Human

by Christina Perri



I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one

I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

I can do it
I can do it
I can do it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If thats what you need
Be your everything

I can do it
I can do it
I'll get through it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I'm only human
I'm only human
Just a little human

I can take so much
'Til I've had enough

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human



picture from here

Larian Kesedaran: Mother's Day Walk Abreast 2014

Seperti tahun sebelum sebelum, Kinabalu Pink Ribbon (KPR, info klik sini), sebuah organisasi sukarelawan sekali lagi membuat aktiviti amal yang dinamakan Mother's Day Walk Abreast dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 11 Mei akan datang. Larian sepanjang 4km ini akan diadakan di Taman Awam Teluk Likas dengan anggaran peserta sebanyak 5000 orang. Siapa yang berminat untuk mengikuti larian amal ini bolehlah mendaftarkan diri dengan yuran daftar sebanyak RM30 untuk orang dewasa manakala RM20 bagi pelajar dibawah 18 tahun.

sumber di sini

Larian amal ini membawa mesej kesedaran terhadap kanser payudara selain memberi sedikit sebanyak pengajaran mengenai early detection of breast cancer. Disamping usaha kita menyokong usaha baik ini dengan larian/berjalan sejauh 4km, ada juga aktiviti lain yang disediakan. Seperti tahun sebelumnya, ada juga lucky draw untuk para peserta. Siapa yang ikut aktiviti ni for sure happening..

Apa yang aku tahu melalui rakan rakan, those yang ikut walk ni akan diberi baju pink, dan pada event tu nanti semua peserta akan memakai baju pink. Syok tak syok nya tu? Jom ikut ramai ramai.


Kucing Kegilaan Ramai

Siapa yang tidak suka kucing? Satu creature sebagai peneman, penghibur dan tidak kurang juga bikin panas.

Aku pernah pasang angan-angan untuk adopt banyak kucing. Syok lah cerita dengan adik yang kebetulan juga suka kucing untuk ada rumah khas untuk kucing. Suka tengok gelagat dorang yang manja. Bila diusap akan buat gaya gaya yang menggelikan hati.

Aku ingat ada seekor kucing kami warna putih, ekor kontot warna orange. Kepala pun ada tompok orange sikit. Bila digosok bahagian perut, dia akan 'memanjangkan' badan sambil golek golek ke kiri ke kanan. Aku dan adik panggil itu gaya sosej. So bila main dengan kucing ni, kami akan gosok bahagian perutnya sambil cakap "nah, jadi sosej, jadi sosej". Kucing ni kami tidak bagi nama khusus. Tapi sejak kami dengar jiran jiran cerita kucing ni selalu cari gaduh dengan kucing dorang-dorang, kami panggil kucing ni Yakuza. Sekarang Yakuza sudah lama lost in mision....mencari betina mungkin.He He.

Sepanjang sukanya aku pada kucing, aku cuma tahu dua tiga jenis kucing sahaja. Dan yang paling popular mestilah kucing parsi yang pada aku, bila mana kucing tu ada bulu panjang, itulah kucing parsi. Ternyata banyak lagi jenis kucing.

sumber: mudah.my
Itu kucing parsi untuk dijual. Boleh klik link mudah.my untuk deal dengan owner kucing tu. Aku cuma mahu tunjuk kucing yang kecil itu sangatlah adorable.

Seperti yang aku cakap, definisi kucing parsi untuk aku adalah kucing yang punya bulu panjang. Sebenarnya ada banyak lagi kucing yang berbulu panjang tapi bukan kucing parsi.

Siberian Cat




Birman Cat


Maine coon Cat
Jenis kucing ni memang bersaiz besar

Norwegian Cat
sumber di sini

Dan ini adalah Persian Cat (kucing parsi)



Kebiasaan kucing parsi yang kelihatan adalah jenis macam dalam gambar. Muka pesek. Kalau tak silap ada juga yang doll face, mata bulat dan sangat macam dalam kartun. Tapi sekarang, untuk dapatkan kucing parsi yang betul betul baka parsi mungkin susah dan mahal. Banyak yang sudah cross breed but still got that long fur..

*gambar bukan milik saya. semua hasil carian dari Google

Rumah Sewa

Pengalaman menyewa rumah aku tak lah banyak. Tapi boleh lah buat panduan untuk menyewa rumah macam mana. Panduan untuk diri sendiri. Kalau untuk panduan atau nasihat kepada orang lain mungkin tidak cukup ilmu lagi ni.

First rumah sewa aku adalah rumah flat. Pemilik adalah orang india. Kondisi rumah adalah kosong. Totally kosong. Aku sewa dengan 5 lagi kawan. So ada 6 kepala penyewa. Alkisahnya, pemilik ni banyak pusing. Masa mahu bagi deposit dan sewa rumah segala, kami sudah deal yang tuan rumah akan sediakan dapur memasak. Bila masuk rumah, kami dapat tikar rumah. Kononnya rumah tu banyak guna duit mahu cat baru segala. Lagi, konon itu tikar mahal punya gred. Kami tidak tinggal lama pun. Sebab ada 'penghuni tambahan' di rumah itu selain daripada faktor kenderaan awam ke kuliah. Prosedur penyewaan waktu tu, memang bagus lah. Siap dengan IC kami diminta. Tapi sebab kami tidak tinggal lama,tidak sampai sebulan mungkin, deposit rumah burn.

