Aku baru sahaja aktif kembali dengan Instagram. Dulu ya, lebih kurang 2 tahun yang lepas. Bila alat kamunikasi bermasalah dan aku cuma guna alat yang hanya ada 12 kekunci dan skrin kecil, aktiviti Instagram aku pun terberhenti.
Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya. Cumanya, Instagram ada kait paut dengan apa yang aku nak cerita. Dari instagram aku terlihat seorang kawan memuat naik gambar anak kecilnya yang bermain pasir. Dia buat tajuk 'baju kotor boleh cuci, badan kotor boleh mandi, pengalaman susah nak cari'. Betul lah apa dia kata.
Kadang kala kita terlalu tegas dengan anak kecil. Buat itu tak boleh. Nak berjalan kesana kemari dimarahi. Buat bising bising tak boleh. Kita nak anak kita behave sepanjang masa. Duduk diam, dengar kata...kalau boleh pakai spek mata bulat besar lagi kot 😂
Tapi waktu waktu ni lah dia nak explore. Dia belajar benda keliling dia. Tak apa lah dia jatuh waktu nak belajar berdiri, pengalaman. Tak apa lah kalau dia berkeras nak suap makanan sendiri walau makanan tu sebenarnya semua jatuh lantai tak ada pun yang masuk dalam mulut dia, itu bagi dia improve motor skill dia. Tak apa lah kalau dia melalak entah apa dia cakap pun kita tak faham, dia baru nak test power suara boleh jadi penyanyi ke tidak. Hehe... Budak kecil kan.
Kalau dari kecil ni kita terlalu menyekat kemahuan dia nak belajar, entah esok lusa boleh jadi budak self-esteem rendah, introvert, shy semua lah kot. Macam aku.. huhu. Tapi kadang orang bad tempered ni susah nak kawal perasaan dia dengan anak. Alaaa...jangan kisah sangat lah penat penat kita nak kemas rumah kalau ada anak aktif nak explore ni. Kita bahagiakan anak dapat pahala juga. Betul tidak?
0 comments:
Post a Comment