30 Days Blog Challenge

blogwalking and found this challenge at one of the WSB's member, Nur Izzatie Nadia Binti Subri page. Tertarik untuk manyahut cabaran beliau disamping boleh menjadi update entri utk page aku ni *memandangkan aku selalu saja blank mau post pasal apa*

so, here are the challenges:

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

memandangkan esok masuk bulan baru, so aku start cabaran ni esok pagi lah ye..


Selongkar III

Sebenarnya, aku selongkar sana sini ni nak cari satu barang ni. Barang apa? Ni haa…



Gambar ni diambil ketika ada lawatan sajasaja *untuk mencuci mata si pelatih sekalian daripada suasana 'penjara'* ke Sabah Agriculture Park. Waktu tu aku buat latihan dekat Kem Tanaki Tambunan. Orang kata masuk PLKN ni berat badan turun sebab latihan dia ala2 tentera lah kononnya tapi sebenarnya…tak! Berat aku naik ada lah sebab di jaga makan minum. Cukup 6 meals dia. Latihannya pula??? Alaa setakat berjemur 2 jam buat kawad je.. Tak susah mana pun.
Aku show gambar ni bukan nak cerita pasal 'aku dan PLKN' tapi sebab khabar dari kawan aku tu. Dia mesej aku hari tu kata "….nak bagi tau yg tak lama lagi ….. Jadi ibu muda" wow!! Hepinya aku dengar. Cheh! Orang lain yang pregnant, aku pulak yg hepi lebihlebih. Bukan apa, sebab dia rapat dengan aku waktu plkn hari tu. So tumpang hepi lah juga. Dah lah waktu dia kahwin hari tu aku tak datang. Dia beriya jemput aku. Siap buat plan supaya aku boleh smpai rumah dia. But at last, aku tak pegi juga. Susah lah nak gerak manamana kalau tak tau drive ni. Kalau aku duk KL tuh aku tak kisah kot kalau takda lesen sebab public transport banyak…senang nak access pegi manamana. Betul tak?

Emmmm….nih aku nak buat azam ni. Azam ke janji ni..aku pun tak tau istilah apa patut aku letak. Ni lah azam/janji tu: esok, bila kawan aku tu deliver aku nak jenguk dia, jenguk baby dia juga :P tak sabar pula rasanya..

tamat cerita Selongkar.


Selongkar II

Ni lagi satu antara tiny things yang tersorok dalam kotak khazanah 'Barang Peribadi Kakak'. Aku pun tak ingat aku ada benda ni. Lovelove lagi.. Ha ha.


Ni lah teman rapat aku masa sekolah. Kami rapat pun bukan sejak form 1 tapi start form 3. tu semua sebab waktu tu ada rombakan kelas. Aku dari kelas E pindah kelas C. yeah! Naik pangkat. Haha. Tak ada lah. Sistem sekolah aku waktu tu pelik. Tak yah la cerita ye… sampai sekarang kitaorang masih in touch. Cuma mungkin tak serapat dulu lah. Hee.. Mesti lah tak rapat macam dulu sebab dah tak jumpa selalu. Dia pun dah jumpa kawan baru, aku juga ada kawan baru. Jadi, apa-apa hal untuk present ni aku lebih berhubung dengan kawan baru. Tapi tak lah bermaksud hanya akan contact dengan kawan lama atas sebab benda yang past. Tidak..aku tak bermaksud macam tu. Emm, macamana nak terang ye? Kesimpulannya, semakin kita dewasa, hubungan sesama manusia itu kan berkembang..kita akan jumpa lebih ramai orang..bergaul dengan pelbagai orang..membina hubungan dengan lebih banyak ragam orang… walaupun gitu, friendship yang telah terbina…tak akan aku lupakan. Melainkan atas sebab memory lost, yang itu aku minta maaf banyakbanyak. Aku tak berniat untuk melupakan korang…sesiapa yang kenal aku tu, terserempak kat manamana tegurlah ye…saya beri jaminan kepada anda, saya tidak punya 'hidung tinggi' hehehe..

