Kita baca balik post entry kita yang lama lama, apa korang rasa?
Sejujurnya, ini merupakan blog kedua aku. Blog pertama aku delete dan aku tak ingat sebab apa. Dalam blog ni pun ada beberapa entry yang aku delete. Walau pun dah delete bebera post entry still aku rasa blog aku ni macam budak budak.
Dulu masa study blog ni tempat aku luah perasaan. Dah macam tu faham faham saja lah genre entry tu macam mana kan. Tak informatif langsung. Dah lama sikit dalam dunia blog ni baru rasa nak tukar cara penulisan. Itu pun ayat kaku dan janggal sungguh. Tak mesra langsung.
Dah masuk kerja, nak post entry rasa macam tak ada benda nak cerita. Nak share apa maklumat pun rasa macam segan segan gitu. At last blog aku sunyi.
Lama senyap dan aku pun dah kahwin siap ada anak lagi, tetiba otak aku macam banyak benda nak share. Tetiba aku rasa bersemangat balik nak aktif dunia blog ni walaupun aku tak lah sepopular Fatin Liyana, Maria Elena, Yuyu Zulaikha semua. I'm just motivated nak tulis blog balik.
Dah gitu, kita pun baca lah balik post post kita yang lama. Sesetengah tu aku tak sangka aku begitu matured, and some post rasa segan nak baca. Cumanya aku ingat satu benda. Aku betul betul berhajat nak bisnes. Dari dulu sampai sekarang, itu hajat aku. Tapi tak pernah tertunai. Usaha nak ke arah tu pun macam tersimpan simpan. Tak pernah nak all out.
Dah masuk tahun baru ni, rasa lebih bersemangat pula. Doakan lah supaya hajat aku yang tersimpan lama tu, tercapai.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.