Bila Mula Sekolah, Demam Pun Datang Lah Ye Sayang?

Ingat iklan Maggi dulu-dulu. Budak tu tak nak pergi sekolah sebab nak makan Maggi..Mak dia pula layan kan saja anak dia tu..kalau aku lah dalam situasi tu, belum tentu mak aku nak bagi aku Maggi..Kena hanger mungkin lah..

Dah seminggu hujan tak henti kat sini --apasal pelik je ayat aku nih. tak macam selalu.. bila dah selalu hujan, sakit pun datang. Hujan itu rahmat...sakit pula?? rahmat juga ke? Mungkin penghapus dosa-dosa kecil...jadi jangan nak merungut kalau dapat sakit. Itu dugaan....( so, aku tulis pasal sakit kt sini ni...kira merungut juga ke ha?) :P

Hampir seminggu juga aku sakit. Tak lah sakit mana kalau dibandingkan dengan seorang ibu yang keguguran anak..Aku cuma sakit biasa..Hari Isnin tu...gatal2 leher, huh tahu esok mesti dapat batuk..tapi hari Rabu baru nak makan ubat. ha ha! Mulut aku celupar sikit kot....Ubat batuk tu kata 'untuk batuk yg disebabkan selesema' aku dengan gelak2 cakap..."aku tak selesema"..Cakap besar punya pasal, esoknya aku dapat selesema. Padan muka..

Alhamdulillah...selesema dah tak ada hari ni.. Dua hari aku dok gosok mata sebab berair...dan hembus hingus smpai dalam hidung aku ni aku rasa dah luka2. Kalau lah kulit muka dan hidung aku ni kertas...dah lusuh dah kulit aku tu aku gosok..jangan2 boleh koyak lagi...

Mata dah bengkak daa..
macam juling pun ada...whahahaha!!!

1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

hihih... sian owh dia..
mkn ubat bha..
;)