Seronok ketika sekolah

Dulu....

Masa sekolah syok sebab....

...walaupun malas bangun pagi, tapi bila sampai sekolah jumpa banyak kawan, jadi happy.
...duduk dalam kelas dua setengah jam dengar cikgu bebel-bebel, sampai waktu rehat boleh main kejar-kejar.
...ada kelas PJ, boleh main macam-macam hilangkan stress.
...hari-hari ada sesi admiration dengan geng sepanjang hari.
...gaduh-gaduh dengan kawan tapi balik sekolah tetap jalan sama-sama.
...biarpun banyak homework, tapi tidak stress pun siapkan sebab esok pagi boleh tengok kawan punya.hehe
...setiap jumaat mesti dapat susu kotak.
...banyak aktiviti luar yang jadi alasan escape waktu pembelajaran.
...ada camping motivasi..tidur di kawasan sekolah dengan kawan-kawan.
...boleh jalan-jalan sebab kononnya wakil sekolah ke peringkat itu dan ini.
...Sabtu Ahad cuti. Boleh duduk rumah tengok katun dan movie. Tapi Ahad petang baru sibuk sebab kasut sekolah lupa cuci.
....satu tahun kita sekolah...tapi syok hujung tahun dua bulan cuti.


Walaupun sekolah sampai ke petang, bagi aku macam stress tu tidak wujud pula...hairan, kan?


Semangat Yang Hilang

Ingat....

Suatu ketika dulu, aku begitu minat untuk membuat kraf tangan terutama yang berkaitan dengan benang dan jarum kait. Aku buat stuffed thing yang dipanggil 'amigurumi', aku buat bunga sebagai keronsang, aku buat beg besar muat majalah, aku buat beg kecil muat telefon bimbit, siap buat uncang untuk hajat jual kecil-kecilan. Tapi sekarang....aktiviti itu sudah lama aku tinggalkan.

amigurumi.
ah, rindu dengan motif bunga warna jingga itu, yang juga skin laptopku yang hilang.


beg handphone lah kononnya..

uncang yang ku fikir nak niaga

Sehingga lah beberapa hari ini....

Semenjak berkenalan dengan seorang makcik yang aku jumpa ketika naik keratapi. Makcik ni ada bawa satu beg kait berwarna coklat, berbenang kecil. Entah macam mana, terkeluar lah cerita yang beg itu dikait sendiri oleh makcik ni. Di situ timbul minat aku hendak mengait balik. Kata makcik itu, dia guna benang yang nelayan guna untuk tangkap ikan (benang pukat lah mungkin kan.. hi hi). Aku ambil kesempatan, sentuh-sentuh beg dia, rasa tekstur benang. Ternyata sungguh teguh kaitan makcik guna benang tersebut.

Sebab sudah ada pembakar semangat buat kerja kait-mengait ni balik, aku rasa nak cari benang yang makcik ni cakap lah. Boleh buat satu beg macam makcik, buat simpan bekal, botol air segala... Tidak pun, boleh buat beg shopping.. smaaart...

Tidak sabar untuk mencari benang itu....