnya membawa  saya ke tumblr. Seingat ingat saya, pernah suatu ketika dulu berjinak jinak dengan binatang ini. Tapi, sebab terlalu bingung apa yang perlu dilakukan maka ditinggalkan begitu sahaja. Insiden tadi buat saya begitu struggling mengakses kembali akaun saya. Gembira, akhirnya dapat.


Mula mula masuk dekat dashboard , terasa sungguh pelik.
"eh, sudah ka" "aku punya kah sudah ni" "eh?" "hidup itu indah, apa ni? aku kah ni? eh?"

Betul betul buat terkejut. Tidak sangka yang saya boleh pilih 'hidup itu indah' sebagai tajuk, dan 'cantiklovely' sebagai URL. Lihat post adalah 10 bulan yang lalu, dan saya mengagak itu adalah raya tahun lepas. Agak agak apa lah saya fikirkan waktu itu sampai boleh terilham sedemikian rupa ?

Kadang kala benda yang tidak sangka ni (macam dalam kes kes begini) membawa suatu perasaan 'lucu', kagum, gembira dan paling penting lebih menghargai diri. Sebabnya, kita seperti baru diketuk yang kita sebenarnya berbakat dan mampu lakukan sesuatu jika kita betul betul into it. :)

Jadi lepas ni, jangan kata tidak sebelum pernah melakukan sesuatu. Cuba lakukan dengan baik, dan mungkin anda tidak sangka dengan hasil yang diperolehi nanti..


Maxis MMS Greetings

Maxis MMS Greetings



Macam tau tau saja Maxis ni dengan apa yang ada dalam hati saya sekarang...


Dapur Berasap: Bubur Nasi

Ini Sarapan Pagi Saya

Bahan2
Beras (saya guna nasi semalam/mlm tadi)
Isi ayam
Halia
Bawang merah
Air secukupnya
Bahan perasa

*kuantiti adalah ikut suka//adjust sendiri :P

Cara buat:
Halia dan bawang dibersihkan, ditumbuk, ditumis hingga naik bau. Masuk isi ayam, biarkan sekejap. Masuk air, masuk beras. Masak sehingga masak. Ops, jangan lupa masukkan bahan perasa!.. Terus, siap! :)

Semasa hidang bolehlah ditabur macam2 'barang'-bawang goreng, daun sup, ikan bilis dsb- di atas bubur nasi anda untuk menaikkan selera :P


::::buat post entri lagak seorang chef. hahaha!



The Most Favorite Cartoon

mine is soo weird right?
macam leher terkehel :P

I found that people searched for 'cute islamic cartoon' in this blog, even I haven't that much except for that 'idkawanimut photos' (yes, they are so cute, you know). Thus, I'm so pleased to share some other pictures for those who interest on them :) Click the links!

kembanganggrek.wordpress.com

idebagusku.com

Through these searches I found the main source of all these photos, finally. You know, that idkawanimut animations.. :) so please go here www.desainkawanimut.com but you have to register first before you can access to what you're looking for.. :)

Twinsa Window


Dondurma - Ais Krim Turki

credit

Dondurma (secara amnya 'beku' dlm bhs Turki) adalah panggilan untuk ais krim di Turki. Dondurma biasanya dibuat daripada susu, gula, salep, dan mastic, yang mana asal Dondurma ini berkemungkinan dari Kahramanmaras - sebuah bandar di tenggara Turki.

Keunikan dondurma daripada ais krim yang lain adalah dari segi tekstur dan juga keupayaannnya untuk tidak cair. Rahsia kepada keunikan ini adalah agen kelikatannya iaitu salep, sejenis tepung diperbuat daripada akar orkid liar Turki, dan mastic, sejenis resin, penyebab kekenyalan.

