Ototku Kuat

haha... duk tempat baru nih..banyak juga lah benda baru ku temui. muka2 baru...pemandangan baru..katil baru * ni best sebab ak boleh lompat2 atas katil...aku suka... dan macam2 lagi yang baru. dan paling 'best'-nya..laluan ke kelas juga baru d mana aku kena menuruni beratus anak tangga... dan yang sengsara nya tu, bila nak balik bilik, kena naik pulak beratus anak tangga tuh.. huh!! nasib lah kelas aku ada 2 hari jer..kalau setiap hari..alamatnya ber-muscle lah peha dan betis aku nih.. xyah nak join 'the biggest loser' lagi..pegi kelas pun boleh fit.


nampak tak tangga tu..tu baru separuh..separuh lagi di sebalik bumbung/dinding purple tuh.. bilik ak pulak terletak kat bangunan sebelah kanan,area belakang tuh.. budak2 kat sini, memang sihat2 belaka lah. hari2 buat exercise cardiovascular dorang. insyaallah xkan ada yang menghidap tekanan darah tinggi ka..apa ka...


pic ni pulak di amik d 'garisan penamat' tangga tuh.. pic yg 1st tu aku amik dari bangunan ni lah..tapi zoom ckit lah..hihi..

naah..mau berehat..sebab hari ni, 2 kali aku lalui 'tangga sihat' tuh. class-mate aku gelar 'tangga batu caves'..haha.. lantak lah nak bagi nama apa pun. yang penting aku penat, dan nak rehat. huhu..peha ku dah pejal dah.. boleh sepak orang dah..hahahaha!!!

2 comments:

Kapten Luffy said... Best Blogger Tips

bagus untuk stamina

HaYa said... Best Blogger Tips

betul2...aik! dah tukar nama kah?