Kerana Iri Hati Badan Binasa

Orang kata sifat iri hati tak baik. Kita tidak digalakkan mempunyai sifat yang tidak elok itu. Kalau ada hal yang berkaitan dengan sifat tersebut mesti orang makimaki kita, kan. Kata kita tak baik, kita tak bermoral…ceh, ada sampai macam tu kah? Kerana sifat tu juga, orang sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati sendiri. Ada yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk hancurkan kehidupan orang yang dia iri sangat tu. Aku hairan macammana dia boleh sampai terfikir cara tu. Dia tak rasa bersalah kah?

Off course, bila tengok kehidupan orang lain…kita sedikit iri hati dengan sesetengah kejayaan yang dia capai. Mula berfikir kenapa aku tak dapat macam dia. Mula terasa sakit hati kalau apa yang dia ada juga merupakan keinginan kita sejak sekian lama tapi tak dapat dapat juga. Lebih sakit lagi bila kita tengok orang yang dulunya berada di bawah kita, kini berada di atas dengan jayanya. Tidakkah kamu jealous bila tengok kawan anda lebih advance manakala kita hanya duduk rumah tak buat apa. Mulalah meratap nasib, sedih hati tak sudah sudah. Dalam keadaan macam ni, mulalah pemikiran yang tidak waras menguasai diri dan minda. That's why lah kot orang pegi jumpa bomoh apa segala, kan kan?

Setiap orang ditakdirkan jalan hidupnya berlainan. Ada keistimewaan sendiri, samada kita sedar atau tidak, itu semua dari diri kita untuk menilai. Mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak dapat macam dia untuk present ni. Mungkin kita akan menerima sesuatu yang lebih berharga sebelum kita dapat apa yang diingini. Sebab itu ada wujudnya ayat jauh perjalanan luas pemandangan. Kalau checkpoint kita dekat saja, apa benda kita boleh lihat. Memang lah kita 'yeah aku dah sampai' tapi kalau point yang kita tuju tu hanya selangkah, apa skill yang kita dapat. At least kalau beribu ribu langkah kita dapat juga skill berlari..betul tak?

Jadi, jangan lah bersedih jika melihat diri tidak secemerlang orang lain untuk present ni. Dia boleh capai sehingga level tu sebab dia dalam keadaan macam tu. Kau nak capai sama level dia, tapi tak mampu dari some aspects nak buat macamana kan. Apa orang kata, ukur baju atas badan sendiri? Ko nak pakai baju dia yang lawa tapi ko saiz besar, memang lah orang kutuk hodoh nak mampus. Dan mesti ingat jalan hidup dia tak akan sama dengan kau. Kau punya jalan yang sendiri. Walaupun tak seindah orang lain, jalan lurus ber-aspal macam orang lain, tidak ada PLUS dan highway macam orang lain, kau harus bersyukur bila mungkin jalan kau yang gravel penuh lumpur, banyak selekoh dan berbukit bukau itu sebenarnya end pada pemandangan yang sungguh indah dan menenangkan jiwa..berbaloi kan..



katahati: sabar jak laa..bukan rezeki kau untuk sambung masters sekarang..jangan jealous2 ya.


0 comments: