Main Tukar Tukar

Bosan. Balik balik itu juga di capai. Mahu yang lain lah pulak.. He he, apa susah, buat saja lah. Saya kan sudah jadi pembuat keronsang :p

Banyak betul warna benang sampai tidak tahu mahu gabung yang mana dengan yang mana. Hati kata mahu itu tapi warna sungguh terang macam pen penanda. Akhirnya warna nenek nenek menjadi pilihan. Kasihan nenek nenek dikata saya.


Saya punya masalah untuk pilih warna pearl di tengah bunga. Mulanya mahu letak warna emas, tapi kelihatan seperti warna pilihan datin datin pula.


Tengok, saya sudah ada 4 biji keronsang begini. Bila pegang semua dalam satu genggam, terasa macam genggam mainan pun ada. Macam budak kecil yang obses gula gula, semua digenggam tidak mahu lepas.


Bila letak keronsang dalam bakul, baru perasan ada beg kecil yang sama gabungan warna. Secara tidak langsung, boleh jadi penambah aksessori beg. Beg kecil saya sudah berseri kan, kan…. (sila lah muntah.. :p)

Hari ini pergi tamu dgn keronsang baru :) 



4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

nice lah..u buat sendiri? boleh design ikut taste sendiri kan.. :)

Jom baca ni :Pahala Isteri..

tity said... Best Blogger Tips

haah...lepas ni nak buat banyak lagi.. :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

deng, try bt online shopping guna keterroranmu ni... leh bt duit tuh syg... comel taw brooch2 nih....

tity said... Best Blogger Tips

@ayano shirahata
mmg tpikir pun mau buat online shopping, tapi macam motivasi rendah.huhu...nantikan ja lah blogshop tu wujud ya.. :)