Ini cerita seorang kenalan. Kenalan yang aku kenal macam tu saja. Tidak pernah bercerita lebih, hanya kenal rupa, orang mana, dan nama sahaja. Aku kenal dia sebab kami melakukan aktiviti yang sama iaitu berniaga. :p [ peace ]
Dia punya saudara kandung. Posisi dalam keluarga aku tak pasti sama ada dia adalah abang kepada yang sorang tu, atau yang sorang tu abang kepada dia. Aku Cuma tahu mereka adik beradik. Mulanya aku sangkakan mereka tidak punya sebarang kaitan sebab ketika di pasar tamu, mereka langsung tidak bertegur sapa dan..mereka punya tapak jualan yang berasingan. Untuk lebih senang aku gelar si kenalan dengan M manakala saudaranya J.
Nak di jadikan cerita, satu hari tu mak aku panggil J dengan gelaran 'abang M'. So aku curious. Kenapakah? Adakah sebab semua orang muda yg berjantina lelaki berniaga kat pasar tamu ni mak aku gelar M. lepas tu dalam perbualan antara J dan mak aku, aku terdengar yang dia tak tinggal kat rumah dia dah. Pindah konon nya.umm..lantak dia lah. Aku pikir sebab dia dah ada bini lah kot. Tu yg pindah rumah.
Hari ni, mak aku tegur. "heh?? Tidur si J tu dalam lori dia?"..dan sebab teguran mak aku tu aku luahkan curiosity aku. Rupanya memang benar J dan M tu adik beradik. Masalahnya sekarang J lari dari rumah sebab dia gaduh dengan M. masalahnya kecik je. I mean, masalah dia Cuma satu ja…si J ni some kind of merajuk bila mak bapa dorang membela M berbanding dia..ececececeh…lelaki pun nak merajuk merajuk! Lagi J ni kata M jahat. Mak aku gelak gelak kuarkan pendapat,"kalau lah M tu jahat, tak kan lah mak bapa dia, adik adik dia ikut si M tu" *sounds M ni sangat berjasa dalam kuarga kan,kan…*
Punca pergaduhan antara J dan M ni….well biasa lah, lelaki…nak nampak macho agaknya. J main judi. Kalau main main dia tu boleh bagi kaya diri dia tak pa *actually aku tak sokong ayat tak pa tu* nih sampai hampir 1k hasil niaga si M tu J kebas. Apa tak nya orang marah… dan..memang patut pun kalau dalam pertelingkaran J dan M tu, mak bapa dorang memihak kepada M, bela M…betul tak..yang J tu nak merajuk sebab tak di bela kenapa..siap lari dari rumah lagi.. Aduh…dah terang terang J yang salah. Kan?
So, moral of the story, bila nak merajuk tu, tengok tempat. Kena tak kena dengan situasi. Kalau sekadar merajuk manja tu tak pa lah kot [ :p ] tapi jangan selalu nanti orang bosan!..then pikir balik kenapa orang keliling tegur diri kita. Jangan nak amik tindakan sewenangnya. Nak lari dari rumah konon….ingat ko tu dah cukup kuat??
0 comments:
Post a Comment