30 Days Blog Challenge: Day 3

Your idea of the perfect first date

Huh!! Malasnya nak pikir.. Buat sakit hati je tau. Hahaha!! Ok ok.. First aku nak amik mood dulu supaya semua romantic idea aku kuar.. *plurp plurp..awan awan mula kelihatan di atas kepala, dengan senyuman aku yang ala ala kambing dan jari jemari menarik-narik dagu yang tak panjang ni*

First date..harus cerita dari part mana ya?

Si jejaka macho itu haruslah menjemput aku kat rumah..tapi ni kan first date…perlu kah dia jemput? Kot aku baru kenal ngan jejaka tu mcmna? Ok ok tukar plan. Kita andaikan aku dan jejaka tu tak kenal langsung sebelum ni..bukan bekas classmate, bukan ofismate…bukan saudara mara mahupun jiran tetangga. Totally orang asing (bukan makhluk asing ye teman-teman). Tapi…aku nak juga dia jemput aku. Hahaha!!! Dah dia datang rumah, mintak izin mak abah untuk bawa aku date. Hua wah wah! Tak best langsung lah. Tukar! Tukar!

Ok. Secara ringkasnya...

Masa, subuh..
Tempat, tepi pantai
Aktiviti, at first kitaorang tgk bintang-bintang di langit gelap yang makin pudar dek sinar mentari. Sang bulan juga mula mengundur diri memberi peluang pada hari muncul..bagai memberi nafas baru pada penghuni muka bumi. Angin sejuk pantai bertiup sepoi bahasa, bermain-main di pipi bagai mengajak turut berlari. Aku berpaling, memberi senyuman pagi kepada si jejaka. Kemudian serentak kami menghalakan kembali pandangan ke arah mentari muda [ chet bahasa apa ni? ]…dari sekecil titik, hingga sebesar bola sang mentari menunjukkan diri. Kami sabar mengikuti kemunculannya. Sungguh indah mentari pagi. Sungguh memberi tenaga baru untuk menghadapi dugaan hari ini. Of kos sesi fotografi tidak di lupa. Coretan seni di atas pasir juga harus ada. Buat tatapan di masa akan datang. Kerana 'moments lost gone forever' jadi harus meng-happy-kan diri. Sudah puas berlari berkejaran…tiba masa breakfast pula. Continue date dalam kereta dengan Gardenia dan Dutch Lady…tia perlu breakfast mahal-mahal yang penting sihat maaa… hi hi hi..sudah breakfast, apa lagi balik rumah laa…sebab mau pegi kerja sudah kan. Hah ha ha!


0 comments: