Free Sample Dari Friso Gold




Familiar kan dengan iklan ni? First time dengar lagu tema dia memang aku rasa macam tenang saja. Rasa mahu cari lagu tu terus. Tapi tidak tahu siapa penyanyi dan tajuk lagu. Last tahu yang lagu ni memang dicipta untuk commercial break jenama susu ni. Sekarang sudah download lagu tu, dari web Friso Gold sendiri.

Nak dijadikan cerita, suatu ketika dulu aku ada sign up di laman web Friso Gold ni dan ask for free sample. Saja saja. Tidak terfikir pun akan dapat sample tu betul betul sebabnya:

  • sebelum ni pernah try untuk dapatkan sample brand sekian sekian tapi tak pernah dapat pun
  • kediaman aku terletak di pantai timur Malaysia, macam mustahil dorang sanggup hantar sample free sejauh ini
  • sample free, seharusnya perlukan luck yang betul betul lucky.

Disebabkan reasons tu semua aku tidak letak harapan yang tinggi untuk dapat free sample dari Friso Gold but guess what, aku baru saja terima bungkusan daripada dorang. Happy tak happy tu..




So, dalam dia ada 3 paket kecil sample susu Friso Gold. Sebab aku request yang pregnancy punya so aku dapat lah Frisomum Gold. He he he. Susu ni bagus sebagai persediaan tubuh badan si mom-to-be dan juga the liltle inside. Ia mengandungi nutrien yang diperlukan seperti Prebiotik, Vit C, selenium, asid folik, kalsium dan zat besi. Benda benda ni semua memang penting untuk tumbesaran si kecil dalam perut tu.

So, for those yang rasa nak cuba khasiat Friso Gold ni, boleh lah pergi laman web Friso Gold dan register. Kemudian nanti dia akan bagi beberapa soalan untuk dijawab dan just tunggu free sample dari dorang. Tak rugi mencuba.

Alkisahnya Kek Red Velvet



Kek Red Velvet

Aku sudah lama dengar nama kek ini. Dan nama kek ni memang gah, macam kek yang hanya dimakan oleh orang tertentu sahaja. Sejujurnya, sejak nama kek ini naik popular, aku belum pernah cuba lagi. Hanya semalam aku pergi kedai kek, dan ternampak kek ini dijual dengan versi melty cheese....dan terselit nama Nutella dalam nama kek red velvet mereka. So I'm imagining of almond taste chocolate with cheese melting in your mouth bila makan kek ini. Dan kek itu gebu-gebu, lembut saja di lidah.

Dengan imaginasi sedemikian, sudu yang dibekalkan amatlah tidak sesuai untuk menyedok kek tersebut dari dalam kontena jadi, harus guna sudu makan yang lebih besar portionnya. Dengan bukaan mulut yang besar dan feeling menikmati melty cheese, bila mana kek tersebut masuk dalam mulut, muka aku terus berubah. Erk, lain pula rasa dia. Sangat jauh dari imaginasi. Cream cheese terasa manis dan kek terasa sedikit pahit macam terlebih soda mungkin. Other than that, tiada rasa lain yang unik. Akhirnya, aku cedok-cedok kek Si Husband walaupun dari atas sampai bawah warna putih saja cuma ada hiasan almond dan jalur zig-zag coklat tapi lebih sedap berbanding kek aku.

Kalau mengikut resepi yang ada di internet, kek ini ada serbuk koko, ada buttermilk, vanilla...dan that red is just a food colouring. Jadi rasa kek pasti ala-ala kek coklat. Dan frosting is cream cheese, jadi harus lagi enak kombinasi rasanya, kan...? Hmm, ini yang buat rasa tidak puas hati untuk merasa kek red velvet yang sebenar ni..!

Akan aku cuba buat kek ini suatu hari nanti!




Adoption

Si Husband bawa balik anak kucing. Konon anak kucing tu sembunyi bawah kereta masa Si Husband pergi kedai tadi.


Selit muka di celah ketiak

Kesejukan selepas mandi


Tidur...like a baby


Semoga murah rezeki kami sekeluarga....