sudah jatuh ditimpa tangga

hari khamis telah dijadikan hari perjumpaan ku bersama supervisor di atas persetujuan antara group aku dan supervisor ku.. seawal 10 pg *awal ke?? aku dan rumet aku pergi ke tempat perjumpaan.. lama nih kami tunggu, dlm pkl 11 mcm tu baru lah supervisor datang.. sebelum tu sempat juga lah aku dan rumet ku bercerita pengalaman menelefon 1 badan ni utk meminta bantuan daripada pihak mereka.. sebenarnya kami tidak kisah jika utk mendapatkan bahan itu, kami perlu mengeluarkan wang.. *apa2 pun boleh claim ba.. tapi, mungkin gara2 aku yang tidak pernah mengmbil kelas komunikasi ni menyebabkan salah faham telah berlaku, dan kami dikehendaki menulis surat kepada pengarah badan berkenan. sebelum itu, aku sempat di maki gara soalan bodohku barangkali di telinga mereka.. hu~hu~... tak pa, sabar sajalah menerima kata2 kesat itu.. apa pun, aku cuma budak baru belajar...

semasa perjumpaan itu, aku dan rakan sekumpulan ku dikejutkan satu berita yang menyebabkan kami semua... tak tahu nak kata apa. satu mesyuarat telah dibuat antara supervisor2 dan juga ketua program, bahawa kami tidak dibenarkan membuat projek yang berkaitan dengan mikroorganisma. huh??? nak kena tukar tajuk ke? dah lah sekarang ni hujung bulan 1.. masa dah singkat lah kalau nak tukar tajuk.. huhu..buntu. apa pun kami dikehendaki punya satu tajuk backup.

alternatif lain kalau kami masih ingin kekal dengan tajuk asal, kami kena buat dekat luar, bukan dalam fakulti. antara fakulti yang kami boleh tumpang adalah, fakulti sains gunaan, fakulti farmasi... dan mungkin kena tumpang makmal hospital juga. tapi, untuk ke hospital, perlu banyak prosedur... untuk ke fakulti lain, FSG contohnya, bukan dekat..nun di shah alam. huhu... kalau aku ada kenderaan, at least motorsikal.. aku no prob.. nih nak guna apa? guna betis?? heee 3 hari kot baru sampai.. so mungkin boleh tumpang FF dimana terletak bersebelahan fakulti aku. tapi untuk itu, kena minta kebenaran dulu lah..

selesai perjumpaan, aku and the gang terjah lah FF. 1st time pergi, jakun wei.. haha. mantaap lah makmal dorang hushh!! amaze woooo.. ok lupakan kekaguman anda, kita terus ke tujuan utama. so, pusing2, naik sana sini, akhirnya jumpa tempat yang sesuai untuk bertanya hajat.. alhamdulilah memberikan bunga2 harapan, dan kami di kehendaki menulis surat kepada dekan FF.. harap2 di luluskan, dan boleh lah kami mulakan projek.

aku pun heran, kenapa lah kami nih dikehendaki pindah... tak boleh ke kalau kami nih tinggal je kt fakulti lama kami dekat Jalan Othman Petaling Jaya tu?? tengok sekarang dah jadi masalah.. semua tergendala. impak utama kena pada kami2, budak semester akhir ni.. tempat baru nih pun satu.. kenapa lah tak buat siap terus.. maksud aku 'ready to use'... nak juga kena renovate itu, renovate ini sebelum boleh diguna sepenuh nya... adooiiiii.....

3 comments:

«♪Ruff♪» said... Best Blogger Tips

sabar2..dugaan nama nyew tuh

gardies gerndoot said... Best Blogger Tips

rindu sama ko deng...
hihihi

Mr.Z said... Best Blogger Tips

juz be patient k..ada hikmah disebaliknya ;)