Cinta Kirana

Akhirnya habis juga sinetron Cinta Kirana. Penat aku tunggu ending nya. Off course aku agak endingnya Kirana akan bersama Galang. Pelakon utama kan… tp best juga kalau ending Kirana dgn Raka. Ha ha. Biar sakit hati, biar rasa sayang, biar sedih korang tengok Galang ditinggalkan.

Cuba bayangkan diri anda di tempat Kirana. Memilih kawan yang sayang kita untuk menjaga hatinya berbanding kekasih kita yang konon kita sakit hati tu. Macamana lah rasanya tu hah? Kalau aku…tak dapat bayangkan. Mesti aku akan jadi orang lain bila hidup dengan kawan yang sayang kita tu. Mesti korang tak kan nampak senyuman kat muka aku. Cewah! Tapi bukan kah orang kata, lebih baik memilih orang yang sayang kita berbanding orang yang kita sayang? Komen sikit…

By the way, aku tak sabar nak tengok next sinetron pengganti Cinta Kirana. Sebabnya pelakon yang the other one tu..bukan Baim Wong. Aku tak minat dia. Aku mahu tengok yg satu tu. Dulu aku pernah tgk dia dalam cerita apa ntah.. Tayangan di NTV7, waktu tengh hari. Aku kira pukul 12:30pm. Watak utama perempuan si Bawang Putih. Ha ha. Sorry ,aku tak tahu nama pelakon2 ni semua. Aku Cuma ingat nama dorang dalam lakonan satu satu cerita tu. Watak dia dalam cerita tu…macam best.tapi dalam cerita yang akan datang ni tak tahu lah pula aku macam mana. Kita tunggu dan saksikan.


1 comments:

Finie Ramos said... Best Blogger Tips

bgus lg dia dgn c Raka sb c Galang tu xguna..hahahah