Budaya Membaca


Ingat tidak, masa sekolah dulu ada satu program nama Program NILAM?
Seingat aku, program ni aku jumpa waktu sekolah rendah. Cikgu akan bagi satu borang untuk diisi berpandukan buku yang telah kita baca. Masa sekolah menengah aku tidak ingat kalau aku ada ikut program ni (atau mungkin tidak dianjurkan di sekolah aku waktu tu).

Waktu sekolah rendah memang aku aktif pinjam buku. Ngam lagi ada perpustakaan bergerak datang pergi sekolah, lagi lah aku teruja mahu pinjam buku untuk dibaca. Kebanyakan buku yang aku pinjam mesti genre misteri. Kalau pergi perpustakaan sekolah pula mesti ambil buku sains. Bukan apa, suka tengok gambar-gambar serangga, binatang dan yang berkaitan. Baca buku tidak sebab masa yang diperuntukkan untuk stay di perpustakaan bukan lama.

Masuk sekolah menengah, mula lah kenal novel sebab waktu tu ramai juga kawan-kawan yang baca novel. Tengok dorang pegang novel tu macam best pula. Jadi mula lah sesi pinjam meminjam novel antara kami. Tapi untuk aku miliki novel sendiri, tidak mampu. Aku ingat, ada seorang kawan lelaki ni, pinjam novel tebal yang boleh tahan juga tebalnya, lepas tu sanggup stay up malam untuk habiskan novel tu. Aku? kalau novel tebal-tebal tidak sanggup lah.

Semakin membesar, budaya ni macam hilang dari diri aku. Masuk IPT aku kurang membaca selain nota-nota pelajaran. Kadang pergi kedai buku, tertarik juga dengan display novel-novel baru tapi untuk beli, adalah tidak. Sebab bila fikir-fikir bukan ada masa pun untuk baca novel. Oh ya, aku ada beli novel. Novel english tapi sampai sekarang pun tidak habis baca. Beli sahaja banyak sebab murah. Beli di BookXcess. Kedai ada di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Zaman kerja ni lagi lah pudar budaya membaca dalam diri. Cumanya baru-baru ni aku semacam keboringan. Aku macam tercari-cari sesuatu untuk aktifkan sel-sel otak aku yang sudah lama berehat. Memandangkan aku pergi kerja menggunakan kereta api, dan masa perjalanan aku untuk sampai ke destinasi tu boleh cecah satu jam, aku terfikir untuk isi masa lapang tu dengan membaca daripada selalunya aku tidur. Nasib sahaja tidak terlepas stesen.

Sejak Isnin lalu, aku sumbat sebuah novel dalam beg aku. Novel ni pun sudah lama sebenarnya, hasil belian adik aku menggunakan baucer buku mereka. Dibeli sejak 2012 tapi aku tidak pernah pun baca. Tapi sehingga hari ini, novel tu masih cantik dalam beg aku, tidak pernah aku keluarkan. Kenapa?

Sebab, sebelum aku keluarkan, aku akan tengok sekeliling. Aku tengok, ada kah orang yang baca buku. Rata-rata penumpang kereta api 'membaca' smartphone mereka. Jadi, untuk keluarkan novel tu terasa segan pula.

Kenapa pula mahu segan, kan? Sedangkan kadang tu aku terjumpa ada aunty buka Bibble dia baca dalam kereta api, ok sahaja. So, baca novel pun seharusnya ok lah kan. Bukan sesuatu yang ganjil. Cumanya akan menjadi ganjil bila semua orang baca smartphone, kau seorang baca novel. (^^,)

Novel yang adik aku beli.


0 comments: