Bukan selalu aku dapat balik rumah bapa aku. Bila dah ada kat sana, aku pun amik lah kesempatan untuk cari balik barang khazanah aku masa muda-muda dulu. Kalau bukan sebab pindah rumah hari tuu, pasti saja barang-barang tu semua ada disisi ku sekarang. Maka, bermula lah aktiviti menyelongkar barang. Rumah bapa aku tu dah macam rupa stor. Sebabnya rumah tu kecik je. Di dirikan atas dasar tak nak menyusahkan nenek aku dan juga atas alasan rumah nenek aku khabar anginnya nak dirobohkan. Tapi sampai sekarang tak roboh pun. Masih tegap berdiri atas tanah tu. Ok, tutup cerita tu. Selongkar punya selongkar, jumpa lah aku dengan sebiji kotak yang tertulis 'Barang Peribadi Kakak' *memandangkan masa pindah rumah hari tu aku tak dapat nak tolong kemaskemas* dan semestinya lah barang itu milik aku, bukan? Puas aku korekkorek tiny things dalam kotak tu, aku jumpa benda ni…
Ini sebahagian sahaja..ada banyak lagi sebenarnya.. He he .Teringat balik kisah-cinta-remaja dulu.. Kalau tengok semua tiny things yang aku ada, presents aku akan letak nama si pemberi dekat manamana bahagian tersorok things tersebut. Takut tak nak lupa lah tu…tu yang aku buat macam tu dulu. Tapi sayang, tag untuk swans yang cute atas tu dah pudar. Aku pun tak dapat nak baca nama siapa lah tercatat atas tu. Nak ingat balik pun aku tak ingat siapa bagi. Ha ha. Maafkan saya ye si pemberi swans….
3 comments:
aku plak, sgala benda2 tuh ntah mana dah mama aku buang. aku biasa letak dlm 1 box, tp box tuh dah xde... huhuhu
wahh,.
slongkar abis la ni kn..
hihih
@cikgu ayano:
cuba cari dlm stor..hehe.bawah katil ka..
@adreynieelisya:
ha'a...sampai ada satu masa tu x ingat pun pernah miliki satu bnda tu..
Post a Comment