Dondurma yang kenyal
credit

ais krim ais krim ais krim
credit

"cua ko tengok aiskrim tu..macam plastisin" 

Teringat suatu ketika dulu, pernah saya suarakan pendapat itu kepada kawan saya. Dan secara kebetulan semalam saya tengok 360 ada pula cerita pasal ais krim Turki ni. Baru saya tahu, rupanya ais krim yang dorang jual dalam tong, dengan penyendok aiskrim panjang dan unik, sambil membunyi-bunyikan loceng tu adalah aiskrim lain daripada yang lain.. 

Pakcik ais krim Turki
credit

Menyesal pula tidak cuba. Tapi nampak harga pun macam mahal saja. RM5 for 2 scoops. 

Tapi untuk benda unik, rasanya berbaloi kot. Bila lah mau cuba ni??


sumber keterangan dondurma adalah daripada Wikipedia :)



Suatu Seni Datangnya Dari Hati


strum strum gitar
kadang boleh keluar satu melodi
yg akan bentuk satu lagu
tanpa sedar

pernah cuba tak?

macam tu juga lah terciptanya lagu Carta Hati
Lagu tu simple ja sebenarnya
tapi sebab CIPTAAN SENDIRI
maka di 'WOW'-kan
betul, kan?

jom pula dengar lagu ni



lepas ni
ada rasa mahu buat lagu sendiri?


Cipta Font Anda Sendiri

Teruja tak?? 

Ia bermula daripada gambar ni

drpd Facebook Finie Ramos

Saya sangat teruja dan dengan bantuan Google Search, saya sampai ke laman Fontself.com

Buat ikut arahan yang sangat mudah, dan terhasillah tulisan saya sendiri...

Tadaa...
tulisan saya di Y!Mail

Saya sangat berharap tulisan saya boleh di download  =(


Welcome to My Biodata Inspired by Finie Ramos

Klik Official Banner Contest untuk join :)

Punya lama sudah saya mau ikut ni..Tapi setiap kali mau siapkan tugasan mesti stuck. Asyik2 nama, DOB, tempat lahir...terus, stuck!! Mungkin lama sudah tidak buat benda2 macam ni kan. Dulu waktu sekolah rendah, aktif ni buat. Siap ada buku khas lagi. Tidak kena suruh isi pun, buat muka tebal mengisi juga. Ha ha. Lucu pula kalau ingat zaman budak2...

So, sini Finie Ramos buat acara ni untuk mengumpul kesemua biodata yang ditulis dengan tulisan tangan dalam sebuah buku yang dipanggil Welcome to My Biodata Book sejak hari ini semakin ramai pengguna menggunakan Facebook dan menaip lebih manakala kurang menulis (ayat dari blog beliau). 

Sangat menarik bukan..?  Jadi, ini lah biodata saya yang tertangguh berhari hari tu..


Klik gambar untuk membaca dgn lbh jelas ^ ^



Project #3: Princess Brooch

Lace, lace, lace.
Itu saja yang muncul dalam kepala aku.
Tiba tiba terfikir, 'benda yang aku letak di kepala tu bukan lace kah?'
Lebih kurang lah kan...
So, jom test mix and match benda ini

apa kamu panggil yang sblh kiri ni?
&
cute crochet brooch

hasil gubahan: nampak nice juga kan.. :)

Oh, pagi tadi pergi cari lace
Tapi tak jumpa
T_______T

Yang ada cuma riben
maka jadilah si Princess Brooch ini
^_______^

Princess Brooch saya :)

perbandingan saiz


Ketika Hati Muslimah Itu Terluka



Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…


coppied from here


Tanda Tanya

Pagi. Sarapan dengan air soya Seasons. Setengah tin. Pulut panggang (yang tidak berapa mau panggang, dan tidak juga berapa mau pulut) adalah makanan pejal pertama masuk ke dalam perut pagi itu. Kemudian, kuih apam. Lepas tu, kuih puteri ayu. Setengah tin lagi. Sambil menyapu-nyapu sisa makanan jatuh atas tudung, mak saya cakap,

"Baru hari ni nampak kau makan banyak sikit"

Tanda tanya. Saya kurang makan kah selama ni..?

Tengah hari. Tengok tv yang ketika itu ada movie pasal si penulis dan anaknya. Bapa pulang dengan ais-krim. Duduk bertiga (saya, mak, bapa) di ruang tamu, tengok tv sambil makan ais-krim. Sedang laju-laju menyuapkan ais-krim ke dalam mulut sebab sudah mahu cair, bapa saya cakap,

"Puasa nanti kau jual jual lah di bazar. Jual kuih"

Tanda tanya. Saya mahu jual kuih apa?

Tiba tiba teringat. Marjerin yang saya selalu guna buat kuih raya dulu harganya kalau tidak silap dalam RM3 lebih saja...sekarang sudah RM5 lebih.. harga gula jangan cerita lah. Dalam keadaan begini, mana saya mahu dapat modal?


Apam Polkadot II




Atau aku harus menggelarnya apam love love??
(memandangkan aku tak nampak pun dot dot)
:)

well, practice makes perfect
^___^


Kenapa Hati Selalu Berubah?


Kenapa?
Kenapa kalau sudah kata macam ni, beberapa saat/minit/jam/hari...akan kata benda lain pula..
Kenapa??
Adakah kerana mudah hanyut dengan godaan?
Atau itu dinamakan fleksibel dengan keadaan?

Hari ini jumpa artikel yang menjawab soalan saya dan menenangkan hati..
Jom baca:
_______

Dalam kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?

Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)

Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu.

Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah.

Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam.

Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.

Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?

3 Jenis Hati:

Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.

Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan?

Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.

Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.

Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah ia selalu.


sumber: www.iLuvislam.com

Apam Polkadot


Petang semalam test power buat apam polkadot.
Hasilnya..?

Macam manakah tekstur apam polkadot ni sebenarnya?
(bertanya sebab tak pernah jumpa)
Hasil yg aku dapat memang kembang..tapi teramatlah berat.
Aku ingat, apam ni sepatutnya ringan..
Alaa..macam apam normal tu..

Tapi tak apa lah
Ini kan percubaan pertama.
Practice makes perfect, kan?


On The Night Like This

sumber adalah di sini


jom layan......kejap je :)



Main Tukar Tukar

Bosan. Balik balik itu juga di capai. Mahu yang lain lah pulak.. He he, apa susah, buat saja lah. Saya kan sudah jadi pembuat keronsang :p

Banyak betul warna benang sampai tidak tahu mahu gabung yang mana dengan yang mana. Hati kata mahu itu tapi warna sungguh terang macam pen penanda. Akhirnya warna nenek nenek menjadi pilihan. Kasihan nenek nenek dikata saya.


Saya punya masalah untuk pilih warna pearl di tengah bunga. Mulanya mahu letak warna emas, tapi kelihatan seperti warna pilihan datin datin pula.


Tengok, saya sudah ada 4 biji keronsang begini. Bila pegang semua dalam satu genggam, terasa macam genggam mainan pun ada. Macam budak kecil yang obses gula gula, semua digenggam tidak mahu lepas.


Bila letak keronsang dalam bakul, baru perasan ada beg kecil yang sama gabungan warna. Secara tidak langsung, boleh jadi penambah aksessori beg. Beg kecil saya sudah berseri kan, kan…. (sila lah muntah.. :p)

Hari ini pergi tamu dgn keronsang baru :) 



Peristiwa Pahit Menimpa

Itu hari saya ditimpa kemalangan kecil yang tidak melibatkan sebarang kenderaan.. kejadian berlaku hanya dalam bilik saya. oh bukan bilik di rumah saya sekarang...tapi di kampung. Malam kejadian itu saya ada post dekat status Facebook:


Hi hi.. kecoh betul saya ni tapi serius sakit..

Itu petang, saya buka besi katil dan besi terlepas tepat di ibu jari kaki..Warna kuku bertukar biru serta merta. Bapa saya kata "ah, tiada apa tu, sikit saja".. Dalam hati, oh retak kah tulang saya?. Mahu menangis tapi hairan seperti kesakitan itu tidak cukup buat air mata mengalir.. Buat buat muka mahu menangis pun air mata tetap tidak mahu keluar..maka, tahan saja lah. =P Hairan, kalau jari terkepit celah pintu boleh pula serta merta menangis sedangkan sakit dia cuma sekejap.

Itu malam, sudah syok syok tidur tiba tiba terbangun sebab kaki berdenyut. Yang kena cuma ibu jari tapi sakit satu kaki. Itu pasal saya post di Facebook sebab tak dapat tidur... sudah puas pusing pusing, guling guling di sofa, akhirnya tertidur juga... Tapi esok pagi bangun masih juga terasa denyutan sakit.

Walaupun dalam hati takut ada retak tulang mana-mana, tetap juga degil tidak mahu pergi hospital untuk cek. Saya benci datang hospital bila itu MA cuma belek belek kaki saya dan kata "oh sikit saja ni, nanti kuku tanggal ok lah tu".. Kalau begitu bapa saya pun boleh jadi doktor saya sebab awal awal lagi bapa saya sudah kata begitu.

Seminggu kemudian rupa kaki saya jadi macam ni:


Minggu seterusnya, tercucuk lah duri duri halus pada bonggolan atas kuku tu. Sebab asyik keluar cecair yang saya sangka nanah, saya picit picit lagi dan akhirnya kuar cecair hitam ni:


Harapan selepas semua cecair tu keluar, baiklah kaki saya...tapi sebenarnya tidak. Sampai sekarang masih bengkak...cuma sudah tidak sakit. Jalan pun tempang...walau berusaha untuk jalan seperti biasa tetap tidak boleh sebab itu keadaan jari buat saya rasa tidak selesa.

Sekian :)


Ice Breaking

Sudah lama tidak menaip sebarang cerita, otak pun terketar ketar mencari ilham. Jadi post ini saya tajukkan seperti di atas untuk memecahkan kejanggalan menaip. Ternyata jari jemari juga turut sedikit kaku mencari huruf yang sepatutnya. :P

Meninjau ninjau newsfeed di Facebook terjumpa pasal ini kisah Adinda. siapa Adinda? saya juga menggunakan khidmat Google Search untuk mengetahui siapakah gadis paling malatop ini..ternyata beliau tidak boleh dijadikan idola saya. hi hi hi. Hanya pandang sebelah mata.

Ummmm...saya punya satu perasaan yang sungguh mengganggu jiwa tapi seperti saya sudah dapat mengharungi perasaan itu. Ambil masa juga, dalam 2 minggu mungkin. Sungguh lama bukan. Mungkin orang lain boleh getting over it setelah menangis 3 hari 3 malam... tapiiiii itu kisah tidak cukup sadis untuk saya tangisi, hanya mampu meng-angau kan saya. =)

Oh, itu hari saya ada buat sesuatu...nanti saya tunjuk... ^ ^ V

Lagi, ada satu peristiwa menimpa saya...selepas ini saya cerita..

Ummmm....apa lagi? oh ya..untuk mendatangkan ilham saya pergi selongkar file gambar saya dan terjumpa ini. hi hi hi. Itu kisah ketika saya teramat lah bosan di kampung dan seperti kebiasaan akan menyelongkar barang barang lama yang ada. Ada dua benda yang menarik perhatian: spek mata pertama saya dan tudung ______ apakah namanya itu yang pernah popular suatu ketika dulu...

bayangan wajahku ketika muda muda dulu
-tapi ni pic mcm rupa makcik makcik pula kan-

Dengan hidangan gambar ini..maka habislah sesi 'Ice Breaking' kita :)


Project #2: Pouch


Memandangkan aku hanya di rumah, maka ku isi masa lapang itu dengan bermain benang benang ini. Aku punya projek sebenarnya : menambah duit saku. Oh, bukan menambah tapi mencari sebenarnya. Ya, sudah setahun aku duduk rumah goyang kaki saja. Kalau kamu di tempat aku.. Apa kamu rasa?
^ __^

Baiklah, untuk projek pertama saya adalah:


Beg kecil ini.

Apa kamu panggil, handphone pouch? Tapi saya gunakan untuk letak duit kalau keluar rumah pergi pasar. Malas nak bawa purse besar, bukan ada isi pun kan. Hi hi hi :)

Saiz beg di atas adalah 12.5 cm x 7 cm. saja buat sebelah lain, sebelah lain. Itu tanda saya tamaha mahu ada 2 design dalam 1. Tapi saya lebih suka belah ungu :)

Bagi yang berkenan, boleh order, boleh request kaler.. Harga RM 7.



Kelip-kelip

Tajuk: Kelip-kelip
Masa: 1 minit
Keterangan: telefon bimbit yang tidak mahu kalah untuk turut berkelip-kelip seperti tetikus, walaupun pada kadar yang agak perlahan.

video

Misi Mencari BF

Memang sudah menjadi kegemaran aku untuk melihat perilaku manusia. Macam-macam ragam. Hari itu, aku tertarik dengan seorang jejaka. Tinggi, cerah, bibirnya merah, dan paling tak tahan suaranya. Sungguh suaranya mampu menggetarkan jiwa. Sekali dengar, macam nak dengar lagi. Hi hi ^ ^.

Sudah berhari aku perhatikannya. Dalam hati ingin sekali menegurnya tapi malu, takut orang kata perigi mencari timba pula. Aku cuba menghantar data menggunakan infrared untuk menyatakan keinginan ku kepadanya. Tapi sayang, jarak kami terlalu jauh untuk dia menerimanya. Maka aku hanya menjadi pemerhati dan menunggu peluang dan alasan yang sesuai untuk aku menegurnya.

Pagi itu, seperti kebiasaan aku akan perhatikan perilakunya. Tanpa menyedari pandangan dari mataku, dia menyuapkan sebiji kuih ke dalam mulutnya. Kemudian mengelap-lap tangannya. Menggosok-gosok hidung nya seperti ada sesuatu yang membuat dia tidak selesa. Kemudian, jari kelingkingnya masuk ke dalam hidung. (o_O). Aku buat-buat tidak nampak. Sesaat kemudian ku lihat dia kembali. Dia menghembuskan cecair dari hidungnya. Saki-baki cecair itu dilapkannya pada kolar baju. Aku dengan mata sedikit bulat….

"erk, reject!"

Maka dengan ini, aku terpaksa mencari target lain untuk melaksanakan misi ku..


Ketagihan

Sejak aktiviti itu aku lakukan tempoh hari, aku berasa gian untuk melakukannya lagi dan lagi. Kepala aku juga ligat berfikir gaya baru yang boleh aku lakukan. Mahu begini rupa kah? Mahu lentok begini kah? Sungguh aku rasa, TAK TAHAN!!

Oits! Pikir apa kamurang hah? Aku cakap pasal ni lah.

INI:



naah, bertambah dah koleksi aku. Mungkin tak lah sama dengan yang terjual di kebanyakan blogshop (dari segi kekemasan maksud saya) tapi, aku sungguh gembira dan enjoy lakukannya. Aku rasa, aku cuma perlukan sedikit lagi bahan untuk melengkapkan nilai komersialnya.

Jeng jeng jeng!

mahu buat corak lain kononnya tapi rupa macam
tapak sulaiman lah pula.