Rumah sewa kedua aku, hampir dengan kuliah. Boleh jalan kaki tapi mahu berpeluh ketiak juga lah. Rumah tu special sikit. Banglo, tuan rumah tinggal bawah, penyewa di bahagian atas. Itu pun bahagian atas dibahagikan kepada 2 rumah. Boleh agak tidak besar rumah tu? Yang ni, aku tak berapa ingat macam mana prosedur penyewaan. Aku tidak ingat kalau ada deposit. Cumanya memang tidak ada IC diminta. Dan proses penyewaan rumah tu sangat lah menyenangkan. Aku keluar dari rumah tu macam tidak buat notis apa pun. Sebab waktu tu aku ada konflik dengan penyewa lain.

Rumah sewa ketiga, memang ikut prosedur sangat. Tapi di rumah ni aku sewa bilik saja. Share dengan seorang kawan. Tuan rumah tidak minta IC tapi ada dokumentasi. Sewa dan deposit dicatat. Bayar sewa bulanan dicatat dan ditandatangan. Penerangan pasal deposit dibuat. Kalau mahu keluar rumah, bulan akhir tu tak perlu bayar sewa, kira potong dari deposit tu. Rumah ni pun OK sangat. Cuma aku kena keluar sebab fakulti aku pindah dari Petaling Jaya ke Puncak Alam.

Rumah sewa keempat aku, yang nih masa aku dapat kerja sambilan. Jenis rumah flat murah. Share dengan Ibu tunggal dan 2 lagi anak dia. Sewa rumah bahagi dua tapi aku tinggal sana syok. Macam kita tinggal rumah dengan famili. Prosedur penyewaan pun bagus. Walaupun aku deal bukan dengan tuan rumah sebenar tapi cara penyewaan adalah sangat OK. IC aku diminta. Bil api air semua ada bukti sudah bayar belum. Kalau bayar sewa hujung bulan ada resit. Penerangan deposit rumah pun terang sangat. Kalau aku mahu keluar mesti bagi notis 1 bulan awal. kalau tidak deposit burn. Hari tu aku keluar rumah tak ada notis, so deposit burn. Aku cuma dapat deposit api air saja. Itu pun aku keluar rumah sebab aku kecurian di rumah tu.

Disebabkan kecurian tu juga lah aku terjumpa rumah sewa aku sekarang. Si Penyewa ini memang sudah ajak aku ikut tinggal dengan dia sebelum kecurian tu berlaku. Bila kena kecurian tu, dan kita dalam keadaan bermasalah, bila ada orang sudi tolong kita memang kita rasa orang tu sangat lah membantu kita. Boleh tarik hembus nafas lega. Kita terang masalah kita, minta consider sikit pasal deposit rumah dia kata OK kita pun akan fikir itu betul betul OK. Serius tidak ada penerangan apa apa pasal deposit. Mahu tandatangan apa apa pun tidak ada. Kiranya rumah sewa ni paling senang lah mahu deal.

Alkisahnya, walaupun rumah sewa ini sangat senang mahu deal, tapi banyak juga kisah tidak senang. Kena pecah masuk lah (oleh orang yang ada kaitan dengan Si Penyewa ni di masa lalu), ada itu itu ini yang bikin mata bulat telinga geli lah, yang dari awal cerita konon famili Si Penyewa kadang kadang akan datang melawat rumah tapi apa yang aku nampak sekarang bukan lagi kadang kadang tapi sudah reside bersama di rumah tapi sewa rumah tetap bahagi antara aku dan Si Penyewa saja. Dan lama kelamaan, pandai pula Si Penyewa ni letak aku punya tempoh 1 bulan sewa adalah dari 15hb ke 15hb berikutnya.

So, pada hujung bulan lepas tu, aku inform lah Si Penyewa, aku mahu keluar rumah. Kalau kira ikut takwim perkiraan bulan Si Penyewa terhadap aku, hujung bulan lepas adalah pertengahan bulan sewaan aku kan? Bila aku tanya pasal deposit rumah, Si Penyewa ni kata deposit burn sebab aku tidak bayar sekali gus deposit masa mula mula aku masuk rumah. Boleh kah macam tu? Aku tidak kisah sebenarnya kalau betul betul burn, tapi harus ada penerangan di awal peristiwa. Macam sebelum ni. Kalau betul waktu aku masuk rumah tu perlu sangat deposit, masa aku minta consider pasal deposit tu kenapa tidak terangkan pada aku, yang akhir nanti bila  mana aku keluar rumah deposit akan hangus?

Kadang kadang, bila kita dalam keadaan terdesak, orang tolong kita, kita rasa sangat membantu, tapi akhirnya pertolongan itu dia jadikan sumber menjatuhkan kita. Boleh kah macam tu?