Dondurma - Ais Krim Turki

credit

Dondurma (secara amnya 'beku' dlm bhs Turki) adalah panggilan untuk ais krim di Turki. Dondurma biasanya dibuat daripada susu, gula, salep, dan mastic, yang mana asal Dondurma ini berkemungkinan dari Kahramanmaras - sebuah bandar di tenggara Turki.

Keunikan dondurma daripada ais krim yang lain adalah dari segi tekstur dan juga keupayaannnya untuk tidak cair. Rahsia kepada keunikan ini adalah agen kelikatannya iaitu salep, sejenis tepung diperbuat daripada akar orkid liar Turki, dan mastic, sejenis resin, penyebab kekenyalan.

Dondurma yang kenyal
credit

ais krim ais krim ais krim
credit

"cua ko tengok aiskrim tu..macam plastisin" 

Teringat suatu ketika dulu, pernah saya suarakan pendapat itu kepada kawan saya. Dan secara kebetulan semalam saya tengok 360 ada pula cerita pasal ais krim Turki ni. Baru saya tahu, rupanya ais krim yang dorang jual dalam tong, dengan penyendok aiskrim panjang dan unik, sambil membunyi-bunyikan loceng tu adalah aiskrim lain daripada yang lain.. 

Pakcik ais krim Turki
credit

Menyesal pula tidak cuba. Tapi nampak harga pun macam mahal saja. RM5 for 2 scoops. 

Tapi untuk benda unik, rasanya berbaloi kot. Bila lah mau cuba ni??


sumber keterangan dondurma adalah daripada Wikipedia :)



2 comments:

- zuriey - said... Best Blogger Tips

sedapnya..lama tak makan aiskrim

tity said... Best Blogger Tips

@Zuriey
hehe...aiskrim fevret zaman berzaman... :)