Tanda Tanya

Pagi. Sarapan dengan air soya Seasons. Setengah tin. Pulut panggang (yang tidak berapa mau panggang, dan tidak juga berapa mau pulut) adalah makanan pejal pertama masuk ke dalam perut pagi itu. Kemudian, kuih apam. Lepas tu, kuih puteri ayu. Setengah tin lagi. Sambil menyapu-nyapu sisa makanan jatuh atas tudung, mak saya cakap,

"Baru hari ni nampak kau makan banyak sikit"

Tanda tanya. Saya kurang makan kah selama ni..?

Tengah hari. Tengok tv yang ketika itu ada movie pasal si penulis dan anaknya. Bapa pulang dengan ais-krim. Duduk bertiga (saya, mak, bapa) di ruang tamu, tengok tv sambil makan ais-krim. Sedang laju-laju menyuapkan ais-krim ke dalam mulut sebab sudah mahu cair, bapa saya cakap,

"Puasa nanti kau jual jual lah di bazar. Jual kuih"

Tanda tanya. Saya mahu jual kuih apa?

Tiba tiba teringat. Marjerin yang saya selalu guna buat kuih raya dulu harganya kalau tidak silap dalam RM3 lebih saja...sekarang sudah RM5 lebih.. harga gula jangan cerita lah. Dalam keadaan begini, mana saya mahu dapat modal?


2 comments:

Elih Japahar said... Best Blogger Tips

pinjam duit lu la, dpt untung bayar balik haha

tity said... Best Blogger Tips

@Elih Japahar
kalau pun ada untung...kalau nda, naaah...berhutang lagi sa... :p