Sejak habis study bulan Mei tahun lepas, aku cuma duduk rumah sahaja. Menternak lemak. Tapi dalam bulan Ogos, lemak aku telah dibakar bila mak aku minta bantuan dekat pasar tamu. Dalam seminggu aku akan turun ke tiga tempat berlainan untuk tolong mak aku niaga. Aktiviti tu buat aku rasa...kitaran minggu begitu cepat. Percaya tak? alaaa..korang pun mesti terasa punya lah. Tengok sekarang dah penghujung bulan Januari 2011..kejap lagi Februari. Terasa tak?
Walaupun aktiviti tu mengisi masa lapang aku tetap rasa tak best. Aku rasa macam nak belajar balik. Huh! masa study kata tak mahu study, bila habis study kata mahu study pulak. Teruk betul tak ada pendirian. Tapi betul aku kata, study tu sebenarnya best...siapa kata tak best...um, aku bet kamu yang kata macam tu, ada kerja mau kasi makan keluarga. Kalau tiada, aku tidak respect kamu langsung. (gurau sajaaa...)
Entah macamana aku boleh masuk laman MOHE dan terjumpa pengumunan best berkenaan scholarship. Siapa tak nak scholarship kan. Aku dengan terujanya klik link. Semangat nak belajar balik berkobar-kobar. Siap termimpi2 lagi. tettt..aku tertidur lah lepas mengkaji scholar tu..
Dua kali baca, dua dua buat aku berdebar. Berdebar macam aku bakal hadapi exam, test dan sewaktu dengannya. Berdebar macam aku akan bakal masuk Uni dan berhadapan dengan Prof.2 dan Dr.2 sekalian... Tengok borang permohonan...lagi lah berdebar. Tapi bila scroll bawah dan ke bawah....
Candidates are required to have EITHER at least a credit 6 in English Language at GCE ‘O’ Level Examination or a grade ‘C’ in IGCSE English (as a Second Language) OR an IELTS score of 6.0 or TOEFL minimum overall score of at least 550 (PBT) or 80 (iBT). Please take note that other specific entry requirements will be provided under the separate programmes..
.....urmm aku rasa aku tak layak kot..he he..lain kali lah aku apply :) Tapi kalau betul aku nak apply, aku kena buat research proposal lah dulu..Gegegege!!! Kenapakah aku rasa berdebar?
p.s.: itu syarat untuk masuk Universiti Brunei Darussalam
4 comments:
ko mo further d brunei?
cewah!!
hihihih
baru tgk2 bah tu..hihi. sekali di UMS ja. haha.
tahniah la deng...
niat tuh betul sudah... insyaallah dipermudahkan segala urusan
blajar jgn kurang2..
Post a Comment