Showing posts with label alkisah hidup. Show all posts
Showing posts with label alkisah hidup. Show all posts

Hariku di Tahun Baru

patut kan, new year ini mesti mau semua happy2 yang jadi sama diri kita. sebab tahun baru laaaa...hi hi..kira macam buka buku baru maa..tapi kan, kenapa aku mau stress2? baru buka 2 helai ini buku baru, sudah mau stress2..macammana mau buka lagi 363 helai?


itu hari....ceh, kelmarin lah. aku pegi 1 kedai. ada sorang lelaki. aku ingat dia macam aku. mau beli barang. aku nmpak dia jalan laju saja ikut belakang aku. dalam hati 'oh dia mau cepat mgkin' so aku pegi belok dekat satu rak, bagi dia lalu. tiba2 dia berhenti depan aku.

"cari apa?"
"oh, teda...saja tengok2" sambil kontrol muka terkejut kalah rupa beruk lepas tu aku pegi celah rak yg lain. dia ikut....
"cari apa? barang dapur kah...apa kah"
"......." tidak keluar kata apa. buat buat sibuk tengok mangkuk kertas utk muffin.
"boleh kenalan"
"...."
"boleh berkenalan ka?"
"nda" aku pikir kalau aku diam dia boleh blah...
"alaaa boleh la"
"nda payah lah...buat apa juga." cepat2 jalan pegi rak lain. tapi mood mau usha barang sudah terbang gara2 itu lelaki. lalu aku keluar dari itu kedai walaupun baru berapa saat aku di dalam.


di satu kedai lagi.
sudah berbaris mau bayar. aku tidak tahu lah. ini manusia kaaa kambing2 kejakunan sama itu mesin cash. aku tau lah kau mau cepat. aku pun mau cepat juga. nanti itu driver aku kasi tinggal, aku tidak mau mengengsot balik rumah. kau pegi potong line aku kenapa?. aku panas... itu cashier pun satu. memang lah kau satu saja tapi...boleh kah kau buat kerja dengan penuh dedikasi sikit. sempat lagi kau mengilai sana sama tu kawan kau. mau tidak mau aku pun kasi keluarlah itu skill ketika main ragbi masa muda2 dulu. kalau tidak, nanti kambing2 sekalian jadi 'kambing guling' oleh ke-panas-an aku.


ini satu kisah lagi.
bikin muka aku jadi biru, dan ada 3 garis peluh di dahi.
siok2 aku pegi beli kuih itu satu makcik, boleh dia tanya aku soalan terang lagi bersuluh.."kau islam kah?" aduiiiiiiiyaiiiii. ini makcik kan..apa aku sedang pakai tudung halimunan kah waktu itu? makcik nampak kah rambut ala2 fesyen pontianak terbaru sedang beraksi di kepala aku? aku pun dengan lemah2 sotong jawab "ya makcik. saya muslim". makcik ni pun bertudung juga, perlukah aku menyoal soalan yang sama dengan beliau..nasib baik lah kuih dia sedap kalau tidak.....huh!


Sharing Is Caring (◕‿◕✿)

oh, nmpaknya aku dah pernah buat tajuk post ni. tak apa, kali ni aku nak membebel pasal hal ni, yang mungkin berkaitan benda lain dari post terdahulu. sebelum post ini ada, aku dah pikir banyak, tapi mungkin sesetengah perkara haruslah aku sensored untuk menjaga keamaan di luar sana. bukan kata aku pengecut sebab ada benda yang sensored, tapi..ya, seperti yang aku kata, untuk keamanan di luar sana.

bila kita berbicara pasal sharing is caring, bagi aku itu membawa maksud, kita share apa yang ada, dan kita care apa yang kurang. jadi ada give and take di situ. cara kita giving itu juga ada caranya. dalam konteks sharing is caring ni, sudah tentu dengan cara yang lembut, penuh kemesraan macam tu. kita share apa yang kita ada, apa pengetahuan yang kita ada. bila mana si penerima itu tak dapat nak terima, tak apa. its ok, jangan pula kita berkecil hati. mungkin belum masanya untuk dia terima apa kita share....kita tunggu lain hari. lama2 dia akan faham, knp kita sharing...

senyum sekejap! sebab ingat satu benda lawak...

kalau niat kita sharing, tapi kita share dengan ayat2 kasar..korang rasa, korang dapat terima tak. sudah pasti kita akan pikir "dia ni nyindir aku ke?"..tak pun,"apa kena ngan mamat nih? nak cari gaduh ke?"

dalam situasi di atas,you're not sharing, you're triggering the fighting. ece wah! pandai ja aku ni buat ayat. he he.

aduuuh! aku betul nak gelak dah ni....

sharing satu benda tapi dengan lagak pandai, tak cukup dengan tu di sembur pula dengan ayat2 kasar..bagi aku, thats not sharing. itu arrogance namanya. terlalu bangga dengan benda yang dimiliki sampai nampak orang sekeliling sungguh hina. mereka mungkin lupa apa yang dimiliki itu cuma pinjaman dari yang maha esa. tak boleh lah macam tu..kan,kan,kan..

huh! hanya mampu mengeluh panjang

jangan bermain dengan api, nanti dia jadi besar, telan rumah korang, maka jadi abu mayat lah korang...aku juga punya sedikit panas, tapi aku cuba cool. jika difikir balik, hal tu tak ada kaitan dengan aku, so aku tak nak libatkan diri. off course nak juga meluah kat sana tapi itu hanya memburukkan lagi keadaan. jika aku buat macam tu, so aku pun sama lah macam dia kan. tak special lah aku macam tu.diam2 sudah.


ayathati: untuk peringatan aku sahaja. hi hi hi.


Kecil Hati Tak Kena Tempat

Ini cerita seorang kenalan. Kenalan yang aku kenal macam tu saja. Tidak pernah bercerita lebih, hanya kenal rupa, orang mana, dan nama sahaja. Aku kenal dia sebab kami melakukan aktiviti yang sama iaitu berniaga. :p [ peace ]

Dia punya saudara kandung. Posisi dalam keluarga aku tak pasti sama ada dia adalah abang kepada yang sorang tu, atau yang sorang tu abang kepada dia. Aku Cuma tahu mereka adik beradik. Mulanya aku sangkakan mereka tidak punya sebarang kaitan sebab ketika di pasar tamu, mereka langsung tidak bertegur sapa dan..mereka punya tapak jualan yang berasingan. Untuk lebih senang aku gelar si kenalan dengan M manakala saudaranya J.

Nak di jadikan cerita, satu hari tu mak aku panggil J dengan gelaran 'abang M'. So aku curious. Kenapakah? Adakah sebab semua orang muda yg berjantina lelaki berniaga kat pasar tamu ni mak aku gelar M. lepas tu dalam perbualan antara J dan mak aku, aku terdengar yang dia tak tinggal kat rumah dia dah. Pindah konon nya.umm..lantak dia lah. Aku pikir sebab dia dah ada bini lah kot. Tu yg pindah rumah.

Hari ni, mak aku tegur. "heh?? Tidur si J tu dalam lori dia?"..dan sebab teguran mak aku tu aku luahkan curiosity aku. Rupanya memang benar J dan M tu adik beradik. Masalahnya sekarang J lari dari rumah sebab dia gaduh dengan M. masalahnya kecik je. I mean, masalah dia Cuma satu ja…si J ni some kind of merajuk bila mak bapa dorang membela M berbanding dia..ececececeh…lelaki pun nak merajuk merajuk! Lagi J ni kata M jahat. Mak aku gelak gelak kuarkan pendapat,"kalau lah M tu jahat, tak kan lah mak bapa dia, adik adik dia ikut si M tu" *sounds M ni sangat berjasa dalam kuarga kan,kan…*

Punca pergaduhan antara J dan M ni….well biasa lah, lelaki…nak nampak macho agaknya. J main judi. Kalau main main dia tu boleh bagi kaya diri dia tak pa *actually aku tak sokong ayat tak pa tu* nih sampai hampir 1k hasil niaga si M tu J kebas. Apa tak nya orang marah… dan..memang patut pun kalau dalam pertelingkaran J dan M tu, mak bapa dorang memihak kepada M, bela M…betul tak..yang J tu nak merajuk sebab tak di bela kenapa..siap lari dari rumah lagi.. Aduh…dah terang terang J yang salah. Kan?


So, moral of the story, bila nak merajuk tu, tengok tempat. Kena tak kena dengan situasi. Kalau sekadar merajuk manja tu tak pa lah kot [ :p ] tapi jangan selalu nanti orang bosan!..then pikir balik kenapa orang keliling tegur diri kita. Jangan nak amik tindakan sewenangnya. Nak lari dari rumah konon….ingat ko tu dah cukup kuat??