Sesuatu Yang Tidak Disangka Ada Pada Diri Anda

Pernah alami tidak?

Bila anda baca balik karangan panjang ala novel yang ditulis beberapa tahun dulu, anda akan kata
"wah, aku kah yang tulis ni dulu...nda sangka betul"

Anda korek korek balik kotak barang lama, jumpa art yg pernah dibuat dulu dan kata
"kreatifnya aku dulu..hi.hi.hi"

dan, situasi situasi yang berkaitan lah..yang mana bila mengingat kembali keadaan beberapa ketika lalu itu, membuatkan anda rasa 'tidak sangka' anda sebenarnya berbakat/boleh melakukan parkara baik itu.

Sebenarnya tadi (ya, baru ja taadii), daripada aktiviti mencari resepi biskut raya, terjebak pula saya kepada weheartit.com yang akhirnya membawa  saya ke tumblr. Seingat ingat saya, pernah suatu ketika dulu berjinak jinak dengan binatang ini. Tapi, sebab terlalu bingung apa yang perlu dilakukan maka ditinggalkan begitu sahaja. Insiden tadi buat saya begitu struggling mengakses kembali akaun saya. Gembira, akhirnya dapat.


Mula mula masuk dekat dashboard , terasa sungguh pelik.
"eh, sudah ka" "aku punya kah sudah ni" "eh?" "hidup itu indah, apa ni? aku kah ni? eh?"

Betul betul buat terkejut. Tidak sangka yang saya boleh pilih 'hidup itu indah' sebagai tajuk, dan 'cantiklovely' sebagai URL. Lihat post adalah 10 bulan yang lalu, dan saya mengagak itu adalah raya tahun lepas. Agak agak apa lah saya fikirkan waktu itu sampai boleh terilham sedemikian rupa ?

Kadang kala benda yang tidak sangka ni (macam dalam kes kes begini) membawa suatu perasaan 'lucu', kagum, gembira dan paling penting lebih menghargai diri. Sebabnya, kita seperti baru diketuk yang kita sebenarnya berbakat dan mampu lakukan sesuatu jika kita betul betul into it. :)

Jadi lepas ni, jangan kata tidak sebelum pernah melakukan sesuatu. Cuba lakukan dengan baik, dan mungkin anda tidak sangka dengan hasil yang diperolehi nanti..


1 comments:

bajukurung said... Best Blogger Tips

SLM. pernah mengalami keadaan ini..hihihi.srnok kan time waktu nie...rase nk puji diri sendiri..ihihi..^_____^