Perlukah Aku....

…...bila bf aku suka football, aku juga turut suka football? Yg sebelum ni memang aku tak boleh nak ikut, bila mana aku tengok match konfem fall asleep the next couple minutes..

……bila bf rancak borak dengan rakan-rakannya pasal team football yg akan menang, aku juga sibuk mengutarakan ramalan team yang akan menang. Tidak cukup dengan itu siap bertaruh pula dengan bf pasal itu sedangkan pengetahuan tentang corak permainan mereka sungguh tidak faham.

……bila bf suka benda sporty, aku berusaha memiliki benda sporty sebanyak mungkin dan bercerita kepada bf berkenaan benda-benda yang dimiliki. Bila mana bf rasa kekurangan, aku dengan murah hatinya [konon], melengkapkan koleksi bf.

……bila bf mengutuk dress yg ditayangkan di satu butik, aku juga turut mengutuk dress tersebut sedangkan dalam hati sungguh ingin memilikinya.

……bila bf memberi definisi wanita cantik, aku cuba sedaya upaya menjadi wanita tersebut biarpun ciri-ciri itu sangat bertentangan dengan peribadi aku.

……bila bf kata tidak, aku turutkan kata tidaknya sedangkan hati aku meronta-ronta berkata "oh...tidak!!!"

……bila bf blablabla, aku juga blablabla

Perlukah aku untuk lakukan semua itu? Perlukah? ? ?

Sesungguhnya aku lah perempuan BODOH jika lakukan semua itu. Teramat bodoh kerana mendefinisikan kegembiraan hidupku bila mana aku dan bf SAMA.

Hidup bersama adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. You suka football, suka lah..aku minat car racing. You mau taruh team football mana menang, taruh lah. Aku mau duduk makan maggi saja sementara menunggu orang sibuk post d wall fb sapa menang :p. you suka sporty thing, suka lah. I like vintage. You kutuk lah dress yg ada d butik tu..aku beli dress tu depan you biar kutukan you makin panjang..I like u membebel. You cakap lah perempuan macamana cantik d mata you, aku tak kisah sebab aku lebih cantik daripada mereka from the inside. You kata lah tidak, aku akan sentiasa kata ya jika aku fikirkan ia betul-betul ya. [<---- xda pun hujah untuk 1st ayat utk perenggan ini..]

I just love being myself. You tidak suka, its up! Kerana definisi kegembiraan hidupku adalah apabila aku menjadi aku.

:)


Ayatkecil: I just got the idea of this content while watching the match between Malaysia and Indonesia at the last few seconds of second half time. Congrats to Malaysian's team for the winning of the AFF Suzuki Cup!

Ayatlagikecil: actually cuma nak bagi tau aku memang tak boleh nak tengok match football..mesti tido punya lah! ha ha ha



1 comments:

Didi said... Best Blogger Tips

cali.relax la kan.just be urself.bukannya wajib pun utk suka semua benda yg sama utk tunjuk konon serasi bersama (tiba2 termasuk plak rancangan astro ni.heheh :P)basically the other half of us to complete what is lack within us.then can be perfect couple :)


aku suka football.matila klu dpt lelaki yg nda suka football.terpaksa la bersorak sorg2.dush..hehehe :)