Project #1: Keychain


Serius comel. Ok, aku sedang masuk guni pikul sendiri. Haha! Tapi lagi comel kalau boleh buat pin letak dekat tudung mahupun selendang macam trend sekarang ni kan. Mahu kelihatan cute pakai lah benda2 cute macam ni. Sekali lagi angkat bakul. Ha ha ha.

Ok, ok. Ingat tak dengan post aku yang ini. Bajet seperti ada orang baca blog. Tak apa, cuma sebagai makluman. Nak dijadikan cerita, bunga itu telah hilang. Telah gugur entah di mana dia menjatuhkan diri. Sedar sedar saja dah tak ada di sisi. So, aku pun buat lah yang baru. Dengan sedikit ilham (konon) I made it in layers macam tu, gabung dua warna kegemaran baby dan akhirnya…tercipta lah bunga cute itu.

Terfikir nak letak pin dekat belakang, so boleh pakai buat pin tudung dekat bahu (contohnya), tapi tidak punya bahan yang cukup. Sungguh aku harap dapat buat macam tu… huh! Tapi bila tengok tengok, belek-belek..boleh jadi benda lain juga bunga cute tu - keychain, handphone strap, hairclip,…..boleh jadi gelang juga kot. Hi hi hi. Tapi yg ini sudah menjadi keychain.

pemegang zip baru

Menggatal

Kalau di Sabah, Menggatal itu nama tempat. Tapi di sini, aku bukan mahu bercerita berkaitan tempat itu, mahu bercerita pasal perlakuan orang sebenarnya.

Cerita bermula:

SMS 1-
L: oh, mungkin bukan rezeki lagi. Sabar ya 
P: ya, aku fikir positif jak ni. Apa pun aku doa ko dapat jawatan yg ko apply tu 
L: (smiley) best lah ko ni. Beruntung siapa dapat ko jadi bini 
P: ceh…. 

 SMS 2- 
L: selamat pagi gadis manis. 
P: selamat pagi (dlm hati terasa pelik dgn panggilan tu. Oh, dia gurau mungkin) 
L: dah mandi belum? 
P: duiii…soalan tu bah. Heh, aku di tamu ni jual-jual. 
L: ko jual apa? 
P: sayur.. 
L: knp ko nda jual kuih-kuih..mesti sedap kuih ko. 

 SMS 3- 
L: hai sayang. Apa khabar? 
P: (patut jawab apa? Dalam fikiran, lelaki ini sudah kritikal)…. Nda salah hantar? 
L: tak lah khas untuk awak <--nah, tiba-tiba bersopan pula dia 
P: siapa ni? (pura-pura tidak kenal) 
L: tak kan dah lupa. 
P:………. (tidak balas mesej) 

 Dan sejak dari itu si P tidak lagi membalas mesej si L . Sebenarnya aku tak kisah contact dengan lelaki tu kalau dia behave. Aku anggap dia kawan, memandangkan kami sama-sama apply jawatan(even bukan jawatan yg sama) di satu tempat ni. Dan..dia tu sebenarnya husband kawan aku. Tak kan lah aku tergamak khianat kawan aku tu kan… 

 Aku harap si L tu akan ubah lah cara dia gaul dengan perempuan lain. Even niat dia cuma nak gurau-gurau, tapi kalau bini dia dapat tahu..off course bini dia akan fikir bukan-bukan,kan.

Jangan Menyerah


by: d'MASIV


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

repeat reff1
repeat reff2


Dikala hati berduka lara ni, lebih baik mendengar sesuatu yang boleh membangkitkan kembali semangat berbanding lagu yang sama alunannya dengan perasaan kita. Oleh itu, Jangan Menyerah. :)

lirik lagu:liriklaguindonesia.net

I Heart You

Cendawan sihat tumbuh selepas hujan

Defected punya cendawan, tidak cukup zat besi


Cendawan ada tahi lalat??

Kehadiran taugeh mewujudkan suasana romantis
dikalangan cendawan sekalian

I Heart U

~^_^~