Ternyata Aku Silap!

I'm totally wrong about skin care. Rutin yg aku sangkakan terbaik utk aku selama ni rupa-rupanya salah. Salah sepenuhnya. Ceh taklah sepenuhnya. Ada jg yang masih betul.


Aku heran sebab makin hari aku tgk liang pori muka aku makin jelas dan liang pori tu juga buat kulit muka aku nampak kasar. Kalau senyum, nampak lah garis-garis halus dkt pipi tu. Hah? Dekat pipi…? lagi satu, lingkaran gelap bawah mata. Makin menjadi-jadi gelapnya. Nak kata aku stay up late night, xda pun. Kadang tu lagi, bila aku tengok bawah dengan hanya menggerakkan mata, aku boleh rasa yg kelopak mata bawah aku tu berlipat. Adakah itu bermaksud kelopak mata ku juga turut mengembangkan diri sehingga punya 'spare tyre'?


Dengan curiosity yg tinggi, aku pun browse lah pasal cara-cara penjagaan kulit ni.


Sebelum tu, haruslah tahu jenis kulit kita jatuh pada kategori mana: berminyak, normal, kering, sensitif ataupun 'aging'. Jika tidak pasti, boleh buat test simple ni. Basuh muka, then keringkan. Amik oil-blotting paper *guna kertas minyak pun boleh tampal kat muka. Tampal lah kat mana2 bahagian muka. Kalau kertas tu lekat kat muka dan minyak terserap ke kertas tu means yg kulit muka kita adalah kategori berminyak. Kalau tak, maksudnya muka kita jenis kulit kering. Tapi…kalau kertas tu tak lekat pada lain2 bhgn muka kecuali zon-T muka (dahi, hidung dan pipi) maksudnya kulit kita adalah jenis gabungan/normal. Hihi. Macam pelik je kan aku guna pekataan gabungan. Ok atau englishnya combination/normal.


Aku pun sebenarnya tak tau kulit aku nih jenis apa..hihi


Secara ringkasnya, terdapat 4 asas dalam penjagaan kulit.



Membersih


Semestinya menjadi rutin. Haruslah memilih pencuci muka yang mana kulit kita memberi respon yang baik, dan cuba utk kekal dengan produk tersebut. Tak perlu lah guna pencuci muka yang fancy2 dengan harga yang mahal. Paling senang cari kat farmasi. Lagi terjamin. Lagi satu, jangan kerap sangat nak basuh muka by means of cleanser. Cukuplah sekadar 2x sehari…kot.hihi. Kalau nak selalu basuh muka just guna air suam..ok kot. Em, lagi kan, jangan pula guna air panas atau air sejuk sangat. Ni boleh menyebabkan kapilari pecah yang akhirnya mengganggu peredaran darah kat muka. Agak2 apa jadi kalau peredaran darah tak sempurna ye? Kulit cepat jadi tua kot….


Aku: aku selalu je tukar2 produk cuci muka ni. Dari yang simple punya brand, sampai yang complicated…termasuklah produk lion fresh&white. Haha.Tak pernahnya aku nak stick dengan satu produk. Hasilnya, muka aku pun kejap licin, kejap macam jalan kampung, kejap macam duk kt england, kejap mcm duk africa. Basuh dengan air panas pun pernah kononnya boleh tanggal lah blackhead whitehead segala..bukan tu je, basuh dengan ais pun pernah. Dengan harapan liang pori tu tutup lah…

Pengelupasan


Ada sesetengah mungkin berangapan pengelupasan ni tak baik, buat muka kita merah2. Tapi hasil ni mungkin terjadi bila kita over-do. Nak tgk hasil cepat, so buat banyak kali dalam sehari.. Tapi bila kita buat benda ni dengan teknik yg betul, kita akan dapat hasil yg ketara. So, utk melakukan aktiviti ni ada 3 cara: microdermabrasion, chemical peels dan retinoids.


Microdermabrasion adalah pengelupasan di permukaan kulit. Paling senang kita guna skrub yg mana tugasnya adalah menyingkirkan sel2 kulit mati penyebab kulit kusam. Harus bijak memilih skrub yg bersesuaian. Paling baik guna skrub yg lembut pada kulit dan punya biji-biji halus berbanding yang kasar.


Chemical peels?? Menggunakan bahan kimia utk tujuan pengelupasan kot.. ^^ ni boleh buat dekat pusat rawatan kecantikan..


Fungsi retinoids hampir dengan microdermabrasion. Disamping menanggalkan sel kulit mati, ia juga berfungsi dalam penghasilan kolagen. Best kan..kolagen ni lah yg penting dalam menegangkan kulit. Semakin kita berumur, kolagen akan berkurangan menyebabkan pembentukan garis-garis halus kat muka dan juga pembesaran liang pori.


Aku: skrub?? Aku hentam guna skrub badan. Gosok dengan penggosok badan pun pernah….beranggapan penanggalan sel2 kulit mati lebih berkesan. Kolagen?? Aku punya dah berkurangan kot, tu yg banyak liang pori tu..



Pelembab


Kunci kecantikan adalah lembapan kulit no matter what type of skin you have, kelembapan itu penting. Tapi tak berapa nak elok kalau ada jerawat. Berapa byk nak letak, itu ikut keadaan kulit kita. Let say rasa kulit tegang sangat mean dia nak lembapan lebih. Tapi make sure tak letak banyak sangat sebab boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan akan membawa kepada kemunculan jerawat..


Aku: aku kadang pakai, kadang tak. Kulit aku selalu je rasa tegang tapi bila letak pelembap muka akan berminyak even moisturizer tu dah print kata 'non-greasy'. So…aku amik keputusan tak nak letak moisturizer lah..



Pelindung matahari


Penyebab utama kedutan adalah efek buruk daripada sinaran matahari. Sinaran di pagi hari mungkin memberi manfaat yg mana buat sel-sel kulit kita produce vit D tapi bila matahari semakin meninggi, ni yg membahayakan kulit kita. Untuk melindungi kulit kita daripada bahaya tersebut dan sekali gus mengelakkan kemunculan kedutan pada wajah di usia muda, so better apply sunscreen protector. Better choice, kita beli 2 jenis moisturizer: day moisturizer yg ada UV protection, dan night cream. Cream containing UV protection bila kita pakai malam sebenarnya akan mbuatkan kulit kita menjadi lebih teruk.


Aku: dulu aku bedal je cream ada UV protection tu pakai malam. Then semenjak dua menjak ni bila kulit aku terlalu berminyak, aku x guna cream/moisturizer da. Tapi, oleh kerana aku selalu kuar rumah bantu mak aku niaga kat tamu..and of kos lah terdedah pada sinaran matahari itu adala wajib keatas kulit ku, so amat rajinlah aku menggunakan sunblock cream. Tapi balik rumah je terus cuci.




Haaa! cenggitu lah ceritanya bagaimana aku dengan teori bijak ku membelai kulit wajah ku. Lepas ni kena tukar regime lah. Harap belum terlambat….



info source: http://beauty.about.com/od/skinflaws/a/basicskincare.htm




2 comments:

didi-masyitah said... Best Blogger Tips

guna gervenne.hehehe :P mcm la ada share kan dr gervenne mau promote bagai.apa2 pun skincare is important.

tity said... Best Blogger Tips

sengaja letak gervenne sbb aku ingat ko..hehe