Sudah lama tidak menaip sebarang cerita, otak pun terketar ketar mencari ilham. Jadi post ini saya tajukkan seperti di atas untuk memecahkan kejanggalan menaip. Ternyata jari jemari juga turut sedikit kaku mencari huruf yang sepatutnya. :P
Meninjau ninjau newsfeed di Facebook terjumpa pasal ini kisah Adinda. siapa Adinda? saya juga menggunakan khidmat Google Search untuk mengetahui siapakah gadis paling malatop ini..ternyata beliau tidak boleh dijadikan idola saya. hi hi hi. Hanya pandang sebelah mata.
Ummmm...saya punya satu perasaan yang sungguh mengganggu jiwa tapi seperti saya sudah dapat mengharungi perasaan itu. Ambil masa juga, dalam 2 minggu mungkin. Sungguh lama bukan. Mungkin orang lain boleh getting over it setelah menangis 3 hari 3 malam... tapiiiii itu kisah tidak cukup sadis untuk saya tangisi, hanya mampu meng-angau kan saya. =)
Oh, itu hari saya ada buat sesuatu...nanti saya tunjuk... ^ ^ V
Lagi, ada satu peristiwa menimpa saya...selepas ini saya cerita..
Ummmm....apa lagi? oh ya..untuk mendatangkan ilham saya pergi selongkar file gambar saya dan terjumpa ini. hi hi hi. Itu kisah ketika saya teramat lah bosan di kampung dan seperti kebiasaan akan menyelongkar barang barang lama yang ada. Ada dua benda yang menarik perhatian: spek mata pertama saya dan tudung ______ apakah namanya itu yang pernah popular suatu ketika dulu...
bayangan wajahku ketika muda muda dulu -tapi ni pic mcm rupa makcik makcik pula kan- |
Dengan hidangan gambar ini..maka habislah sesi 'Ice Breaking' kita :)
1 comments:
macam jaman2 merik jak deng...
Post a Comment