Hari ini masuk Ramadan ke-20, kan? Tinggal sepuluh hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadan. Kata-kata mengatakan Lailatul Qadar jatuh pada mana-mana hari di sepuluh hari terakhir ini. Pada malam tersebut, malaikat turun berduyun-duyun memberi salam dan aminkan doa mereka yang beribadah. Untung siapa yang dapat Malam al-Qadar. Tapi bagi orang yang buat amal kebaikan kerana mendengar maanfat yang akan diperoleh pada Lailatul Qadar, (maksudnya, sebab dengar kebaikan Lailatul Qadar ni, barulah dia buat amal segala) dapatkah mereka kebaikan-kebaikan Lailatul Qadar ni?
Dekat-dekat mahu habis bulan puasa ni, mula lah kita sibuk menyediakan barangan untuk menyambut Syawal. Kuih-muih, barang perabot, langsir rumah, baju raya, kasut raya, dan sebagainya. Saya baru sahaja mula membuat biskut raya Sabtu lepas. Setakat ni baru tiga jenis biskut saya siapkan. Itu pun bentuknya sama sahaja, cuma warna, perisa dan hiasan sahaja yang berlainan. Seorang kakak meragui kebolehan saya menyiapkan biskut raya sebelum menjelang Syawal. Bagi saya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tidak perlulah membuat biskut sakan, mahu bermacam-macam jenis. Cukup sekadar untuk dihidang, ada dikunyah mereka yang bertandang. Kalau tidak cukup, raya nanti buat lagi.
Hujung-hujung bulan puasa ni, mula lah datang penyakit malas-malas mahu buat kerja. Sebab kepala sudah terbayang-bayang keseronokan di pagi raya. Hi hi hi.
0 comments:
Post a Comment