Budak hostel mengidam...

Ini adalah cerita benar. Tak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Wee~ pinjam ayat dalam senario jap hehehe..


Dari segi persepsi aku, org yang ngidam ni mesti nak cari benda2 masam, antara nya mangga. Padahal org ngidam ni boleh je nak ngidam apa2 benda kan. Benda yang pelik2 pun ada kan macaaaamm….telur kambing. Haha! Ada ke? Ada ke? Let say aku letak pekataan jantan kat sebelah kambing tu, mesti korang dah pikir yg bukan2 kan…eiiit, jangan tak nak ngaku..hehe.


Ok, nak di jadikan cerita…tadi kat tamu, ada lah kapel ni. Budak hostel sebab dorang pakai baju yang distinctive. Aku tak tau lah dorang ni kapel ke…adik beradik ke…tp nampak gaya lebih pada kapel kot. Dari jauh aku nampak girl tu macam malu2 kucing gitu..whisper whisper lagi kat si boy tu, dengan badan goyang2 malu. Aduuuh! Rolling rolling mata gue melihat nya. Kalau lah aku ni katun anime, mesti korang nampak garis2 peluh kat dahi aku. Then, pelahan2 kapel tu gerak tuju aku.


Boy: mangga tu berapa?

Aku: 2 ringgit


Bisik2 lah si boy dengan si girl tu. Sekali lagi aku nampak aksi malu-malu meow si girl. Aduuh.. Tak yah lah nak malu2.


Boy: em..bagi 4 ringgit. Pilih yang bagus2 ya.

Aku:……………………….(tak jawab apa, just tangan mengisi bakul plastik dengan mangga rm4)


Dah tu, pergi lah dorang…then sekali lagi aku nampak gaya meow si girl. Hu hu..dah dapat mangga pun masih nak malu2.








Teringat pulak time aku date dgn Lebah. He he he *aku pun nak malu2 meow kah? Seingat aku lah kan, aku tak pernah nak minta macam girl tu buat. Maksud aku…dari segi nak beli2 barang lah..ada pun sekadar nak mentos dan air. Seingat aku lah. Itu je. Yg lain, ditaja sendiri oleh beliau tanpa di minta. Hahaha. Aku pernah dengar dari seseorang,

'aku kalau dating jangan harap nak kuar duit. Lelaki tu lah yang bayar. Kalau tak, tak nak aku kuar date'

Huh. Lebih kurang macam tu lah ayat dia ye. Yg penting isi utama dia adalah, kalau kuar date, semestinya lelaki yg tanggung semua perbelanjaan. Bagi aku…aku tak kisah pun kalau tetiba Lebah kata, 'hari ni ko bayar lah'. Tak pun, 'hari ni kita bayar asing lah'. Lagipun aku bukannya bini dia kan..so, apa lah hak dia nak tanggung makan minum aku. Bukan nak memperlekehkan Lebah sebagai bf…tapi ya lah. Belum ada apa-apa ikatan kan..lain lah kalau aku ni benar bini Lebah, dan dia benar laki aku…hah, itu aku kisah.

1 comments:

didi-masyitah said... Best Blogger Tips

mcm kenal pula ayat tu.phrase yg blnja kuar date.

tp aku sokong pendapat ko.hee..bukan sbb kwn kamceng atau apa.tp betol la tu.bkn nya bini kan yg mcm 1 tanggungjawab utk tanggung blnja mkn minum segala..