Selongkar I

Bukan selalu aku dapat balik rumah bapa aku. Bila dah ada kat sana, aku pun amik lah kesempatan untuk cari balik barang khazanah aku masa muda-muda dulu. Kalau bukan sebab pindah rumah hari tuu, pasti saja barang-barang tu semua ada disisi ku sekarang. Maka, bermula lah aktiviti menyelongkar barang. Rumah bapa aku tu dah macam rupa stor. Sebabnya rumah tu kecik je. Di dirikan atas dasar tak nak menyusahkan nenek aku dan juga atas alasan rumah nenek aku khabar anginnya nak dirobohkan. Tapi sampai sekarang tak roboh pun. Masih tegap berdiri atas tanah tu. Ok, tutup cerita tu. Selongkar punya selongkar, jumpa lah aku dengan sebiji kotak yang tertulis 'Barang Peribadi Kakak' *memandangkan masa pindah rumah hari tu aku tak dapat nak tolong kemaskemas* dan semestinya lah barang itu milik aku, bukan? Puas aku korekkorek tiny things dalam kotak tu, aku jumpa benda ni…





Ini sebahagian sahaja..ada banyak lagi sebenarnya.. He he .Teringat balik kisah-cinta-remaja dulu.. Kalau tengok semua tiny things yang aku ada, presents aku akan letak nama si pemberi dekat manamana bahagian tersorok things tersebut. Takut tak nak lupa lah tu…tu yang aku buat macam tu dulu. Tapi sayang, tag untuk swans yang cute atas tu dah pudar. Aku pun tak dapat nak baca nama siapa lah tercatat atas tu. Nak ingat balik pun aku tak ingat siapa bagi. Ha ha. Maafkan saya ye si pemberi swans….

Kemana Aku Menghilang?

seminggu tak update aku pegi nih


yeh, i'm officially a graduate now. penat tunggu hari bersejarah ni dan adrenaline ketika ini sudah tidak begitu lancar perembesannya jika dibandingkan dengan rakan2 yang belajar kat U lain. konvo dorang lebih awal. lepas ni boleh lah apply keja dkt banyak tpt sebab sudah ada itu sijil. he he he.

29th November 2010 WSB's Poster

yeah. ini poster saya suka. melihatkan betapa aktifnya anda dalam komuniti. font size menunjukkan level aktifnya anda dalam komuniti. i know i got small size one but at least i was listed in the poster. bermaksud saya bukan ahli lelap. hehe. tiamau itu kalau jadi ahli lelap. jadi harus meningkatkan level keaktifan untuk next poster.


cuba cari nama saya yang mana..


Oh Manisnya!!

Pelik pula dengar kalau dalam melayu nya kan… ntah pula kalau pada pembacaan korang 'so sweet' tu biasa-biasa saja dibaca sebagai 'oh manisnya'.


Buat aku jelous je meow meow ni. Huh! Tetiba ingat dgn Lebah pulaa..


p.s.:entry pembuka setelah lama menyepi


Anda Punya Masalah Perut Buncit?



mulanya aku nak cari hubung kait antara pisang dan gastrik
saja curious sebab tiap kali aku makan pisang mesti pedih perut
apa pisang tu buat asid dlm perut aku tu bertambah ke?


tapi klik punya klik
aku terjumpa info menarik pulak
dan kebetulan aku semacam ada masalah tu
*ceh! kunun laaa*
iaitu salah satu tips menurunkan berat badan
yg menariknya lagi
cara ni sangat berkesan utk abdominal weight berbanding body weight yg lain
bukan lah x berkesan utk part badan yg lain
cumanya lmbat sikit lah kot reaksi dia
ok, ramuannya senang je
boleh carik dkt pasar


1/2 sudu teh serbuk kayu manis
campur


1 sudu teh madu

then mix mix
boil pula dgn 1 cawan air
agak2 dah ter-extract semua bahan baiknya
tapis air tu dan dibahagi 2
1 bhgian minum 1/2 jam sebelum breakfast
dan
1 bhgian lagi buat minum 1/2 jam sebelum tido

menurut info
barang siapa mengamalkan petua ini
beliau bakal kehilangan berat badan sebanyak 3 - 5 pounds (0.9 - 2.3 kg) dlm seminggu!!
TANPA
mengubah sebarang diet harian mereka
best x BEST tips ni??
let say digabung dengan exercise yg mantap
mau tak nya kurang 20 pounds (9 kg)!!!
ceh, tipu ja.
ayat last tu semuanya auta
jgn percaya
tpi boleh kot test kalau2 betul blh hilang 20 pounds
*kalau betullah hilang 20 pounds, berat aku tgl 39kg la...huh, kering sgt tu, xnak lah aku!*

nak join aku try resepi ni x?? jom2, tgk berkesan utk kita tak :)



info source: diet.lovetoknow.com
pics source: Google


Sharing Is Caring :)

ada macam sy tak??

kartun ini sungguh cute
just wonder kalau ada girl realiti begini
tak pun dressing mereka begini
harap suatu hari nnti boleh ada dress mcm kartun ni
sangat cute u know!!

owhh, fesyen gni sudah biasa lihat

nampak matang pula..

nice..
buat wallpaper

byk lagi pic2 cute mcm ni

main source info: tidak dikenalpasti hehehehehe


Memerah Otak Hingga Berkeringat!

