Jakun Betullah Engkau Ni!

Bahasa: bahasa pasar saya. Hehe


Jakun 1: Karam-karam


Hari-hari aku turun tamu, mesti nampak pak aji tu jual benda tu. Pak aji ni penjual ikan sebenarnya. Lain-lain, ada juga dia jual sotong, belangkas, apa lagi ya? Aku pun nda kenal apa binatang tu semua. Yang penting semuanya asal laut lah.


Ari tu ada pak aji ni bagi kami sotongnya. Besar bah. Seekor jak pun tapi makannya berhari-hari. Puasa juga mungkin kan, nda ada masa mau makan kecuali time sungkai. Itu pun lepas sungkai, nda ada sudah makan lagi. Makan sahur ja lah. Huu, barusan yuuk, aku jumpa sotong besar tuh. Apa dipanggil benda keras-keras dalamnya tu? Tulang nya kah? Haa…yang itu lah, itu pun keras, besar…selalu kan kalau sotong kecik-kecik ni lembut ja tulangnya, lut sinar lagi kaler nya kan, kan…


Duh menyimpang sudah cerita aku ni. Tapi masih dalam tema juga lah iaitu jakun. He he.


Nah, ni kali aku curious betul dengan pak aji tu punya kerang. Entah lah apa namanya tu. Spesis siput kah, kerang kah, aku pun nda tau. Yang penting bercengkerang lah. Tapi bukan umang-umang ok! And now, say hello to him..



klik gambar untuk tumbesaran

Tengok-tengok pak aji tu siap mau mengemas sudah. Tengah-tengah tu juga lah aku ni tanya mak aku.


Aku: mak, apa bah tu yang macam siput tu. Boleh makan ka?

Mak: entah bo. Nah nah, cuba kau tengok tu, bejalan sudah dia. Eeee...


Kebetulan waktu tu ada lah beberapa ekor siput keluarkan otot-otot nya, pastu bergerak.

Kemudiannya mak aku tanya pak aji tu


Mak: aji, siput kau ni ba, nda keras ka mau dimakan?

Pak aji: nda bah…

Mak: bah kau mau ka tu? (mak aku tanya aku)

Aku: em..???? Sedap ka ah? Macam mana mau masak tu? Di bakar?

Pak aji: sedap ni..kau rebus dulu…lepas tu kau ambik isinya, kau potong-potong baru kau masak lagi. Buat kari ka…apa apa jak lah kau mo masak, boleh…

Mak: bah, kasi lah setompok, ji… (lepas tu mak aku pandang aku) nah, awas kau kalau ko nda makan..

Aku: nda bau ka ni ah? Ya ba. Balik nanti aku terus rebus ni.


And last, pak aji tu just sedekah setompok siput tu..terus mak aku pun macam buat sistem barter ni, main tukar-tukar barang niaga, dibaginya rambutan yang sama harga dengan siput tu. Di jadikan cerita, ada lah satu pelanggan yang lenggang kangkung ni melimpas, dan kebetulan tebuka-buka bakul plastik ada siput tu.


Pelanggan: aiiii, karam-karam..bla bla bla, (bahasa rungus menyusul lepas tu, yang aku sendiri pun nda faham. Hehe)


Aku tanya mak aku


Aku: kenapa mak?

Mak: teda. Dia bilang tu siput nama dia karam-karam

Aku: kar….apa??

Mak: karam-karam…jari-jari. (sambil tu mak aku lenggok-lenggok kan jarinya :))


So, ni lah karam-karam yang pak aji tu bagi..


klik gambar untuk tumbesaran

Jakun nda jakun aku ni. Sampai jak rumah, keluarkan atas nyiru pastu amik gambar. Hairan jak lah orang sebelah rumah. Aku handle karam-karam ni di belakang rumah. Nda muat sink rumah aku he he. Lepas tu sesi berus-memberus plak sebelum di rebus. Tengah-tengah memberus tu, terpikat aku dengan corak cengkerang bahagian bawah karam-karam ni. Cantik….


klik gambar untuk tumbesaran

Besar nda besar siput tu. Hihi, siap buat gaya-gaya jari lagi. Kunun mau membandingkan jari siput tu dangan jari aku. Disebabkan siput tu teramat lah besarnya so, terpaksalah aku guna penjerang air pengukus tu buat tempat merebus. Itu pun bukan semua tenggelam dalam air..tapi, boleh lah. Masak juga tu. Nampak jak besar-besar kan…sekali dikeluarkan isinya, duiiiina…..sikit jak bah. Tapi bagus juga lah sikit. Takut aku nda makan pula. Aku ni macam budak-budak sikit. Excited satu benda baru tapi bila tengah handle benda tu aku ada perasaan geli kah, rasa kesian ka, rasa sayang ka…mesti aku nda makan tu nanti. Nah, sikit ni ja isi nya.


klik gambar untuk tumbesaran

Aduiiiiina, dalam bekas merah bah aku guna. Hehe…aku ingatkan busuk lah benda ni. Tapi nda. Sedap jak bau dia. Busuk lagi bau ketam di rebus. Bau sotong pun busuk juga… kesimpulannya, bau isi siput ni, menyelerakan juga lah. Hu hu. Ketara bah aku hidu-hidu bau makanan time puasa. Nah kurang pahala puasa ku. Tetttt.. And then, aku masak kari ja siput ni….


Jakun 2: Jeans


sambung di next entry lah :P






*perkataan yang mungkin kurang difahami.


sungkai: buka puasa

barusan: pertama kali

melimpas/limpas: lalu



0 comments: