Seperti tahun sebelum sebelum, Kinabalu Pink Ribbon (KPR, info klik sini), sebuah organisasi sukarelawan sekali lagi membuat aktiviti amal yang dinamakan Mother's Day Walk Abreast dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 11 Mei akan datang. Larian sepanjang 4km ini akan diadakan di Taman Awam Teluk Likas dengan anggaran peserta sebanyak 5000 orang. Siapa yang berminat untuk mengikuti larian amal ini bolehlah mendaftarkan diri dengan yuran daftar sebanyak RM30 untuk orang dewasa manakala RM20 bagi pelajar dibawah 18 tahun.
sumber di sini |
Larian amal ini membawa mesej kesedaran terhadap kanser payudara selain memberi sedikit sebanyak pengajaran mengenai early detection of breast cancer. Disamping usaha kita menyokong usaha baik ini dengan larian/berjalan sejauh 4km, ada juga aktiviti lain yang disediakan. Seperti tahun sebelumnya, ada juga lucky draw untuk para peserta. Siapa yang ikut aktiviti ni for sure happening..
Apa yang aku tahu melalui rakan rakan, those yang ikut walk ni akan diberi baju pink, dan pada event tu nanti semua peserta akan memakai baju pink. Syok tak syok nya tu? Jom ikut ramai ramai.
1 comments:
Memang meriah dan syok. Tak rugi pergi :D
Post a Comment