Cara Untuk Menikmati Air Kosong

Kita disarankan untuk meminum air kosong sebanyak 8 gelas setiap hari. Kalau nak turun berat badan atau ambil apa-apa supplement pun rata-rata dorang akan cakap kena banyak minum air kosong. Aku paling excellent cuma boleh habiskan 1L air kosong satu hari. Sedangkan kalau ikut satu sumber ni, kena minum air ikut berat badan kita. 

Kalau berat kamu 25kg, minimum air yang kena minum 1L.
Kalau 50kg, 2L air.
75kg, 3L air.
100kg, 4L air.

Contoh, berat aku 45kg, jadi aku kena minum air sebanyak 1.8L. (aik, macam sikit pulak kan.. =P)

Tapi 1.8L air atau bersamaan dengan 1 botol besar mineral water + 1 gelas air itu cukup susah untuk aku habiskan dalam sehari.

Jadi, macam mana nak ajar tekak kita supaya rasa sedap minum air kosong?

Aku ada rakan sekerja yang bawa bekal air kosong bersama hirisan lemon di dalamnya. Alasan dia buat macam tu sebab malam sebelum tu dia 'minum-minum' dengan kawan dia. Tapi kalau hari-hari dia bawa bekal air kosong macam tu, hairan juga kan.

Sebab selalu sangat nampak dia bawa bekal air kosong dengan hirisan lemon, aku pun rasa mahu cuba. 3 hirisan lemon dalam 750ml air. Rasa air tu tidak lah pelik sangat seperti imaginasi aku yang kononnya rasanya macam bancuh sirap 1 sudu dalam 1 liter air. Warna dan bau saja lebih tapi rasa tawar. Rasa air hirisan lemon tu macam.......rasa lemon. he he.Sedap. Dan, keinginan tekak aku untuk teguk air tu pun meningkat sekali gus menggalakkan aku minum air kosong seperti yang disyorkan.

Setelah aku cari info di internet, rupanya air kosong dengan lemon ni banyak kebaikkannya. Disamping menghidrasikan badan kita (sebab minum air kan..) kita juga dapat sumber vitamin C daripada lemon tersebut. Antara lain kebaikannya, mencegah kanser, melambatkan penambahan berat badan, membantu pencernaan dan detoksifikasi badan, keseimbangan pH dan lain-lain lagi. 

Air sebegini kita panggil juga sebagai infused water. Selain daripada hirisan lemon, kita juga boleh infuse buah lain dalam water kita contohnya, nenas, timun, beri, atau herba-herba seperti daun pudina atau kulit kayu manis untuk menaikkan aroma dan rasa air kosong kita.

Untuk idea-idea infused water boleh lawat laman ni, http://www.infusedwaters.com/

Sudah 8 hari makan tepung, gula, marjerin, ayam, daging, ketupat, lemang sampai angin dalam perut pun bau semacam saja. Rasanya cukup lah sudah kita enjoy makanan tu semua kan... Sekarang jom sama-sama kita sihatkan balik badan kita..=)

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~