yong tau foo



kenangan ku bersama yong tau foo bermula dengan kazen ku. dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan makanan tu kpd ku. waktu tu, aku...pergi berjalan2 ke rumah sewanya dan berhajat utk bermalam di situ. petang tu, kazen ku bawa aku bersiar2 area rumah sewa nya. trus, dia bawa ku makan..

"nac, cuba lah ni. bagus ni utk kesihatan. ikan, ikan..."

aku pun try lah. nampak pun menarik perhatian dan selera ku. sekali makan, boleh tahan rasanya. so bermula ketika itu, aku suka makan yong tau foo sebab berunsurkan ikan, tauhu, sayur2an... best lah. so asal jak keluar, orang lain akan order ala-carte, ak mesti cari yong tau foo. tapi xlah setiap kali keluar, lunch dgn yong tau foo saja. ikut mood dan selera juga lah. banyak versi yong tau foo aku jumpa. ada yang sos, ada yang sup, tapi aku prefer sup sebab, 2 dalam 1. xyah beli air :-P . jimat. haha!!

selama aku minat makan yong tau foo ni, macam2 harga aku jumpa.. macam2 rasa pun ada. tapi paling best aku jumpa dekat oasis foodcourt kat Mid Valley. mahal tu, off course lah. tapi best sebab aku jumpa brocolli, cendawan, dan mcm2 lagi. paling mengejutkan tym posa, aku pegi Pantai Dalam beli benda tu kena harga yang...huh?! biar betul!! ..sebab kuantiti yang aku amik sama ja mcm yang sebelum2 ni..dalam 5-6 benda tapi, harga ala2 Mid punya. ak beli kat bazar je pun... huhu~ ok next, baru2 ni aku beli lagi. kat kafe kolej aku. hehe...apa rasa?? huh! ku rasa the worst yg pernah ak jumpa kot. 1st sebab sos dia masam. 2nd sup yang aku dapat pedas nak mampos, 3rd sebab harga dia mahal. 4th sebab pilihan x banyak... pasal pilihan tu mungkin boleh dimaafkan sebab, apa yg ku nmpak kt cni, x byk org nak makan yong tau foo... tapi...harga tu.. kurang kan lah sikit..kitaorg kan student. dia bagi harga setiap 1 tu rm1...aku amik 5 biji, rm5 dah. kalau sedap sos dia xpe...nih?? huhu~

suddenly, macam kawan aku kata, 'oh, i miss KL' coz kami nih sekarang dekat Puncak Alam...dah move dah fakulti kami tu dari Petaling Jaya.. :((

3 comments:

butterfly said... Best Blogger Tips

ari ni aku wat yong tau foo sendiri..
tapi aku xpng mkn yong tau foo bersup tuh..
sup die slalu letak apa erk??

Noor said... Best Blogger Tips

lama xmkn~wuuu

HaYa said... Best Blogger Tips

butterfly: wat yg ber sos ye? hihi, mesti lagi best sebab ikut cita rasa sndr, kan.. yg sup tuh, xpasti lah apa dia ltk..mcm sup biasa je.

noor: hihi...jom lah. ada masa nt kita mkn sama.. ^_^