Hidup Ini Tiada Yang Sempurna

Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. 

Kadang kala, kita tidak sepatutnya terlalu mengharapkan sesuatu. Bila kita terlalu ghairah terhadap apa yang kita harapkan itu, kita lupa untuk berserah, bertawakal kepada Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, 'aim high' itu bagus.. Tapi terpulang lah pada kita bagaimana menguruskannya. 

Ia terjadi pada diri saya. Ya, saya lupa sebentar. Saya terlalu mengharap. Apabila harapan itu musnah dan melibatkan orang yang saya sangat percaya, saya marah. Saya mula berprasangka buruk terhadapnya. Macam macam kata keluar. Air mata mula mengalir. Perasaan bercampur baur antara marah dan sedih. Saya lupa. Saya lupa bahawa segala urusan kita adalah dengan izin-Nya. Saya lupa. Astaghfirullahalazim! 

Semoga saya bertambah kesabaran di dalam diri dan tidak cepat melenting selepas ini.


Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong

Maksud: suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. (peribahasamelayu.com)

Dulu dulu saya fikir maksudnya seperti orang yang tidak tahu malu. Tapi, boleh juga kot dalam bab 'menonjol-nonjolkan diri' tu,kan..?

Perbualan
A: kenapa ko nda balas mesej dia?
B: malaslah. nanti makin menjadi dia. nda suka aku.
A: haha. kalau aku lah kan, kalau orang tu nda pandai balas sudah mesej ku, faham faham lah. orang tu nda minat lah maksudnya.buat apa mau meng-gedik, mengurat lagi orang tu.

But, in case of friendship... yang dulu nya kamu kongsi macam-macam, ber'gila' sama sama, then tiba-tiba kamu perasan perubahannya seperti mengelak untuk bersama kamu lagi. Walaupun at first perubahan itu mengguris hati kamu, tapi kamu buat dek saja sebab beranggapan dia sibuk..Kemudian the next, next, and next episode still sama juga and even getting worst sedangkan orang itu pernah mengaku (banyak kalinya mengaku dan menganggap dirinya adalah sedemikian) is a very sensitive on others feeling (yg membuatkan saya berfikiran adalah mustahil untuk dia tidak perasan).

So, umm..... if that happen, what should you do? 

Mulanya saya tidak lah kisah sangat dan masih buat seperti dulu - be friend - tapi lama kelamaan, terasa diri ini seperti dalam perbualan tu pula. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Dalam hati terfikir untuk just give up on dia. Kamu rasa saya kejam kah....tiba-tiba decide untuk putus kawan? (hi hi hi)



p.s.: Dulu saya cakap, saya tak mau campur aduk B.M dan B.I dalam entri saya. Setelah mencuba dalam banyak entri saya, sepertinya mood itu tidak sampai. Terasa skema semacam. Jadi, mohon maaf ya untuk entri yang bercampur aduk bahasanya ini.


Sesuatu Yang Tidak Disangka Ada Pada Diri Anda

Pernah alami tidak?

Bila anda baca balik karangan panjang ala novel yang ditulis beberapa tahun dulu, anda akan kata
"wah, aku kah yang tulis ni dulu...nda sangka betul"

Anda korek korek balik kotak barang lama, jumpa art yg pernah dibuat dulu dan kata
"kreatifnya aku dulu..hi.hi.hi"

dan, situasi situasi yang berkaitan lah..yang mana bila mengingat kembali keadaan beberapa ketika lalu itu, membuatkan anda rasa 'tidak sangka' anda sebenarnya berbakat/boleh melakukan parkara baik itu.

Sebenarnya tadi (ya, baru ja taadii), daripada aktiviti mencari resepi biskut raya, terjebak pula saya kepada weheartit.com yang akhirnya membawa  saya ke tumblr. Seingat ingat saya, pernah suatu ketika dulu berjinak jinak dengan binatang ini. Tapi, sebab terlalu bingung apa yang perlu dilakukan maka ditinggalkan begitu sahaja. Insiden tadi buat saya begitu struggling mengakses kembali akaun saya. Gembira, akhirnya dapat.


Mula mula masuk dekat dashboard , terasa sungguh pelik.
"eh, sudah ka" "aku punya kah sudah ni" "eh?" "hidup itu indah, apa ni? aku kah ni? eh?"

Betul betul buat terkejut. Tidak sangka yang saya boleh pilih 'hidup itu indah' sebagai tajuk, dan 'cantiklovely' sebagai URL. Lihat post adalah 10 bulan yang lalu, dan saya mengagak itu adalah raya tahun lepas. Agak agak apa lah saya fikirkan waktu itu sampai boleh terilham sedemikian rupa ?

Kadang kala benda yang tidak sangka ni (macam dalam kes kes begini) membawa suatu perasaan 'lucu', kagum, gembira dan paling penting lebih menghargai diri. Sebabnya, kita seperti baru diketuk yang kita sebenarnya berbakat dan mampu lakukan sesuatu jika kita betul betul into it. :)

Jadi lepas ni, jangan kata tidak sebelum pernah melakukan sesuatu. Cuba lakukan dengan baik, dan mungkin anda tidak sangka dengan hasil yang diperolehi nanti..