Project #2: Pouch


Memandangkan aku hanya di rumah, maka ku isi masa lapang itu dengan bermain benang benang ini. Aku punya projek sebenarnya : menambah duit saku. Oh, bukan menambah tapi mencari sebenarnya. Ya, sudah setahun aku duduk rumah goyang kaki saja. Kalau kamu di tempat aku.. Apa kamu rasa?
^ __^

Baiklah, untuk projek pertama saya adalah:


Beg kecil ini.

Apa kamu panggil, handphone pouch? Tapi saya gunakan untuk letak duit kalau keluar rumah pergi pasar. Malas nak bawa purse besar, bukan ada isi pun kan. Hi hi hi :)

Saiz beg di atas adalah 12.5 cm x 7 cm. saja buat sebelah lain, sebelah lain. Itu tanda saya tamaha mahu ada 2 design dalam 1. Tapi saya lebih suka belah ungu :)

Bagi yang berkenan, boleh order, boleh request kaler.. Harga RM 7.