Sebenarnya, aku selongkar sana sini ni nak cari satu barang ni. Barang apa? Ni haa…
Gambar ni diambil ketika ada lawatan sajasaja *untuk mencuci mata si pelatih sekalian daripada suasana 'penjara'* ke Sabah Agriculture Park. Waktu tu aku buat latihan dekat Kem Tanaki Tambunan. Orang kata masuk PLKN ni berat badan turun sebab latihan dia ala2 tentera lah kononnya tapi sebenarnya…tak! Berat aku naik ada lah sebab di jaga makan minum. Cukup 6 meals dia. Latihannya pula??? Alaa setakat berjemur 2 jam buat kawad je.. Tak susah mana pun.
Aku show gambar ni bukan nak cerita pasal 'aku dan PLKN' tapi sebab khabar dari kawan aku tu. Dia mesej aku hari tu kata "….nak bagi tau yg tak lama lagi ….. Jadi ibu muda" wow!! Hepinya aku dengar. Cheh! Orang lain yang pregnant, aku pulak yg hepi lebihlebih. Bukan apa, sebab dia rapat dengan aku waktu plkn hari tu. So tumpang hepi lah juga. Dah lah waktu dia kahwin hari tu aku tak datang. Dia beriya jemput aku. Siap buat plan supaya aku boleh smpai rumah dia. But at last, aku tak pegi juga. Susah lah nak gerak manamana kalau tak tau drive ni. Kalau aku duk KL tuh aku tak kisah kot kalau takda lesen sebab public transport banyak…senang nak access pegi manamana. Betul tak?
Emmmm….nih aku nak buat azam ni. Azam ke janji ni..aku pun tak tau istilah apa patut aku letak. Ni lah azam/janji tu: esok, bila kawan aku tu deliver aku nak jenguk dia, jenguk baby dia juga :P tak sabar pula rasanya..
tamat cerita Selongkar.
2 comments:
dulu pn aku d tanaki tambunan..
hihi..
sajuk ooo sana kan...
uits..batch mana ko? ya,sejuk ni..
Post a Comment