Dugaan Si Peniaga

Aku ingat, resident aku dulu ada seorang lelaki yang…tidak berapa betul. Walaupun gitu, dia masih kuanggap baik kerana belum pernah punya kes menyerang orang. Cuma, faham-faham sahaja lah begaimana penampilan seorang yang tidak siuman. Selekeh, tutur kata yang kurang difahami, dan yang paling tidak tahan, bau badannya. Walau si dia berada sepuluh langkah jaraknya, haruman yang boleh memeningkan kepala tetap terhidu. Oleh itu, jika ternampak si dia menghala ke arah anda, siap sedia lah belok ke kiri atau ke kanan, tak pun kalau tak sempat nak belok, tarik nafas dalam-dalam kemudian tahan. Hehe


Si dia pandai mencari duit. Aku tidak pula pasti jika si dia punya keluarga lain. Di mana rumahnya juga aku tidak tahu. Yang kutahu, kadang-kala si dia tidur di ruang belakang yang kurasa itu adalah stor, di pasar sayur resident aku dulu. Kenapa aku kata si dia pandai mencari duit, sebab si dia rajin menolong peniaga-peniaga sayur di pasar itu. Kalau tidak menjaga jualan si peniaga jika si peniaga terpaksa pergi ke residen lain untuk mencari bahan jualan, si dia akan tolong mengangkat itu, itu dan ini jika diperlukan. Sebagai balasan, si dia akan mendapat gaji walau hanya boleh membeli 500g gula.


Pagi tadi, aku pergi ke tamu di residen baru aku. Ini adalah kali kedua aku ke tamu tersebut. Kalau di residen dulu, tamunya akan berlangsung lama, dari seawal terbit matahari hinggalah…tak lah sampai ke petang. Takat tengah hari je, paling lambat pun pukul 1. Tapi di residen baru ni, cepat sangat. Paling lambat pun pukul 9 setengah pagi. Mungkin sebab penduduk di sini sedikit dan hanya perlukan barang-barang keperluan sahaja. Tidak ada jual-jual baju kah, jual-jual makanan ringan kah, barang-barang hiasan kah…tidak ada semua itu di sini. Yang ada cuma sayur-sayur, buah-buah, ikan-ikan, dan daging-daging. Oh, ada lagi yang ketinggalan. Rempah ratus juga ada..


Sedang asyik memilih barang, ceh tipu lah ko sana, bukan ko jadi peniaga kah di situ, hihi. Seorang peniaga yang sudah kepanasan, mengadu ingin pulang. Tapi hajat si peniaga itu terbantut kerana ada seorang pembeli yang meninggalkan barang belian di tempat beliau, dan ditambah lagi barang tersebuat belum juga dibayar oleh si pembeli. Jika diikutkan hati si peniaga, mahu saja dia mengemas barang jualan, memandangkan barang yang disimpan itu juga belum di bayar. Tidak apa-apa kan jika kita larikan barang yang belum di bayar. Barang itu belum dikira dalam urus jual beli, bukan…??


Jarum jam tangan menunjuk kearah angka 9, dan bahang matahari juga semakin membakar kulit muka. Keadaan tamu di situ juga semakin lengang. Setelah puas menanti, barulah si pelanggan itu munculkan diri. Si peniaga menyerahkan barang yang disimpan dan menanti si pembeli itu menghulurkan diut. Namun, lain pula ceritanya. Si pembeli itu enggan membayar, dan berlalu dari tapak jualan si peniaga begitu sahaja. Si peniaga sedikit hairan dan bengang. Bukan kerana kedekut atau apa, tapi jumlah harga barangan itu, boleh buat beli bahan jualan lain! Kalau sekadar seringgit dua mungkin si peniga tidak kisah.


Lalu, dikejarnya si pembeli itu. Cubaan merampas barang yang diserah gagal, malah si peniaga sempat disembur dengan kata-kata makian. Mahu tidak mahu, direlakan sahaja plastik sebesar plastik Tesco muat 3 buku bread gardenia besar, yang berisi barangan jualan itu di tangan si pembeli. Patut kah aku panggil dia si pembeli memandangkan dia tak beli pun barang tuh..emm..bila dah kecoh macam tu, pasti peniaga lain juga ingin tahu kisahnya. Cerita punya cerita, rupanya si pembeli itu tak siuman. Huhu…tak pe lah. Anggap sahaja kita bersedekah di bulan Ramadhan ini. Moga dimurahkan rezeki di jualan yang lain.

0 comments: