Bear & Tigger



cerita mengarut:

suatu masa dulu.. aku sangat mengidamkan Bear tu. setiap hari aku intai Bear tu. letak lah mana sudut pun dalam kedai tu, mata aku ni mesti cari Bear yg aku suka tu. bila x jumpa, aku mesti lemah sebab Bear tu lah yang bagi aku semangat setiap hari. berhari-hari aku tunggu untuk jadi tuan Bear tu. tapi betul kah hati aku ni nak jadi tuan dia. aku cuma minat dengan Bear tu sebab Bear menarik.

satu hari, aku dapat tau yg Bear tu dah ada tuan.. mesranya tuan tu peluk Bear tu. huh dengki memang ada. tapi apa kan daya, duit yg aku kumpul, belum cukup nak buat aku jadi tuan Bear tu.. so, I just let Bear go.. sedih?? huh, tak ada lah sangat.. memandangkan tuan Bear adalah jiran aku, so Bear mestilah dekat dengan aku juga kan. hihi. sakit, memang untuk aku tengok kemesraan tuan Bear tu dengan Bear. tak nak tengok. tapi mata aku tetap jeling Bear. tak boleh lari. sebab aku suka sangat dengan Bear. huh, geram!!

months after, aku terpaksa tinggal tempat lain sebab aku ada tugasan yang penting. dari saat tu, aku tak dapat lagi tengok Bear. dan lama- kelamaan perasaan ingin jadi tuan kepada Bear tu pun hilang. tapi, ada lah satu peristiwa ni, tengah balik bercuti, aku nampak Bear ada dalam kedai yang selalu aku intai tu. aih? dah kena jual balik ke Bear tu. mula tu aku just sentuh-sentuh bulu Bear yang best tu, lama lama, terbeli lah pulak. so now, aku lah tuan Bear tu. makin hari makin sayang aku dengan Bear tu. macam tak nak lepaskan pulak. hihi, aku tau dah besar, tapi masih nak ada Bear.. but i like this feeling. kalau Bear tu hilang dari hidup aku, tak tau lah tahap mana sedih aku nanti. tak dapat bayang kan. huhu

but one night, tengah aku bersiar dekat 1 taman ni, aku terjumpa Tigger. even Tigger tu tak lah cute macam Bear tapi...entahlah. aku pun bermain main dengan Tiger tu.main dengan bulu dia.hehe. just one night. dan kebetulan masa tu aku sedang bertugas, maksudnya, aku far away from Bear. ye lah tak kan aku nak angkut Bear tu sekali, susah lah aku nak buat tugasan.. hihi. and suddenly, perasaan aku selama ni dengan Bear, yang aku rasa macam tak boleh kalau Bear tak bermain dengan aku, seakan akan hilang. huh?? apa kena dengan aku ni? aku dah jatuh hati dengan Tigger kah? tapi bila fikir fikir, tanya hati ni.. tak ada pulak aku nak jadi tuan kepada Tigger tuh. so, apa feeling aku nih?

em...

1 comments:

Fatt Chin Choy said... Best Blogger Tips

bear n tiger
perumpamaan kepada jejaka ni