| Jeng jeng! Projek lain yang terbengkalai. |
Sabtu, aku tiada buat apa. Mahu jalan-jalan tapi tiada teman. Si Husband pergi Labuan ada urusan. Teringat dengan case kamera yang aku beli 8 tahun dulu sudah terkopek-kopek. Jadi, sepanjang hari aku cuba siapkan sarung kamera yang baru untuk kamera antik aku tu. Berbekalkan asas mengait yang aku ada, aku cuba-cuba lah mengira stitch, menbayangkan rupa bentuk sarung kamera tersebut. Try and error orang bilang...
| Tapak untuk case itu. |
| Separuh jalan mengait, datang pula kucing |
| Kucing manja- manja minta perhatian |
| Main benang aku pula dia |
| Hah, gigit jarum kait lagi |
| Tadaa... siap sudah case baru. |
0 comments:
Post a Comment