mentang lah contest header tu dah tutup
aku pun pegi lah tukar baju segala blog aku nih
actually x berpuas hati sangat dengan BG
akan di edit di kemudian hari
sebab sudah penat memikirkan saiz iamge yg betul2 fix dengan itu ruang BG

lagi satu
aku sudah janji utk laksanakan tag dari Ayano Shirahata
haiyo...semacam tidak mau buat pun ada
memandangkan tarikh tutup contest kurang lebih 3 hari saja lagi
tapi sudah janji, so mesti buat.
emm...bila mau hantr tugasan ya?
malam boleh??
pic cun melecun dengan lilitan shawl di kepala pun tak ada..
ummm..ummmm..*sambil gosok2 dagu lagak menarik janggut*
:P

aiyoyooo
lagi dlm 2 minggu aku mau terbang ke sana
satu preparation pun belum buat
masih lenggang kangkung semacam tidak mau pergi pula
ish ish ish!


contest i love my style #


I LOVE MY STYLE


Join contest ni bagai I got the style!
Naah, aku biasa saja, cumanya I love my style
Tu sebab lah aku join contest ni
Tak kisah lah org nak kata gaya aku ni lapok ke, kampungan ke…
Yg penting adalah keselesaan kita
Betul tak? Betul tak?

Ok Ok
Cik penganjur kita adalah Arena Ahmad
This is her first time in organizing a contest
Jom kita ramai2 support her!
Seperti biasa satu contest itu mestilah punya syarat dan terma
Nak tau….yeah apa lagi
Meh la klik blog beliau

Tarikh tutup: 1 Disember 2010

Dalam contest ni ak tag


And last, here's my simple style



Satu Jam Itu Tidak Cukup!!

pada mulanya aku cuma nak update 1 entri. then terjumpa pulak satu giveaway...and aku pun, "nak ikut, nak ikut!!" sesudah melaksanakan tugasan, aku pun terasa nak edit itu ini sana sini. mula lah inspect pelbagai script sehinga mata naik juling dan akhirnya berhasil. see itu banner giveaway dkt sidebar. biasa saja tapi aku suka gaya itu. hi hi. *apakah?!*

dari blog penganjur giveaway, aku blogwalking sampai ntah ke mana. wah!! banyak cara dorang present blog ya. letak itu di sini, letak ini di situ. macam-macam. boleh bagi idea mcmna nak decorate blog saya. banyak juga contest2 dan giveaway yg seperti aku nak join tapi....tunggu lah bila ada masa. sedar tak sedar, aku start duk dpn laptop ni tengahari tadi, sekarang dah nak start main Cinta Kirana. ho ho. tenyata jika ber-blogwalking satu jam itu tidak cukup!!


1st GA By Qieranna: "Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!"


yay! saya mau join GA pula
ada org nak tolong top up kan untuk sayerr!!!
tanpa segan silu harus lah menonjolkan diri untuk dapatkannya

OK OK
ni adalah first GA cik penganjur, Qieranna
syarat penyertaan senang je
boleh rujuk kat blog beliau :)

tarikh tutup: 30 November 2010

seperti biasa, saya tag:
dan
sesiapa yg membaca

masih banyak masa
jom lah join ramai2
:)



Entri Untuk Ziera :)

Ziera tanya aku:
macamna nak letak badge nuffnang??

aiyoo...dah lama aku letak benda tu. aku pun x berapa ingat dah macamna. em, dalam hal ni, aku kira ko dah sign up lah ya. he he.


ok next step...bila dah sign in tu akan kuar satu paparan khas untuk kita...macam bawah ni..


ok, then klik Add Ads


dah tu, scroll down untuk cari skrip 'To Put on Sidebar'

copy scrip tersebut..


sekarang, kita nak paste kat mana skrip tu??


di blog anda, pegi Dashboard>Design>Page Elements>Add a Gadget


lepas tu...pilih HTML/JavaScript.

paste script nuffnang yg di-copy td, dan save.


refresh page blog dan walllaa!!
badge nuffnang dah muncul

:))



jadi nda?? jadi nda???
harap2lah menjadi..


p.s: adakah aku menjawab soalan??


Green Roses


siapa tak tau ada green roses kat dunia ni? siapa tak tau? angkat jari manis sekarang.. ANGKAT tau..bukan tunjuk..hiihii...saya lah orangnya.

baru nak belagak nak show aku ada green roses...konon2nya aku sorang je yg ada..rupa-rupanya dah lama wujud lah wei..haha!!



cantik kan?....aku nak mawar hijau ni lah buat letak tepi pelamin. ha ha ha...jauh nya berangan !!


psst! siapa tau green roses aku tu buat dr apa ye? hi hi hi