Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Dapur Berasap: Bubur Nasi

Ini Sarapan Pagi Saya

Bahan2
Beras (saya guna nasi semalam/mlm tadi)
Isi ayam
Halia
Bawang merah
Air secukupnya
Bahan perasa

*kuantiti adalah ikut suka//adjust sendiri :P

Cara buat:
Halia dan bawang dibersihkan, ditumbuk, ditumis hingga naik bau. Masuk isi ayam, biarkan sekejap. Masuk air, masuk beras. Masak sehingga masak. Ops, jangan lupa masukkan bahan perasa!.. Terus, siap! :)

Semasa hidang bolehlah ditabur macam2 'barang'-bawang goreng, daun sup, ikan bilis dsb- di atas bubur nasi anda untuk menaikkan selera :P


::::buat post entri lagak seorang chef. hahaha!



Dondurma - Ais Krim Turki

credit

Dondurma (secara amnya 'beku' dlm bhs Turki) adalah panggilan untuk ais krim di Turki. Dondurma biasanya dibuat daripada susu, gula, salep, dan mastic, yang mana asal Dondurma ini berkemungkinan dari Kahramanmaras - sebuah bandar di tenggara Turki.

Keunikan dondurma daripada ais krim yang lain adalah dari segi tekstur dan juga keupayaannnya untuk tidak cair. Rahsia kepada keunikan ini adalah agen kelikatannya iaitu salep, sejenis tepung diperbuat daripada akar orkid liar Turki, dan mastic, sejenis resin, penyebab kekenyalan.

Dondurma yang kenyal
credit

ais krim ais krim ais krim
credit

"cua ko tengok aiskrim tu..macam plastisin" 

Teringat suatu ketika dulu, pernah saya suarakan pendapat itu kepada kawan saya. Dan secara kebetulan semalam saya tengok 360 ada pula cerita pasal ais krim Turki ni. Baru saya tahu, rupanya ais krim yang dorang jual dalam tong, dengan penyendok aiskrim panjang dan unik, sambil membunyi-bunyikan loceng tu adalah aiskrim lain daripada yang lain.. 

Pakcik ais krim Turki
credit

Menyesal pula tidak cuba. Tapi nampak harga pun macam mahal saja. RM5 for 2 scoops. 

Tapi untuk benda unik, rasanya berbaloi kot. Bila lah mau cuba ni??


sumber keterangan dondurma adalah daripada Wikipedia :)



Apam Polkadot II




Atau aku harus menggelarnya apam love love??
(memandangkan aku tak nampak pun dot dot)
:)

well, practice makes perfect
^___^


Apam Polkadot


Petang semalam test power buat apam polkadot.
Hasilnya..?

Macam manakah tekstur apam polkadot ni sebenarnya?
(bertanya sebab tak pernah jumpa)
Hasil yg aku dapat memang kembang..tapi teramatlah berat.
Aku ingat, apam ni sepatutnya ringan..
Alaa..macam apam normal tu..

Tapi tak apa lah
Ini kan percubaan pertama.
Practice makes perfect, kan?