I Heart You

Cendawan sihat tumbuh selepas hujan

Defected punya cendawan, tidak cukup zat besi


Cendawan ada tahi lalat??

Kehadiran taugeh mewujudkan suasana romantis
dikalangan cendawan sekalian

I Heart U

~^_^~




Mood Cinta Cintun

‎"Tak suka tulis hal peribadi di laman sosial, Twitter atau Facebook, nampak macam meroyan"

Huhu..betul kah macam tu? tak jadi lah aku nak tulis pasal kisah cinta aku ni :P (just kidding). Seperti sebelum ini juga, aku telah mendiamkan diri daripada dunia internet. Hanya akan melayari internet untuk cek email - kalau kalau ada offer untuk aku bekerja - semak itu ini dan yang patut-patut sahaja. Yang tidak berkenaan, aku tolak tepi dahulu. Satu masa nanti bila aku sudah........boleh dikatakan OK (nda tau mau letak pekataan apa, tapi mood itu adalah mood OK :p) barulah aku kembali bergiat aktif dalam aktiviti online seperti sebelum ini.

Aku seperti mahu bicara pasal hati.. emm, tengoklah macam mana nanti. :)

Apapun, layan satu 'kindergarten drawing' dari saya..



Wee... tiba tiba aku rasa mahu belajar semua bahasa yang ada di sabah. haha.. nda pening kah aku nanti tu ya?

What Is So Special Today?

Last post aku bertarikh 1 Feb....dan setelah 2 minggu baru aku nak post cerita lagi. Aku memang tak ada idea nak share apa, memandangkan hidup aku teramatlah mendatar sekarang ni.

14 Feb ye?? he he...tarikh tu langsung tak ada makna untuk aku. Korang yg rasa nak celebrate tu..pegi lah. Aku tak ada apa nak kata. :P ceh. macam ayat frust putus cinta saja. Ha ha ha!

Sepanjang 2 minggu aku tak munculkan diri ni...termasuk lah kat FB atau di mana-mana halaman sosial yang lain, aku duk kat rumah je. Praktis skill lembut jari. Apakah? Hee.. jom tengok nih


yaa...aku pun melukis lah. Sebab aku boring sangat kan. Tak ada benda yang aku boleh buat. Nak online pun aku dah boring sangat. Selepas aku lukis si Cantik ni.. aku pun kaler-kaler kan lah dia. Actually ada si Kacak lagi tepi dia ni tapi aku perati macam muka pondan je, so aku cut lah bagi publish si Cantik je kat sini.


Dah jadi rupa lain kan selepas diwarnakan. Ha ha. So end of this story. Nak komen, komen lah. Aku tau apa yg tak kena dgn si Cantik ni. He he.