Selangkah Mengejar Impian

Sejak dari post aku yang lepas hingga lah post aku yang ni, alhamdulallah. Aku dah melangkah satu anak tangga mengejar impian aku iaitu punya bisnes. Untuk start ni aku tak keluarkan modal sangat. Aku cuba join dropship saja dulu. Kiranya nak berjinak-jinak, nak belajar macam mana nak bisnes online. Dulu masa study pernah juga bisnes tudung dan baju. Share dengan kawan rapat aku sepanjang belajar universiti. Tapi seingat aku, aku tak buat banyak benda pun. Sebabnya customer kebanyakan datang dari member kawan mak aku tu.

Masa mula-mula join dropship ni, dalam bulan April, semangat memang berkobar-kobar. Waktu tu pun aku baru start balik aktif dalam dunia internet Facebook Instagram semua ni. Nampak je iklan dropship wanted, terus join. So start tu, aku mula lah kaji macam mana nak promote barang, macam mana nak buat page, macam mana nak tarik perhatian orang.. Tak lama tu aku rasa macam semangat berkurangan. Rupanya banyak benda nak fikir, nak kena buat.

Start promote barang dalam bulan Mei. Promote sikit-sikit. Sambil tu cuba nak tambah 'friend' dekat Facebook. Asalnya aku ni jenis selective dalam adding friend list. Orang aku tak kenal tak lah aku approve. Tapi kalau tak tambah kawan, macam mana orang lain nak tahu kita ni jual barang,kan? Dah lah kawan dalam Facebook tu sejemput je. So aku pun add lah senarai kawan-kawan yang Facebook tu suggest sebab mutual friend banyak.

Bila dah add tu kita pun nak tengok juga siapa siapalah orangnya yang kita add tu kan. Buka sana sini, rupanya sebahagian tu pun bisnes juga. Lagi mengecutkan semangat bila tengok dorang jual benda yang sama dan dah pun lama berniaga. Alahaiiii. Daripada skala 10 semangat tu boleh turun sampai nombor 2 terus. Serius aku rasa macam nak sembunyikan diri terus. Dalam fikiran, kalau macam ni, siapa lah nak beli dekat aku kan.. Dah lah dalam radius yang sama.

So aku pun ingat lah balik kata kata semangat. Kalau itu rezeki kita, ia tetap akan pergi dekat kita. Cumanya kita kena usaha lah nak dapatkannya kan. Bersangka baik dangan Allah, mudah mudahan kita dapat yang baik juga.

Semoga aku gagah menempuh dugaan nak berbisnes ni.

Kita nampak orang lain mudah je dapat pelanggan. Tapi kita lupa, itu kan setelah dia dah dikenali orang ramai dan dah lama pun berniaga. Kita tak tahu macam mana dia dulu masa mula-mula nak bisnes. Agaknya sama je macam kita.

Untuk pengetahuan, aku sekarang join dropship PERLAKING: supplement kecantikan. Aku join ni sebab aku suka pada kecantikan. Bolehlah jenguk-jenguk Facebook aku...


0 comments: