Itu hari saya ditimpa kemalangan kecil yang tidak melibatkan sebarang kenderaan.. kejadian berlaku hanya dalam bilik saya. oh bukan bilik di rumah saya sekarang...tapi di kampung. Malam kejadian itu saya ada post dekat status Facebook:
Hi hi.. kecoh betul saya ni tapi serius sakit..
Itu petang, saya buka besi katil dan besi terlepas tepat di ibu jari kaki..Warna kuku bertukar biru serta merta. Bapa saya kata "ah, tiada apa tu, sikit saja".. Dalam hati, oh retak kah tulang saya?. Mahu menangis tapi hairan seperti kesakitan itu tidak cukup buat air mata mengalir.. Buat buat muka mahu menangis pun air mata tetap tidak mahu keluar..maka, tahan saja lah. =P Hairan, kalau jari terkepit celah pintu boleh pula serta merta menangis sedangkan sakit dia cuma sekejap.
Itu malam, sudah syok syok tidur tiba tiba terbangun sebab kaki berdenyut. Yang kena cuma ibu jari tapi sakit satu kaki. Itu pasal saya post di Facebook sebab tak dapat tidur... sudah puas pusing pusing, guling guling di sofa, akhirnya tertidur juga... Tapi esok pagi bangun masih juga terasa denyutan sakit.
Walaupun dalam hati takut ada retak tulang mana-mana, tetap juga degil tidak mahu pergi hospital untuk cek. Saya benci datang hospital bila itu MA cuma belek belek kaki saya dan kata "oh sikit saja ni, nanti kuku tanggal ok lah tu".. Kalau begitu bapa saya pun boleh jadi doktor saya sebab awal awal lagi bapa saya sudah kata begitu.
Seminggu kemudian rupa kaki saya jadi macam ni:
Minggu seterusnya, tercucuk lah duri duri halus pada bonggolan atas kuku tu. Sebab asyik keluar cecair yang saya sangka nanah, saya picit picit lagi dan akhirnya kuar cecair hitam ni:
Harapan selepas semua cecair tu keluar, baiklah kaki saya...tapi sebenarnya tidak. Sampai sekarang masih bengkak...cuma sudah tidak sakit. Jalan pun tempang...walau berusaha untuk jalan seperti biasa tetap tidak boleh sebab itu keadaan jari buat saya rasa tidak selesa.
Sekian :)
7 comments:
knp nda bawa p jmp doktor deng... teruk plak tuh aku tgok...
uish! saket tu,.
letak gamat la dear..
tc oke!
@ayano shirahata
malas aku p jump doktor cni ni...sekadar membelek2 jak tu lps tu d bg ubt losyen kuning..
@milly molly
dah teruk cmtu baru nak sapu ubat..hihi..alhamdulillah skrg dah ok dah..tinggal tunggu kuku tanggal je lg :)
aawww.. you must be in terrific pain. It really look bad..adui.. get well soon. huhu
@FEN
thanks Fen..I'm getting well now.no more pain, no more bulging like that. only the skin look awful..
aku 2 kali sdh... kali ke2 pendek sdh tu kuku tmbh..
@Hanzo
haha..lucu ni rupa kaki ku sekarang..macam sosej ko goreng smpai dia kembang, then bila sejuk dia kecut...haaa mcm tu lah rupa dia skrg.
Post a Comment